PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 22 August 2013

OPERATION @ IJN Part 11

ubat yang kena makan

Mama telah discaj dari IJN pada Sabtu 13 Julai 2013 dan datang semula untuk follow-up pada 22 Julai 2013. Sebelum keluar wad mama telah dirujuk kepada pakar respirataori dari Institut Perubatan Respiratori (IPR). Dimaklumkan bahawa mama kena hidup dengan sebelah paru-paru dan terdapat fibrosis dan pleural thickening pada paru-paru kiri yang tinggal dan ianya sukar untuk mengembang. Latihan intensif bagi rehabilitasi paru-paru mama kena lakukan. Selain itu mama juga diminta untuk mengambil vaksin influanza dan juga vaksin pneumococal sebagai protection kepada jangkitan bagi mengelakkan risiko jagkitan pada paru-paru kanan. Kedua-dua vaksin ini tidak termasuk dalam senarai ubat yang ditanggung oleh kerajaan. Dengan itu mama kena bayar sendiri bagi ke dua-dua suntikan tersebut. Suntikan diberikan selang seminggu dan yang pertama influanza. Masa injection tu sakit tapi lepas tu tak. Manakala bagi pneumococal pula inction tidak sakit tapi lepas tu badan sakit seminggu. Nak kata deman tapi tak demam. Cuma tangan kiri kanan sakit.

Semalam mama pergi follow up dengan IPR dan lalukan beberapa ujian termasuk 6 minit walking test dan lung function test. Alhmdullilah ianya masih di kira ok walaupun tidak 100%. Mama perlu jalani latihan fisioterapi selalu. Lepas ni  banyaklah appoiment mama, ke fisioterapi, jumpa pakar di klinik IPR dan IJN. selain dari tu mama juga kena teruskan follow up mama untuk klinik ginekologi daan juga medical .

Semua ini tidak pernah terfikir dek mama. Mama seorang yang sihat, cergas dan aktif. Tapi apabila dah masuk angka 4 series ni pelbagai masalah kesihatan yang timbul. Tak terfikir mama akan menjalani pembedahan paru-paru di IJN. Apa pun mama bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bersama suami dan anak-anak maam. Insyallah mama akan pulih dalam tempoh bebrapa bulan lagi... doakan kesihatan mama agar pulih seperti sediakala kerana ada banyak perkara yang menanti mama..


No comments:

Post a Comment