PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 6 February 2018

UMRAH 2018 PART 2

Alhamdullilah mama sekeluarga telah kembali dari menunaikan umrah yang bermula pada 21 Januari 2018 sehingga 1 Februari 2018.

Sangat-sangat bersyukur perjalanan kami sekeluarga dipermudah pergi dan balik dan diberikan kesihatan yang baik semasa berada di sana.

Mama dan en hubby pernah menunaikan haji 2014 yang lepas pada musim panas. Umrah keluarga kali ini dalam musim sejuk. Jadi dapatlah mama merasai perbezaan cuaca tersebut. Musim haji dahulu cuaca sangat panas siang boleh mencapai 47 C i Madinah dan 49C di Mekah. Kalau jam 3 pagi pun suhu masa tu sekitar 30 C.  Memang panas dan mencabar untuk ulang alik ke masjilharam sebab jarak hotel penginapan dengan masjid ketika itu 750 meter hingga ke luar masjid.. Itu belum lagi dikira untuk berjalan untuk masuk ke masjid untuk tawaf kira2 500 meter lagi kot... Lepas tu hotel penginapan di Abraj Jandariah...kedudukannya agak tinggi dan di bahagian belakang masjidil haram.... iaitu bertentangan dengan zam-zam tower...(jauh sangat kalau nak ke zam-zam tower)...  balik masjid perjalanan mendaki dan ketika itu banyak kerja-kerja pembinaan di bahagian laluan ke hotel itu... maka ianya amat berdebu ...

Semasa Umrah ini, kami duduk di hotel bahagian hadapan berhampiran dengan zam-zam tower... hotel terletak di belakang Safwah Tower... jalannya rata aje tak rasa jauh walaupun jarak lebihkurang 600 meter...

Di Madinah tidak ada masalah sebab semua kedudukan hotel dekat dengan masjid. Keadaan cuaca umrah kali ni Madinah malam dalam 12 C siang 19-22 C. Mekah pulak sekitar 19 C malam dan siang dalam 25 C.
Walaupun suhu ini sejuk namun ianya kering. Maka kulit kita kan jadi kering, bersisik, bibir kering dan mudah pecah termasuklah tumit kaki. Krim pelembab memainkan peranan yang besar untuk membantu mengatasi masalah ini. Kulit kering ni mudah gatal, bila garu luka dan memberikan parut yang tidak cantik...
Baju sejuk cukup sekadar yang biasa saja tidak sampai memerlukan winter coat.

Mama tidak guna kan baju sejuk pun, cuma pakai inner dalam baju, lepas tu jubah dan sarung telekung dah ok. Kisah makan pulak ya...  pakej umrah ini menyediakan makan secara bufet minum pagi, makan tengahari dan makan malam. Biasanya sarapan pagi selepas solat subuh, makan tengahari selepas solat zohor dan makan malam selepas solat isya'. waktu solat di Mekah dan Madinah tidak banyak perbezaan waktunya macam waktu solat di Kelantan dan Johor Bahru jer bezanya lebih kuranglah kan.
 Subuh  5.35 pagi, Zohor 12.30 tengahari, Asar 3.40 petang , maghrib 6.05 petang dan isyak 7.45 malam. ( waktu ini berubah-ubah sedikit ya)

Azan kan berkumandang bila masuk waktu, iqamah pula dalam 15-20 selepas azan ni. Waktu menunggu iqamah lebih lama di Madinah berbanding Mekah. Selepas iqamah, solat fardu dan di ikuti dengan solat jenazah. Jadi makan pagi lebih kurang 7.30 pagi , lunch 2.30 petang, dinner 9 malam.(bergantung kepada masa berjalan balik ke hotel...santai2 lagi lambat la makannya)

Juadah yang dihidangkan untuk makan di Mekah lebih sedap berbanding di Madinah. Jadi duduk 12 hari ni anak-anak semua selera makan bagus2 walaupun banyak berjalan tiap hari, buat umrah, berat masing2 tak turun tapi sebaliknya bertambah.... alahai... ingat boleh kurus hihihi

Masa menunaikan haji, mama pergi secara muassasah, jadi makan pagi tidak disediakan. Makan tengahari dan malam disediakan secara individual packing...  Oleh kerana tiada sarapan disediakan maka masa subuh mama dan en hubby jarang balik ke hotel penginapan masa musin Haji. Kami jalan2 makan di kawasan Zam2 tower dan selepas sarapan duduk di masjid lagi sampai zohor.

Okay episode seterusnya akan mama ceritakan permulaan perjalanan sehingga balik dan tidak akan ulang cerita berkaitan penginapan, cuaca dan makan dalam episode akan datang ... Oh sebelum lupa, ramai orang akan cakap makan ais krim di Mekah dan Madinah sedap..rugi kalau tak cuba... maka anak2 mama pun cubalah makan ais krim tu...namun mereka dok kata ais krim kat Malaysia lagi sedap... jadi beli sekali jer la di Madinah dan sekali di Mekah...

Layan gambar ya

Bagasi 5 buah..
2 jer hand luggage... yang lain letak dalam beg besar tu


makanan dalam flight



beriani ayam

Itinary perjalanan

makanan di madinah

Makanan di mekah


Monday, 18 December 2017

PERSEDIAAN UMRAH 2018 PART 1

Assalamualaikum.

Agak lama mama menyepi dari blog ini. Mama ingin berkongsi pengalaman dalam mengerjakan umrah agar ianya dapat memberikan sedikit gambaran buat mereka yang belum pernah menunaikan umrah. Ini merupakan pengalaman mama sendiri yang tidak pernah melakukan umrah sebelum ini.

