PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 11 June 2013

OPERATION @ IJN PART 1

Assalamualaikum. Agak lama mama menyepi dari menulis di sini kerana keadaan yang tak mengizinkan. Enteri kali ini akan menceritakan segalanya apa yang telah berlaku.. pada yang pertama kali menziarahi mama  di sini.. ada mama ceritakan pasal CT dan MRI sebelum ini di IJN... 

Mama amat-amat bersyukur kerana telah selamat menjalani pembedahan major di Institut Jantung Negara (IJN) pada 21 Mei 2013 iaitu VAT sugery dan thoracotomy for removal of posterior mediastinal mass with Left Lung lobectomy.. Sesuatu yang paling menakutkan dalam sejarah hidup mama. Ini merupakan pembedahan kali ketiga mama jalani sepanjang hisup mama....2 kali dulu mama buat operaton di bahagian perut... masuk sekejap je... lepas buat hari ke 3 mama dah boleh balik  rumah.Tapi kali ni mama duduk 10 hari di hospital... sejarah paling lama lah duduk di wad. Nasib baik masa mama duduk wad anak sulong mama ada. Kalau tak entahlah... Syukur alhamdullilah. Terima kasih along jaga mama .

Mama masuk wad pada 19 Mei Jam 12.30 tengahari. Sangat cepat proses masuk wad. Pergi kat registration kemasukkan ke wad. Serahkan kad appoiment dan gurrante letter. Pas tu semak dokumen yg di berikan dan tandatangan. Lepas tu ada staff akan hantar ke wad. Di wad sejurus tiba terus mama diberikan bilik..


                                                                  Pintu bilik mama

luaskan bilik ni....

Jambangan bunga dari staff NTRC... thanks to all
lunch

kuruslah kalau makan banyak ni.... 
Hari pertama ni lepas en hubby hantar mama, dia balik . Anak-anak mama tak ikut. Angah ada exam esoknya. Syafiq masih di MRSM. So malam Isnin tu mama tidur seorang la...
Pagi

Hari Isnin pagi mama buat chest x ray. Tengahari specialist nurse datang  explain kat mama tentang operation dan apa yang akan mama lalui dan apa yang patut mama buat lepas operation. Yang ni tak berlaku di hospital kerajaan. Hospital swasta mama tak pernah pergi ya... so tak leh lah cerita.

Lepas tu mama kena buat prosedure echocardiogram dan lung function test. Petang nya pakar anaesthetist @ bius buat pemeriksaan dan juga bagi tau tentang bius yang akan dijalankan serta komplikasi yang mungkin berlaku walaupun risikonya rendah. Setelah itu mama tandatangan consent form.

Sebelah petang nurse buat shaving dari leher hingga ke pertengahan peha...termasuk badan dibelakang, tangan dan juga private part..... compulsary procedure before giong to operation theatre (OT) di IJN

Malam pulak pakar cardiothorasic pula explain in detail tentang operation yang akan dijalankan.Mama akan lalui Videoscopic Assisted Thoracoscopy terlebih dahulu dan diikuti dengan thoracotomy. Mama juga diterangkan akan komplikasi pembedahan ini.... ermmm seram mama . Hati memang dub dab dub dab. Mama juga dimaklumkan bahawa lepas  operation mama akan mengalami kesakitan yang tinggi. The most painful operation comapare to coronary artery bypass according to the surgeon.... aduhai... of course ada ubat tahan sakit akan diberikan secara continous (PCA) Mama tandatangani persetujuan pembedahan. Pukul 10 malam en hubby sampai untuk menemai mama malam tu.... sambung  part 2 nanti ya..

.

No comments:

Post a Comment