PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 12 June 2013

OPERATION DI IJN Part 2

Sambung cerita ya... hanya en hubby yg ada bersama mama untuk ke bilik bedah pagi esok. Along dan angah di rumah... syafiq kat asrama. Mama dibedah pagi selasa kes pertama. Memmang setiap kali untuk jalani pembedahan hanya en hubby yang menemani mama seperti pembedahan sebelum ini 6 tahun yang lalu. Pembedahan kali pertama dulu dilakukkan secara emergency. En hubby out station dan mama di bedah di Hospital Temerloh masa tu. So masuk bilik bedah sendirian sehelai sepinggang...en hubby sampai mama dah masuk dewan bedah....

Sebelum keputusan untuk operation tu mama diberikan tempoh 1 bulan untuk menenangkan hati, persediaan mental dan juga menyusun atur hal yang berkaitan terutama anak-anak sekolah.... Syafiq tak ada maalah sebab di asrama. Along pulak dah naik form 6 bermula minggu  pertama mei. Angah pulak akan menduduki exam mid year.... mama kena warded 19 mei... sekolah mula cuti pulak 23 mei ...sebab wesak day...

Jadi along & angah cuti sekolah awal started 20 mei... surat kepada pihak sekolah dihantar...sebab tidak ada kenderaan nak ke sekolah. Jarak rumah dengan sekolah 30 km. Selalunya dia orang ikut mama kerja dan tunggu sampai mama habis kerja baru balik... so angah kena skip exam a few papers..ambik masa cuti sekolah.

20 Mei... nurse berikan lotion untuk mandi sebelah petang dn juga subuh untuk bersihkan diri termasuk rambut seta 2 biji duculax supp dimasukan ke dubur untuk menggalakan pembuangan air besar selepas makan malam. Ianya bertujuan mengosongkan usus..

Pagi 21 Mei tu mama bangun awal , mandi, solat . Malam tu dah kena berpuasa mula jam 12 malam. No breakfast. Sebelum tidur malam tu mama memohon ampun kepada en hubby. Memang sedih..... &.30 pagi mama dah dipanggil untuk ke dewan bedah.  Tukar baju OT dan baring kat troli.... oops sebelum tu salam en hubby.... air mata  mengalir, hati sebak dan berdebar-debar. En hubby nampaak cool.. nasihatkan mama kena sabar jangan nanggis... insyalllah semua akan berjalan dengan baik.

Samapi di dewan bedah.. mama sekali lagi salam en hubby, pindah troli dan masuk ke dalam dewan bedah... ermmm sejuknya.... tak lama lepas tu di tolak masuk bilik bedah. Ya Allah bagai-bagai mama nampak dalam bilik bedah tu ..... ditenangkan oleh 2 pakar bius seorang india dan seorang lagi dari luar negara tak ingat lah... Regina namanya klu tak silap.. berbangsa maghribi. Dia suruh mama baca bismillah, mengucap dan bagi tau akan bagi mama tidur untuk prosedure selanjutnya... lepas tu mama pun tak tahu apa yang berlaku...

Sedar tak sedar mama dah berada di ICU.... nanti sambung  part 3 ya..

menu makanan tengahari....siap boleh pilih lagi....tiap hari lain-lain....yang ni tak da kat hospital kerajaan...


a orang j.......

Tuesday, 11 June 2013

OPERATION @ IJN PART 1

Assalamualaikum. Agak lama mama menyepi dari menulis di sini kerana keadaan yang tak mengizinkan. Enteri kali ini akan menceritakan segalanya apa yang telah berlaku.. pada yang pertama kali menziarahi mama  di sini.. ada mama ceritakan pasal CT dan MRI sebelum ini di IJN... 

Mama amat-amat bersyukur kerana telah selamat menjalani pembedahan major di Institut Jantung Negara (IJN) pada 21 Mei 2013 iaitu VAT sugery dan thoracotomy for removal of posterior mediastinal mass with Left Lung lobectomy.. Sesuatu yang paling menakutkan dalam sejarah hidup mama. Ini merupakan pembedahan kali ketiga mama jalani sepanjang hisup mama....2 kali dulu mama buat operaton di bahagian perut... masuk sekejap je... lepas buat hari ke 3 mama dah boleh balik  rumah.Tapi kali ni mama duduk 10 hari di hospital... sejarah paling lama lah duduk di wad. Nasib baik masa mama duduk wad anak sulong mama ada. Kalau tak entahlah... Syukur alhamdullilah. Terima kasih along jaga mama .

Mama masuk wad pada 19 Mei Jam 12.30 tengahari. Sangat cepat proses masuk wad. Pergi kat registration kemasukkan ke wad. Serahkan kad appoiment dan gurrante letter. Pas tu semak dokumen yg di berikan dan tandatangan. Lepas tu ada staff akan hantar ke wad. Di wad sejurus tiba terus mama diberikan bilik..


                                                                  Pintu bilik mama

luaskan bilik ni....

Jambangan bunga dari staff NTRC... thanks to all
lunch

kuruslah kalau makan banyak ni.... 
Hari pertama ni lepas en hubby hantar mama, dia balik . Anak-anak mama tak ikut. Angah ada exam esoknya. Syafiq masih di MRSM. So malam Isnin tu mama tidur seorang la...
Pagi

Hari Isnin pagi mama buat chest x ray. Tengahari specialist nurse datang  explain kat mama tentang operation dan apa yang akan mama lalui dan apa yang patut mama buat lepas operation. Yang ni tak berlaku di hospital kerajaan. Hospital swasta mama tak pernah pergi ya... so tak leh lah cerita.

Lepas tu mama kena buat prosedure echocardiogram dan lung function test. Petang nya pakar anaesthetist @ bius buat pemeriksaan dan juga bagi tau tentang bius yang akan dijalankan serta komplikasi yang mungkin berlaku walaupun risikonya rendah. Setelah itu mama tandatangan consent form.

Sebelah petang nurse buat shaving dari leher hingga ke pertengahan peha...termasuk badan dibelakang, tangan dan juga private part..... compulsary procedure before giong to operation theatre (OT) di IJN

Malam pulak pakar cardiothorasic pula explain in detail tentang operation yang akan dijalankan.Mama akan lalui Videoscopic Assisted Thoracoscopy terlebih dahulu dan diikuti dengan thoracotomy. Mama juga diterangkan akan komplikasi pembedahan ini.... ermmm seram mama . Hati memang dub dab dub dab. Mama juga dimaklumkan bahawa lepas  operation mama akan mengalami kesakitan yang tinggi. The most painful operation comapare to coronary artery bypass according to the surgeon.... aduhai... of course ada ubat tahan sakit akan diberikan secara continous (PCA) Mama tandatangani persetujuan pembedahan. Pukul 10 malam en hubby sampai untuk menemai mama malam tu.... sambung  part 2 nanti ya..

.

Friday, 3 May 2013

KEK DULU-DULU

memerlukan kesabaran...

siap cam ni jemur jap... lepas tu kena goreng...banyak lagi prosesnya  tau...

kek marbel

versi yang dipotong
Yang kat atas tu kuih batang buruk.... banyak step nak kena buat perlukan kesabaran yang tinggi...kena goerng kulit luar tu.... leps tu nak buat isi dalam tu kacang hijau dikisar dan gaulkan dengan gula halus dan sumbat dalam kelonsong tu,,, dan golekan  keseluruhan kelonsong tadi...erm memang remeh kuih traditional ni...

Yang di bawah tu senang je nak buat 10 minit siap adun dan masuk oven 45 minit...siap boleh angkat dan potong ...terus ngap...yumm..yumm...