PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 22 August 2013

OPERATION @ IJN Part 11

ubat yang kena makan

Mama telah discaj dari IJN pada Sabtu 13 Julai 2013 dan datang semula untuk follow-up pada 22 Julai 2013. Sebelum keluar wad mama telah dirujuk kepada pakar respirataori dari Institut Perubatan Respiratori (IPR). Dimaklumkan bahawa mama kena hidup dengan sebelah paru-paru dan terdapat fibrosis dan pleural thickening pada paru-paru kiri yang tinggal dan ianya sukar untuk mengembang. Latihan intensif bagi rehabilitasi paru-paru mama kena lakukan. Selain itu mama juga diminta untuk mengambil vaksin influanza dan juga vaksin pneumococal sebagai protection kepada jangkitan bagi mengelakkan risiko jagkitan pada paru-paru kanan. Kedua-dua vaksin ini tidak termasuk dalam senarai ubat yang ditanggung oleh kerajaan. Dengan itu mama kena bayar sendiri bagi ke dua-dua suntikan tersebut. Suntikan diberikan selang seminggu dan yang pertama influanza. Masa injection tu sakit tapi lepas tu tak. Manakala bagi pneumococal pula inction tidak sakit tapi lepas tu badan sakit seminggu. Nak kata deman tapi tak demam. Cuma tangan kiri kanan sakit.

Semalam mama pergi follow up dengan IPR dan lalukan beberapa ujian termasuk 6 minit walking test dan lung function test. Alhmdullilah ianya masih di kira ok walaupun tidak 100%. Mama perlu jalani latihan fisioterapi selalu. Lepas ni  banyaklah appoiment mama, ke fisioterapi, jumpa pakar di klinik IPR dan IJN. selain dari tu mama juga kena teruskan follow up mama untuk klinik ginekologi daan juga medical .

Semua ini tidak pernah terfikir dek mama. Mama seorang yang sihat, cergas dan aktif. Tapi apabila dah masuk angka 4 series ni pelbagai masalah kesihatan yang timbul. Tak terfikir mama akan menjalani pembedahan paru-paru di IJN. Apa pun mama bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bersama suami dan anak-anak maam. Insyallah mama akan pulih dalam tempoh bebrapa bulan lagi... doakan kesihatan mama agar pulih seperti sediakala kerana ada banyak perkara yang menanti mama..


Wednesday, 21 August 2013

ANNIVERSARY



Assalamualaikum... 21 Ogos merupakan tarikh keramat dalam hidup mama. Tarikh dimana mama telah dijabkabulkan dengan en hubby mama. Tahun 2013 merupakan anniversary mama yang ke 19. Mama bersyukur ke hadrat ilahi dijodohkan dengan seorang lelaki yang sangat menyayangi mama, bertimbang rasa dan ringan tulang. Alhamdullilah mama dikurniakan 2 orang puteri dan seoeang putera sebagai pelengkap hidup mama. Hidup kami amat sederhana dan alhamdullilah kami bahagia.  Semoga Allah memanjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat, memberikan kebahagiaan ke atas keluarga kami, mejadikan anak-anak kami anak yang soleh dan solehah berjaya di dunia dan akhirat, tta akan perintahNYA dan berbakti kepada kedua orang tuanya.

Pelbagai dugaan yang keluarga kami tempuh pada tahun 2013 ini. Dugaan terbesar kesihatan mama yang terganggu dan perlu menjalani pembedahan yang besar di IJN. Pembedahan dilakukan pada bulan Mei dan mengalami komplikasi.  Terpaksa melakukan pembedahan kali ke dua pada bulan julai. Dan mam terpaksa berada di IJN sendirian sebab en hubby kena baik nak hantar anak maama ke sekolah. Along dah lapor diri ke kUantan. Si bongsu pulak alhamdullilah dah daftar kat MRSM februari lepas. Kalau tak tak taulah.

Terpaksa berpuasa di IJN dan en hubby dengan angah di rumah. Kasihan semua nya terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.  Bila dah discaj mama tak boleh buat sebarang kerja. Semuanya en hubby dan angah yang buat. Banyak pengorbanan semua anak-anak mama dan yang utama en hubby mama. Terima Kasih suami mama yang begitu meberikan sokongan buat mama.


