PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 10 March 2014

POTONGAN CUKAI BERJADUAL (PCB) DAN LHDN


Kali ni mama nak cerita hal PCB. Sebagai kakitangan awam, memang tidak boleh melarikan diri dari cukai pendapatan. Nak tipu-tipu pun tak boleh. Lainlah kalau beberja sendiri yang tidak ada slip gaji. Semua kakitangan awam yang dikenakan cukai akan dimestikan untuk membuat potongan cukai berjadual iaitu PCB. ini babgi meringakan beban apabila pengiraan sebenar melalui e filing yang biasanya diisikan dalam bulan Mac setiap tahun.

Kalau tak memang parah juga nak bayar cukai tu selepuk jumlahnya... bagi mama cukai yang dikenakan adalah tinggi melebihi sebulan gaji tau.... jadi kalau kerajaan umumkan bonus tu, pada mama tak dapatlah nak joli sebab nak bayar cukai pun tak cukup hu...hu...nak buat macam mana dah jadi tanggungjawab atas dunia ni yang cukai kena bayar...

Semenjak mama kerja hanya beberapa tahun pertama aje mama bayar cuaki ni.... lepas tu mama dah tak bayar cukai ... opps jangan salah anggap tau... meh mama nak cerita... lepas tahun 1994, mama tak bayar cukai sebab semuanya mama bayarkan melalui zakat..... apa yang mama kena cukai tu mama tukarkan kepada zakat.... sebagai orang Islam lebih baik mama tunaikan zakat dapat rebet cukai kan... tu sebab mama buat potonga zakat berjadual (PZB) bukan PCB.... faham ke???

cuba lihat ini..... harap membantu
                          


Monday, 3 March 2014

JUMPA ANAK TERUNA MAMA

Dah lama mama tak melawat anak teruna mama di asrama. Mula-mula msuk tahun lepas tiap minggu mamma ke KKB sehinggalah mama masuk IJN 19 Mei 2013.  Mulai dari tarikh itu, mama memang tidak lagi pergi melawat anak mama di asrama tu. Setiap kali cuti sekolah pun atau pulang bermalam, dia kena naik train dari KKB sampai Bandar Tasik Selatan pas tu naik ERL samada ke Putrajaya atau Bandar Baru Salak Tinggi.

Bila nak balik semula ke asrama en hubby akan hantar balik. Lama mama tak ikut sehinggalah dalam bulan September 2013 baru mama ikut hantar balik asrama, tapi tidak pernah pergi lawat ke asrama sehinggalah semalam. Memandangkan agak lama dia tidak dapat pulang bermalam sebab telah diberikan cuti seminggu masa tahun baru cina yang lepas, jadi kebenaran pulang bermalam untuk Februari dah tak ada. Penhujung Mac cuti penggal pertama. Maka tidak ada pulang bermalam sehingga cuti sekolah tu. Jadi mama ajak en hubby ke sana.

Dah naik hitam terbakar kulit anak teruna mama sebab dok sibuk berlatih ragbi. Minggu lepas pasukan dia dapat nombor 2 semasa perlawana yang diadakan di MRSM Alor Gajah. Balik dari ragbi masuk olahraga pulak. Dengan keadaan cuaca sekarang ni panas dan kering memanglah berkilat kulit tu... lepas ni ada lagi perlawanan ragbi tu... jadi kena teruskan latihan ermmm aduhai... nak buat cam mana dah anak mama ni minat bersukan... bagus juga untuk kesihatan kan.. apapun mam tidak kisah asalkan pelajaran tidak ditinggalkan. Prestasi perlu dikekalkan..




