PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday, 21 March 2014

SHOPPING DI NILAI 3

Agak lama juga mama tidak bershopping. Memandangkan cuaca yang panas sebelum ini mama tak rajin nak keluar terutamanya tempat yang terbuka.

Dah lama mama bercadang nak beli cada baru. Mama memang minat dengan cadar dan comfoter. Kalau ke langkawi memang mama akan beli cadar. Rasanya dah dekat 5 tahun mama tak beli cadar baru.  Minggu lepas cuaca tidak panas makanya en hubbby mama agak gi Nilai 3. Mama pun kata ok meh cari cadar...

Nilah hasilnya:


Tiga bungkusan cadar dan comforter telah dirembat.... satu untuk mama, satu untuk anak perempuan mama dan satu untuk anak bujang mama...
Ada macam-macam jenis dan harga terpulangkan kepada selera masing-masing. Murah ada mahal pun ada.
Selain dari itu rembat juga 2 helai jubah cotton satu untuk angah dan satu untuk mama. Lepas tu baliklah sebab duit dah habis....


JEREBU, PANAS DAN HUJAN

Alhamdullilah sekarang ni dah mulai hujan. Cuaca panas pun kurang terik seperti sebeluam ini. Insyallah bekalan air akan pulih seperti sedia kala terutamanya di Selangor.
Cuaca yang berjerubu disebabkan kebakaran hutan sana sini dalam negara kita. Minggu lepas sepanjang perjalanan menghantar anak mama ke KKB beberapa tempat disepanjang jalan antara bukit beruntung ke KKB mengalami kebakaran....

Semenjak 2 tiga hari lepas hujan sdah muali turun... syukur alhamdulilah. Kuranglah sikit berjerubu.

atas gambar 2 minggu lepas semasa mama balik kerja...lalauan berjerubu agak teriuk. Mata pun pedih.

Yang nampak bumbung tu sekitar kediaman mama yang berjerubu. Yang sebelah kanan bawah tu ermmm lutut angah yang luka akibat accident motor minggu lepas... syukurlah tak teruk.... jatuh sendiri.



Tuesday, 11 March 2014

MISTERI MH370

                                                 
Negara dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH 370 yang belepas dari KLIA pada jam 12.41 pagi pada 8 Mac 2014. Dikatakatan terputus hubungan pada jam 1.40 pagi dan hilang dari kesan radar sekitar jam 2.30 pagi.
 Usaha mengesan dan menyelamat sudah masuk hari ke 4 hari ini. Pelbagai negara juga turut membantu Malaysia, namun sehingga pagi ini masih belum menemui sesuatu yang positif. Sama-sama kita mendoakan agar dipermudahkan usaha mencari dan menyelamat ini dan semua anak kapal dan penumpang MH370 selamat hendaknya.
Pelbagai andaian dan spekulasi yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di media sosial. Harap mereka ini menhentikan perbuatan ini agar tidak menambah duka dan keresahan ahli keluaraga mereka yang terlibat. Tidak kurang juga seorang remaja yang sengaja mereka cerita kononnya ibunya dalam penebangan tersebut dan tiada siapa yang akan menemaninya untuk keputusan SPM yang bakal menjelang minggu hadapan. Aduhai mengapalah dia bersikap demikian sedangkan ibunya tiada dalam penenbangan tersebut.... mengada-ada betul dia.... kalau betul2 terlibat baru tau macam mana perasaan tu.....