Tuesday, 20 August 2013

OPERATION @ IJN Part 10

Sambung cerita selepas keluar ICU dan balik ke wad. Bila dah balik ke wad mama dududuk kat bilik betul-betul depan kaunter nurses. En hubby pun sampai tak lama kemudian. Ambik barang dari bilik penyimpanan sebelum ke dewan bedah... erm selipar pulak tak da... kemana hilangnya.... aduhai dah lah tak da selipar lain.... maka kena lah beli baru.....ada pulak yang berkenan kat selipar mama tu....

Petang tu dapatlah mama lena dalam sejam... makan memang tak lau... sikit aje..sakit biasalah tidak boleh dinafikan... drainage memang ada kena bawak gi mana-mana. PCA diteruskan bersama IV antibiotik. Kali ni mama berazam tak mahu tanya bila boleh cabut tiub, bila boleh balik... cakap pun tak banyak .... macam mama cakap lah depressed.

@ hari en hubby teman mama, pas tu mama tinggal sendirian. Angah nak ke sekolah tak ada orang hantar. Kasihan dia. Mama pun rasa boleh manage diri sendiri. Boleh gi toilet sendiri... cuma makan aje tak lalu. Semua adik beradik mama datang, adik suami, abang suami dan keluarga... rakan ofis suami termasuk juga beberapa kawan lama mama yang dah puluh tahun tak jumpa... mama amat menghargainya...

Pagi Isnin tu mama terjaga dari tidur macam dengar bublling di drain bottle... masyallah ada lagi leaking ke? mama memang berdebar-debar, siap SMS PE lagi pagi-pagi minta dia datang tengok mama. Jam 7.30 pagi PE sampai, dia kata ok tak ada buble macam before operation. Kurang sikit debaran hati mama ni,,, tapi masih risau. Fisioterapi macam biasa. Tapi keadaan mama memang down, air mata jadi murah... bila PE datang pun air mata mama ni berjurai.... hanya jawpan ya tidak aje... sedih, takut semua ada...chest x ray... buat tiap hari rasanya..mama dah rasa tak dapat balik sebelum puasa lagi tambah sedih...
 Buat kali pertamanya berpuasa di hospital sendirian, berbuka sendirian.. hanya berteman air mata.. subhanallah. Namun terpaksa jua mama tempuhi... Hari Khamis mama dimaklumkan KIV off drain petang... tunggu samapi petang tak da pun ..rupanya PE masih kat OT samapai malam. Jadi nak off pesok pulak... Pagi Jumaat tu buat x ray lagi..dan PE sendiri datang off drain jam 11.30 pagi... ermmm sakitnya masa nak keluarkan drain tu sebab dah lama kan... tapi legalah lepas tak da drain senang sikit nak bergerak. Nak mandi mudah.. petang repeat x ray lagi..

jam 4.00 petang PE datang tengok x Ray..dia bagi tau boleh balik esok... syukur alhamdullilah....dan semuanya dah ready petang tu sebsb nak balik pagi kalau boleh esoknya. PE datang lagi sebelum balik pada hari Sabtu tu... dan follow up seminggu lagi..  Balik rumah .... lega tapi tak larat nak puasa... BP low... so kena banyak maka dan minum...jalan rasa nak pitam...11 hari mama tak puasa... 

Seminggu kemudian datang follow up... keadaan mama masih tak larat nak jalan. X -ray tak banyak beza , lung dah tak mengembang... hu..hu... sambung MC seminggu lagi.. pas tu kerja.. datang kerja sehari jumpa all boses... tengok keadan mama tak larat so dia orang suruh sambung mc...mama ambik cuti sendiri 2 minggu. Mama mula masuk wad 19 Mei 2013.... masuk balik kerja 19 Ogos 2013 semalam. tapi masih tak sihat.. entahlah. Kalau ikut hati nak sambung cuti lagi.... esok mama ada follow up kat Institut Perubatan Respiratori...Moga semuanya akan bertambah baik...

nilah kenangan selipar yang hilang tu.... harganya murah je..tapi sayang tau...



 follow up 22 Julai 2013 hanya sedikit je left lung..