Wednesday, 27 June 2012
Monday, 25 June 2012
LEGA
Assalamualaikum.... bersua kembali.... em Lega mama minggu ni...ialah dah hampir senulan lebih mama kelam kabut... bagai-bagai peristiwa yang berlaku. Sedih dan gembira semua ada... Kesibukan mama bermuala daripada 1 Mei 2012... seperti dalam entri terdahulu bermula episode duka dalam keluarga uncle mama,. Sepupu mama yang baru je berumur 31 tahun di diagnosa mengalalami cancer pancreas... bermula tarikh tersebut mama agak sibuk menguruskan beliau dari kemasuukan ke wad di Hospital Serdang, di rujuk kehospital Selayang dan setelah 19 hari berjuang, dia kembali kepada Penciptanya. Mama sekeluarga berulang alih ke hospital... lepas tu uruskan jenazah sehingga ke Pasir Gudang JB. Lepas tu balik semual ke tempat kerja.... kemuadian cousin seorang lagi pun sakit di IJN... kerja di ofis berlambak... semua kena siap sebelum mama ke Sarawak untuk conference awal Jun. Balik dari Sarawak, cuti balik kampung, kenduri kahwin anak buah en hubby... 10 Jun... 11 Jun buka sekolah... mama ada bengkel seminggu... huhu penatnya.. lepas tu minggu 18- 22 Jun meeting hari- hari tau... masanya en hubby out station aduh penatnya... one man show... mask, gi pasar, hantar anak sekolah, malam hantar tuisyen... erm longgar sendi -sendi... oops 12 Jun sepupu mama yang masuk IJN tu pulak meninggal dunia... Alfhatihah... Hujung minggu pulak 17 dan 18 Jun, keluarga kakak dan abang mama pulak datang, Mereka tak sempat nak ziarah sepupu masa tu... jadi datang hujung minggu.... lepas tu hantar kakak ke Subang.... memang letih...
Semalam dan Sabtu... mama baru ada peluang berehat..... bukan lah tak buat apa-apa, tapi en hubby dah balik adalah orang tolong buat kerja kan... tak payah hantar anak sekolah dan tuisyen.... baru dapat kemas rumah..... kerja kat ofis juga tak lah tension sangat... dah berjalan seperti sedia kala buat ada lagi yang tak siap ni.... sekian..
KENDURI KAHWIN
Assalamualaikum....
seperti yang dijanjikan sebelum ni mama nak cerita pasal kenduri
kahwin. Ahad yang 10 JUn 2012 merupakan majlis kenduri kahwin di
rumah abang sulung en hubby mama bagi anak lelaki juga anak yang
bongsu beliau. Memang seronok lah jumpa saudara mara ni, sepupu sepapat
pun ada yang tak kenal sebab jarang-jarang jumpa. Anak-anak lagilah tak
kenal semua nenek dan datuk saudara juga. Tapi adik beradik enhubby
semuanya anak-anak kenal lah.... satu emak dan ayah tu tak ramai cuma 5
orang je... anak dia orang pun tak ramai jugak... tu yang kenal semua.
Bagi yang satu emak lain ayah, satu ayah lain emak.... ermmm ramai
tau... campur semua adalah dekat 20 orang. Semuanya dah ada anak menantu
dan cucu cucu sebab dia orang ni lebih tua daripada adik beradik satu
emak dan satu ayah kan.... ada faham ke??? ala buat-buat faham
lakan...Emak mertua mama masa kahwin dengan ayah mertua masing-masing
dah ada anak. Ayah ada lebih 5 anak kotnya.....emak hanya ada satu
je..Anak ayah mertua terdahulu kami tak kenal sangat dan tak
rapatlah.... but anak emak yang seorang tu memang rapat lah. Yang ni lah
anak-anak mama panggil Pak Long...Lagi satu Pak long ialah abang sulung
kepada en hubby mama iaitu yang seibu sebapa ni...
Cerita pasal kenduri kahwin kat JOhor ni ada keistemewaannya yang tak da kat tempat lain antaranya ialah:
1. Ada telur pindang..... ala telur yang telah direbus dan warna telur putihnya jadi coklat dan rasa rempah ... boleh didapati kat kedai makan gak atau kat pertonas kat putrajaya ada jual tapi harganya RM1.50 sebiji kalau tak silap.

cam ni lah rupanya dari en google
2.
Berkat pulak diberikan sebungkus nasi kepada setiap tetamu.... berserta
godie iringan lain, seperti bunga telur dari telur pindang tadi, kiuh
kering/ muffin, dan juga lain-lain dari tuan rumah...
3.
Duit 'lawe' ( sebut guna e taling atau e pipit erm yang mana satu
eek.... macam sebutan 'emak' bukan sebutan 'ekor' tau...Duit 'lawe' di
akan diberikan kaum kerabat yang jaga pintu masuk , kat pelamin dan juga
masa nak masuk bilik dirumah pengantin perempuan oleh pihak lelaki...
jumlahnya terpulang kepada pihak lelaki... bisanya untuk kanak-kanak RM
1- RM 2, but untuk nenekatau mak saudara sebelah perempuan kenalah up
sikit kan... then untuk mak andam sebagai tebus tempat duduk kat sebelah
pengantin perempuan di atas pelamin tu... nilainya erm besar gak tau...
sebelah tangan atau dua belah tangan tau. Kalau penuh yang tunggu kat
pintu masuk tu dan kat pelamin... banyak juga yang pinak lelaki kena
sediakan.... tapi ini hanya adat je... suka-suka..Ada juga orang sebut
kena bayar TOL.....ha..ha..
4. Persembahan silat.... persemabhan silat dilakukan di depan pasangan pengantin di halaman rumah bisanya...
5. Peesemabhan joget lambak..biasanya diadakan pada malam hari selepas majlis kenduri kahwin...
6. Persembahan kuda kepang... dulu biasanya iaya diadakan pada sebelah malam juag... sekarang dah jarang ada orang buat..
7.Majlis
lain yang biasanya diadakan semasa kenduri kahwin ni ialah majlis
khatam Al Quran, Malis Berzanji, biasanya oleh pengantin perempuan...
sebelum atau selepas majlis akad nikah...
Okay lah inilah beberapa keistemewaan majlis di Johor......
Subscribe to:
Posts (Atom)