PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 10 July 2012

KEHILANGAN

Assalamualaikum....semoga ceria selalu ....mood mama arra ada baik sikit dari semalam.... petang semalam semasa menghadiri meeting mama terima call daripada anak kakak mama memaklumkan bahawa kakak kepada  abang ipar dia meninggal akibat kemalangan jalan raya pagi tadi semasa nak pergi kerja.... 


                                

                                         Di snilah kita semua berada suatu hari nanti......


Yang meninggal ni adalah kakak kepada menantu kakak mama arra la... boleh faham ke?  Anak kakak perempuan pertama mama arra telah berkahwin. Dan yang meninggal ni adalah kakak kepada suaminyalah..... Suaminya  ada 11 adik beradik dan dia yang bongsu.... 3 abang nya telah meninggal dan semalam seorang lagi kakanya meninggal dan sekarang tinggallah tujuh beradik ... keluarga dia orang ni besar amatlah..... cucu hampir 60 orang... dan berkahwin pun..Kakak ni sihat tetiba meninggal.... selalunya dia drive sendiri ke ofis, tapi pagi semalam disebabkan nak pergi berkursus maka si suami nya yang hantar ke ofis, baru aje keluar rumah katanya, dilanggar oleh sebuah motorsikal dari arah hadapan dan penunggang motor melambung ke arah kereta yang dipandu dan pecah windscreen.... tentu laju kan kotor tu .... arwah dikatakan meninggal di tempat kejadian.... manakala suaminya mengalami luka-luka dan retak tulang peha.... alfhatihah buat arwah.... dia seorang yang baik , lemah lembut dan rajin... semoga rohnya ditempatkan  bersama orang-orang yang beriman....





Monday, 9 July 2012

TAK ADA MOOD

Assalamualaikum.... hari ini mama kat ofis betul-betul tak da mood nak kerja... aduhai teruknya. Tak tau lah nape jadi cam ni.... errm tak boleh lah cam ni kan.... ayuh mama arra kena ada semangat ... kerja... banyak yang menanti tu....





Thursday, 5 July 2012

MYDIN PUTRAJAYA


Assalamualaikum.... mama nak cerita tentang kisah di Mydin Putrajaya. Bukan pasal harga barang kat mydin tau.... ni pasal kehidupan dan nasib swanita yang bergelar isteri dan juga ibu..... mama dah banyak kali nampak masa mama pergi membeli nbarang keperluan harian di sana.... Minggu dulu mama nampak seorang wanita yang sarat hamil, bersma anak kecil lingkungan 5 ke 6 tahun.. menyorong troli sarat dengan barang-barang keperluan...mungkin stok untuk sebulan kot... yang menghariankan mama kan  mana lah suami wanita ini.... kerja luar daerah ke?  Duduk asing-asing ke? berkursus ke????  mengapa lah biarkan isteri yang dah sarat tu belanja sendirian.... tak boleh ke  ianya dirancangkan... pergi bersama-sama .... kaalu nak kerja luar tu pastikan semuanya dilakukan sebelum atau selepas balik dari kerja luar... yang duduk asing-asing tu tetapkan bila waktu yang sesuai untuk berbelanja.... nasiblah kalau dapat suami jenis cam ni...
Baru-baru ni mama pergi mydin lagi... eermm selalunya mama belanja barang keperluan seperti sabun, pencucui pinggan, pelbagai sos, kicap, uabt gigi dan apa-apa yang bewaktu dengannya lah... mama beratur di belang seoeng wanita yang sedang mendukukn bayi lingkungan 4 bulan lah kotnya.... sedang menanggis lagi... dia beri susu yang dikeluarkan dari beg tangannya... sambil meminta anak perempuannya yang lebihkurang 6 tahun, mengeluarkan baran-barang dari troli untuk diletakkan di kaunter bayaran,,,, kasihan anak itu, dia tak lah pandai benor kan... semuanya diangkat semacam je...campur2 ikan, sayur, bahah basah dan kering... mama pun tolonglah adik nikan... emaknya dengan anak yang meragam lagi nak tolak troli...aduhai... lepas tu mama fikir manalah ayah budaknya tak nak tolong ke ??? rupanya dia hanya tunggu di dalam kereta je ...di tempat parking tu... alahai nasib wanita kan.... masa makan malam mama pun ceritalah denagn anak-anak mama .... along kata harap suami along nanti tak lah cam tu kan... hubby pulak kata  zaman bercinta semuanya baik belaka dah kahwin baru le tau sikap sebenar masing-masingkan....oklah  dah siaplah celoteh mama hari ni....