Tuesday, 25 February 2014

BARANG NAIK HARGA

                                              

Sana sini semua orang bising harga barang naik....minyak naik, letrik naik, gula naik, air naik, GST, cukai macam-macam naik bil astro pun naik..
Mama pun terasa juga dengan semua kenaikkan ni... tapi kita haruslah pandai mengurus perbelanjaan keluarga kita. Jom lihat semula penstrukturan perbelanjaan keluarga kita. Kalau banding 20 tahun dulu gaji seorang pegawai yang lulusan ijazah, lantikan pertama gaji bulanan hanya RM 12000- RM 1300. Lulusan diploma masa tu dalam RM 900. Memanglah kata masa tu zaman barang murah. Tapi dengan seribu lebih tu tidak ada ealun rumah dan lain-lain elaun masa tu....sebenarnya berat jugalah. Kalau yang beli kereta tu nak bayar kereta lagi, masa tu interest bank agak tinggi sampai 7%. Mama pun hanya mampu beli Iswara aje masa tu. Nak beli wira pun tak berani masa tu...
Kini gaji pegawai ijazah lantikan pertama tak termasuk elaun tu   RM 1,914.00- RM 2000+ bagi P1T1 bergantung pada jawatan masing-masinglah. Imbuhan kenaikan gaji tahunan juga telah ditambah baik. Begitu juga gred sokongan atau kumpulan pelaksana. Jadi kita harus bersyukur dan redha..... ramai lagi orang yang susah dari kita. Sebagai kakitangan awam pelbagai kemudahan lain dapat kita nikmati seperti pinjaman perumah, elaun cola, elaun rumah, elaun khidmat awan dan sentengah jawatan ada elaun krital, elaun pendalaman dan sebagainya.  Kita juga dapat kemudahan rawatan hospital tanpa perlu mengeluarkan kos rawatan. Sekiranya kita bekerja sendiri atupun swasta semua perlu kita tanggung sendiri.  Maka kita harus bersyukur. Memang susah nak kaya kalau kerja makan gaji ni tapi kita tidak akan susah samapi tak cukup makan kalau kita pandai mengurus perbelanjaan kita. Insyalllah.
Jika kita tidak dapat menambah pendapatan, kita perlu lakukan penjimatan bagi membolehkan kita punya simpanan masa depan.
Lihat apa yang boleh kita lakukan. Kereta tak perlu beli yang mahal-mahal macam preve, honda, toyota, chevolet dan macam-macam jenama lagi. Mungkin jika kita tidak perlu memandu jauh, kita boleh gunakan kereta Saga terpakai aje. Tak perlu buat hutang banyak-banyak. Tapi kalau kita hari-hari kena memandu jauh, belilah Saga baru. Produa jua ok...Telefon, tidak perlu yang canggih. Tengok apa keguaan kita. Kalau setakat buat panggilan dan SMS beli yang biasa aje, murah kan... tak perlu beli S4, I Pad, Apple, Note dan sebagainya. Gunakan telefon itu untuk buat panggilan yang perlu..... Bawa bekal ke pejabat terutamanya air. Tak perlu beli waktu makan... banyak boleh jimat tu kalau tiap hari.. Kalau merokok, berhentilah merokok. Duit tu buat tabungan masa depan anak-anak kita kan bagus.
Baju, tudung beg tangan kasut dan lain-lain tu tidak perlu beli selalu, mengejar fesyen.... memang tak terkejar. Hadkan baju baru setahun beberapa helai, bukan tiap bulan beli baju dan tudung baru...
Tak perlu masuk ASTRO.... tengok siaran percuma aje. Jimatkan pengunaan air dan letrik di rumah.
Berbelanja barang keperluan harian sebulan sekali aje. Kurang ke pasar raya, kuranglah kita membeli kan. Buat list barang yang hendak dibeli.

 Kita tidak boleh mengeluh sahaja tentang kenaikan semua barang tanpa mengambil apa tindakan sepatutnya. Kita harus bijak menangani masalah ini. Apa yang mampu dalam kawalan kita, kita harus mengambil langkah tertentu. Tapi yang di luar kawalan kita memang kita tidak boleh nak buat apa. Contohnya naik minyak, kita kena juga bayar nak isi minyak kereta kan. Apa yang boleh kita buat ialah kurangkan perjalanan yang tidak perlu umpamanya ke pasar raya taip minggu.Kalau tidak kerja jangan ke mana-mana kecuali perlu..... Cukai pintu.... memang tak boleh nak jimat...bayar je la kan...