Namun begitu, mama dan en suami pernah menunaikan haji sebelum ini iaitu pada tahun 2014. Namun begitu pengalaman mengerjakan haji sebelum ini adalah berbeza kerana semuanya diuruskan oleh pihak Tabung Haji. Sebagai jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji pada tahun tersebut, apa yang perlu dibuat telah diatur oleh pihak TH. Ikut saja arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

Mama memang sangat berhajat untuk membawa anak-anak mama menunaikan umrah semasa berada di tanah suci dahulu. Oleh itu salah satu doa mama agar kami sekeluarga diberikan kesempatan untuk menunaikan umrah bersama-sama dalam tempoh 2 tahun sekembalinya dari menunaikan Haji. Namun begitu, hajat mama ini belum dapat dilaksanakan kerana untuk mendapatkan masa bagi ke tiga-tiga anak mama bercuti adalah agak sukar kerana mereka belajar di peringkat yang berbeza dan cuti mereka tidak sama. Seorang buat diploma, seorang buat ijazah dan seorang masih bersekolah. Ini merupakan cabaran pertama yang perlu diselesaikan.

Setelah berbincang dengan en hubby mama , 2018 adalah masa yang terbaik  kerana anak mama yang bersekolah sedang menunggu keputusan SPM 2017, dan 2 lagi anak mama akan bercuti smester 1 pada januari 2018 kira-kira 4 minggu.

Maka bermulalah persediaan untuk menunaikan umrah ini. Ianya dimulakan setelah kembalinya jemaah haji 2017, kerana selepas itu baru pendaftaran untuk umrah di buka. Memandangkan mama berhajat untuk pergi 2018, bulan Januari, maka mama dan en hubby telah bersepakat untuk menggunakan perkhidmatan TH Travel bagi perjalanan umrah 2018 ini.

Kami ambil pakej Fairus  bilik berempat dengan harga RM 6590 seorang. Booking perjalanan umrah ini ialah sebanyak RM 300 seorang dan dalam tempoh sebulan perlu dijelaskan sebanyak RM 1K bagi setiap orang iaitu total RM 5 K bagi kami sekeluarga. Mama booking tarikh perjalanan 2018 ini pada bulan Ogos 2017. Setelah itu mama sediakan pasport antarabangsa untuk ketiga-tiga anak mama sebab kami semua tidak pernah ke luar negara sebelum ini kecuali mama dan en hubby yang tidak perlu buat sebab dah buat masa pergi haji dahulu dan masih belum tamat tempoh lami passport kami.

Kos untuk buat passport ini ialah RM 200 seorang.
Bayaran penuh pakej umrah ini perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berangkat. Maka alhamdullilah selesai bab bayaran ini pada bulan Disember 2017. Semasa bayaran penuh ini dibuat pihak TH travel telah memberikan pengesahan penerbangan waktu pergi dan balik, memberikan beg untuk dibawa semasa umrah, dan kami diminta menyerahkan pasport antarabangsa bersama 3 keping gambar untuk proses penyediaan visa umrah yang kan dilakukan oleh pihak TH travel.

Oh ya sebelum itu, kami juga diminta untuk memberikan sijil lahir setiap anak yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan  Pengesahan daripada Wisma Putra. Salinan sijil nikah juga memerlukan pengesahan Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra,

Lagi satu perkara yang perlu dilakukan ialah setiap orang yang ingin menunaikan umrah atau haji perlu mendapatkan imunisasi meningococcal bagi mengelakkan jangkitan atau radangan pada otak. Boleh ambil vaksin ini di klinik-klinik swasta. Kalau jemaah Haji vaksin ini diberikan percuma di klinik-klinik kesihatan yang ditetapkan oleh pihak TH. Kos vaksin ini di klinik swasta yang mama ambil ialah RM 140 seorang. Harga mungkin berbeza antara klinik-klinik ya.

Vaksin meningococcal ini mesti diambil. Kalau tidak ianya akan menjadi masalah besar semasa di Imigression Arab saudi nanti. Vaksin influenza dan pneumococal adalah vaksin pilihan nak ambil atau tidak terpulanglah pada masing-,masing.

Kursus untuk persediaan umrah pula, pihak TH travel ada menyediakan kursus ditempat yang terpilih. Kami pergi untuk mengikut kursus ini di masjid MIZAN Putrajaya yang diadakan pada setiap hari sabtu jam 9.00 hingga 1 tengahari. Sekali saja  menghadiri kursus ini. Kalau masih kurang jelas boleh pergi lagi pada hari sabtu berikutnya.
Kotak berisi beg dari TH travel 5 buah untuk kami sekeluarga

Beg 3 in 1 yang berwarna hitam

Ahamdullilah persiapan hampir lengkap cuma nak kena beli serba sedikit keperluan untuk anak-anak sahaja. Mama dan en hubby tidak perlu membeli kerana insyallah kelengkapan masa haji dahulu masih boleh digunakan. Untuk anak lelaki, beli 2 pasang kurta saja. Anak perempuan pakai jer jubah sedia ada. Tak perlu beli rasanya. Kain ihram guna yang en hubby punya ada beberapa pasang. So guna tu jer la . Cuma mama beli telekung baru sepasang seorang untuk tambahan telekung sedia ada. Lai-lain keperluan yang baru adalah selipar untuk anak lelaki dan perempuan serta stoking. Untuk sarung lengan mama punya ada banyak maka guna yang sedia ada .

Begitulah serba sedikit keperluan sebelum menunaikan umrah kami.  Insya Allah akan mama kongsikan cerita selanjuntnya di episode akan datang.