PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday, 1 June 2012

KEHILANGAN

Assalamualaikum...bersua kembali di sini. Pagi ni sesuatu telah berlaku. Macam tajuk entry ni lah kehilangan. Sedihnya mama . Walaupun ianya telah lama dan bukan harga sampai ribuan ringgit, namun yang pasti ianya telah hilang. Cam mana ia hilang, apa yang hilang, bila hilang.... erm sebuah basikal yang diletakan sederat 4 buah, salah satunya telah dicuri, walaupun ianya diletakkan depan pintu rumah, berantai lagi tau secara berangakai tu.. Kejadian mungkin belaku malam tadi lah kotnya, sebab selepas isyak, basikal tu ada lagi.... memang basikal tu dah lama , but still elok lagi, en hubby baru aje pam tayar-tayar semua basikal tu beberapa hari yang lepas. Semenjak pindah sini, basikal-basikal tu memang jarang amat digunakan. Mama kan duduk kat apartment, maka basikal tu siap bawak naik lagi letak kat koridor takut hilanglah kata jiran-jiran kat sini kalau letak kat bawah. Motosikal pun ada jiran yang bawak naik kat tingkat 8 tau, letak kat koridor. Bebrapa buah motorsikal juga telah dicuri... kiranya kejadian mencuri disekitar amatlah merisaukan. Selain dari mencuri yang diluar, rumah pun dia orang ni masuk gak. Banyak rumah yang dipecah masuk... sebelum ni jiran sebelah mama ni rumah dia dimasuki pencuri, lalu pintu utama tapi kami semua tak sedar. Dia orang balik kampung kat perlis seminggu. Dia orang pulak hanya berdua aje, jadi rumah tak da lah riuh rendah cam rumah mama ni kan... ada je yang anak-anak bisingkan... hilanglah duit, 2 lap top.... habis semua master bed room kena geledah.... yang terbaru mama dengar jiran tingakt atas, turun sekejap ambik anak kat tadika. Kat apartment mama ni, ground floor ada tadika kemas. Lepas tu naik balik, barang kat rumah dah lesap.... 

Berbalik pada basikal mama tu, yalh walaupun harganya tak lah mahal macam basilkal pelumpa le tour tu, tapi motifnya ianya dicuri.... tapi yang tak best nya anak teruna mama kata, ala mama basikal tu dah buruk lah, murah je, ayah boleh beli baru,Lagipun yang hilang tu cuma basikal...bukannya anak mama ... aduhai anak mama ni.... bukan soal murah, lama atau baru... ape jua barang mama yang hilang hatta  pengetip kuku pun mama cari sana sini kalau tak jumpa kat rumah tau. Nilai tak penting, yang penting adalah kita menghargai barang tersebut.... anak, anak... kurang lagi pengertianmu nak tentang nilai sesuatu barang....

Mama cakap dengan en hubby, hendaknya pencuri tu jatuh lah masa bawak basikal tu, kalau tak kena langgar ke... erm ade ke patut mama ni kan..tapi yalah mama geram tau.... apa pun bukan rezeki kami lagi kotnya... bimbang 3 lagi basikal yang ada tu.. harap-harap semuanya masih kat situ.. en hubby kata weekend ni  nak bawak kat rumah BBST simpan sana dululah... hujung tahun ni mama akan pindah rumah sendiri Insyalah...





Thursday, 31 May 2012

HAPPY BIRTHDAY

Assalamualaikum...moga hari ini merupakan hari yang ceria dan akan dimurahkan pintu rezeki, diberikan kesejahteraan buat kita hambaNYA dimuka bumi ini.

Mama Arra mengucapkan syukur kepada Ilahi dikurniakan 2 orang puteri dan seorang putra sebagai pelengkap dalam kehidupan mama. Alhamdullilah, anak-anak mama kian membesar dan memasuku alam remaja. Nampaknya semakin tualah mama ni kan... Hari ini 31 Mei merupakan ulangtahun kelahiran puteri sulong mama SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ANAKKU YANG KE 17 khas untuk ALONG.... semoga along akan dipanjangkan umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik, menjadi insan yang berguna di dunia mahupun akhirat.... berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang dan menjadi anak yang bertanggungjawab kepada mama dan ayah serta adik-adik...

Tidak dilupakan untuk 2 orang lagi anak mama ... kalian semua merupakan harta mama yang paling berharga di dunia ini.... 

Mama dan ayah sayang along, angah dan juga adik sangat-sangat.....







Monday, 28 May 2012

CUTI

Assalamualaikum...erm cuti lagi.... tentunya seronok kan... tapi bagi Mama Arra memang lah tak seronok. Nak tau kenapa ermm anak yang cuti sekolah tapi mama ni kerja, so memang lah dia orang seronok , lepas subuh sambung tidur, bangun lewat.... tu lah rutin utama. Lepas tu TV, komputer game dan internet... aduhai nak-anak. Buku pun cuti gak lah kalau mama tak bising-bising. Anak mama 2 orang akan menduduki peperiksaan penting pada tahun ini,. Yang sulong SPM, bongsu pulak UPSR... Moga-moga kedua-duanya akan mencapai keputusan yang vemerlang dan menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat kelak.

Masa berlalu dengan pantas.... hujung minggu kami semua balik ke BBST. Dah lama tak menjenguk rumah di sana tu. Dah berabuk lantai, rumput kat belakang pun dah panjang. So mama pun pulun gotong royomg bersihkan rumah tu... habis satu hari sabtu... malam balik siap gi hari belia kat putrajaya lagi... ronda bawak anak-anak. Terbang jugalah $$$$  along beli baju... Semalam Ahad petang en hubby ajak pergi lagi sekali... kali ni angah pulak nak baju. malam tu merajuk tak dapat beli baju. Lepas tu beli tudung pulak seorang sehelai... angah beli spec melaram... adiknya beli jam tangan ..... layan je lah... ingat nak dinner kat luar tapi dibatalkan pulak sebabnya dah maghrib, nak sembahyang kat masjid putra tak da parking. Nak terus gi BBB takut lepas pulak maghrib ni...jadi balik rumah sembahyang.. bila dah sampai rumah penatlah pulak. nak keluar ssemula malaslah pulaknya. Makanya nak makan kat medan selera dekat ni je... consensus pulak majoriti dah hilang mood nak keluar... makanya mama pun buatlah mee goreng aje untuk dinner malam tadi.. siang nya nak buat kek lapis pun tak jadi sebab penyakit M datang....hu..hu.. okay jumapa lain kali..