PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 6 February 2014

CARA NAK JIMATKAN BIL LETRIK


                                                

Memandangkan semua barang naik harga, semua bil meninggkat, sedangkan pendapatan takat tu je, kalau naik pun memang tak terlawan dengan kenaikkan harga barang. Lankag 2 perlu diambil untuk mengurangkan perbelanjaan kan. Salah satu perbelanjaan yang boleh dikurangkan adalah bil letrik. Betul tak?

Mama dah ambil beberapa langkah sepertimana berikut:
1. Tutup lampu di ruang yang tak ada orang seperti bilik, bilik air, dapur
2. Tutup juga kipas kalau tak ada orang
3. Tidak menggunakan air cond kalau cuaca dah sejuk seperti hari hujan

Tapi ada lagi satu perkara mudah untuk dilakukan. Biasanya kita tak rajin nak buat benda ni walaupun mudah. Bila kita tutup plug TV, Radio, Komputer dan sebagainya biasanya kita tak cabutkan plug tu dari soketnya kan.... mama  pun cam tu gak. Tapi banyak info mengatakan dengan mencabut plug tu dapat menjimatkan kos bil letrik... termasuk juga nasihat dari pihak TNB.

Cuba lakukan untuk bulan ini, buat perbandingan dengan bulan sebelumnya... insyallah bil kita akan menurun. Kalau banyak barang letrik yang ada plug tu kita cabut bila tidak digunakan memang bil jelas menurun... cubalah boleh jimat antara RM 10-30 sebulan bagi mama la....


Wednesday, 5 February 2014

BELAJAR MENJAHIT DI GIAT MARA

                                                 

Mama ada ceritakan sebelum ni yang anak kedua mama yang sedang menunggu SPM mengambil kursus jahitan jangka pendek di Giat Mara. En hubby ynag galakna angah ni agar masa tak terbuang sambil belajar memandu untuk mendapatkan lesen motor dan kereta. Memandangkan angah punya kelas jahitan setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dari Isnin sampai Jumaat, maka masa angah agak padat. Boleh belajar kereta hanya Sabtu dan Ahad sahaja. Waktu ni ramai pulak yang belajar, maka masa nak belajar hanya sejam aje la... nak buat cam mana itu aje masa yang angah ada.
Ni dah sebulan angah belajar jahit. Mula-mula tu memanglah susah kan sebab angah tak pernah guna mesin jahit pun. Jahit lurus pun tak boleh. Minggu pertama orientasi. Minggu kedua belajar jahit lurus, zig zaz, bulatan dan sebagainya . atas kertas A4 je dulu.... sampai koyaklah kertas tu... susah gak mama dah cuba memang tak jadi pun. Apapun angah gigih membuatnya. Ada 10 corak yang disediakan, angah minta ayahnya fotostat 5 keping tiap satu.... sehari suntuk angah dok jahit guna mesin tu... walaupun tak sempurna mama kata okay lah tu ni kali pertama angah buat... hantar cikgu dapat C.... not bad kan...
Lepas tu kena buat atas kain pulak, sama macam corak sebesar kertas A4 tu. Okay jugalah angah jahit.
Minggu seterusnya angah belajar buat polar... yang ni susah gak, belajar buat ukuran dan lukis.....
Minggu lepas angah belajar buat blouse... dah siap katanya, tapi berapa puluh kali angah tetas sebab buat sambungan tak cantik katanya. Dah siap sempit pulak blouse tu di ketiak dan singkat... tak pe angah.. tu baju yang pertama...

Minggu ni angah kata mula buat kemeja. Angah nak buat untuk ayah katanya.... seminggu belajar boleh siap kot... nanti kita tunggu hasilnya..
Untungkan belajar ni... mama dulu tak dapat peluang cam ni. Murah aje bayarannya hanya sebanyak             RM 360.00 kurusu ni 6 bulan. Sebab tempat tu dekat dekat rumah mama, so angah naik motorsikal aje gi sendiri ikut jalan kampung. Mara juga bagi elaun RM 200.00 sebulan....tu yang angah excited nak telefon baru katanya... mama bagi dia RM 10.00 sehari duit makan...kadang angah bawa bekal ...air memang bawak pun....



Bonus TABUNG HAJI


                          

Semalam mama pun semak lah bonus tabung haji sebab en hubby kata bagi yang belum pergi haji dapat tambahan bonus 2 %. Yang dah pergi tak dapat. Jadi jumlah yang kita dapat ialah 8% ermmm tinggi tu. Lebih tinggi dari ASB. Tulah yang teruja. Tapi mama memang tak perasan pulak pasal bonus tabung haji ni. Tu yang tak semak. Tapi bila en hubby bagi tau mama pun semaklah.

Aduhai en hubby telah salah faham. Memang TH bagi tambahan bonus 2% bagi yang belum pergi haji tapi bukan atas jumalah simpanan tau.

 NOTA:

*Bonus Haji – Bonus haji adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980).

Jadi yang dapat bonus tu tambahan paling banyak pun hanya RM 199.00 aje...
So tak payah lah nak jeles kalau yang dah pergi haji tu.... bukan banyak sangat pun bezanya kan, kecualilah kalau ikut simpanan yang ada memang banyak bezakan....