Assalamualaikum...bersua kembali di sini. Pagi ni sesuatu telah berlaku. Macam tajuk entry ni lah kehilangan. Sedihnya mama . Walaupun ianya telah lama dan bukan harga sampai ribuan ringgit, namun yang pasti ianya telah hilang. Cam mana ia hilang, apa yang hilang, bila hilang.... erm sebuah basikal yang diletakan sederat 4 buah, salah satunya telah dicuri, walaupun ianya diletakkan depan pintu rumah, berantai lagi tau secara berangakai tu.. Kejadian mungkin belaku malam tadi lah kotnya, sebab selepas isyak, basikal tu ada lagi.... memang basikal tu dah lama , but still elok lagi, en hubby baru aje pam tayar-tayar semua basikal tu beberapa hari yang lepas. Semenjak pindah sini, basikal-basikal tu memang jarang amat digunakan. Mama kan duduk kat apartment, maka basikal tu siap bawak naik lagi letak kat koridor takut hilanglah kata jiran-jiran kat sini kalau letak kat bawah. Motosikal pun ada jiran yang bawak naik kat tingkat 8 tau, letak kat koridor. Bebrapa buah motorsikal juga telah dicuri... kiranya kejadian mencuri disekitar amatlah merisaukan. Selain dari mencuri yang diluar, rumah pun dia orang ni masuk gak. Banyak rumah yang dipecah masuk... sebelum ni jiran sebelah mama ni rumah dia dimasuki pencuri, lalu pintu utama tapi kami semua tak sedar. Dia orang balik kampung kat perlis seminggu. Dia orang pulak hanya berdua aje, jadi rumah tak da lah riuh rendah cam rumah mama ni kan... ada je yang anak-anak bisingkan... hilanglah duit, 2 lap top.... habis semua master bed room kena geledah.... yang terbaru mama dengar jiran tingakt atas, turun sekejap ambik anak kat tadika. Kat apartment mama ni, ground floor ada tadika kemas. Lepas tu naik balik, barang kat rumah dah lesap....
Berbalik pada basikal mama tu, yalh walaupun harganya tak lah mahal macam basilkal pelumpa le tour tu, tapi motifnya ianya dicuri.... tapi yang tak best nya anak teruna mama kata, ala mama basikal tu dah buruk lah, murah je, ayah boleh beli baru,Lagipun yang hilang tu cuma basikal...bukannya anak mama ... aduhai anak mama ni.... bukan soal murah, lama atau baru... ape jua barang mama yang hilang hatta pengetip kuku pun mama cari sana sini kalau tak jumpa kat rumah tau. Nilai tak penting, yang penting adalah kita menghargai barang tersebut.... anak, anak... kurang lagi pengertianmu nak tentang nilai sesuatu barang....
Mama cakap dengan en hubby, hendaknya pencuri tu jatuh lah masa bawak basikal tu, kalau tak kena langgar ke... erm ade ke patut mama ni kan..tapi yalah mama geram tau.... apa pun bukan rezeki kami lagi kotnya... bimbang 3 lagi basikal yang ada tu.. harap-harap semuanya masih kat situ.. en hubby kata weekend ni nak bawak kat rumah BBST simpan sana dululah... hujung tahun ni mama akan pindah rumah sendiri Insyalah...
No comments:
Post a Comment