PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 10 July 2012

KEHILANGAN

Assalamualaikum....semoga ceria selalu ....mood mama arra ada baik sikit dari semalam.... petang semalam semasa menghadiri meeting mama terima call daripada anak kakak mama memaklumkan bahawa kakak kepada  abang ipar dia meninggal akibat kemalangan jalan raya pagi tadi semasa nak pergi kerja.... 


                                

                                         Di snilah kita semua berada suatu hari nanti......


Yang meninggal ni adalah kakak kepada menantu kakak mama arra la... boleh faham ke?  Anak kakak perempuan pertama mama arra telah berkahwin. Dan yang meninggal ni adalah kakak kepada suaminyalah..... Suaminya  ada 11 adik beradik dan dia yang bongsu.... 3 abang nya telah meninggal dan semalam seorang lagi kakanya meninggal dan sekarang tinggallah tujuh beradik ... keluarga dia orang ni besar amatlah..... cucu hampir 60 orang... dan berkahwin pun..Kakak ni sihat tetiba meninggal.... selalunya dia drive sendiri ke ofis, tapi pagi semalam disebabkan nak pergi berkursus maka si suami nya yang hantar ke ofis, baru aje keluar rumah katanya, dilanggar oleh sebuah motorsikal dari arah hadapan dan penunggang motor melambung ke arah kereta yang dipandu dan pecah windscreen.... tentu laju kan kotor tu .... arwah dikatakan meninggal di tempat kejadian.... manakala suaminya mengalami luka-luka dan retak tulang peha.... alfhatihah buat arwah.... dia seorang yang baik , lemah lembut dan rajin... semoga rohnya ditempatkan  bersama orang-orang yang beriman....





No comments:

Post a Comment