PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday, 4 December 2015

Nilai wang hari ini

Beberapa hari di akhir tahun  2015 ini pelbagai isu berlaku yang melibatkan kenaikan kos sara hidup.
Walaupun minyak diturunkan pada kadar 5 sen seliter, namun ianya rtidak banyak memberi kesan kepada rakyat. Kini tambang komuter naik, tambang ERL naik, tambas bas juga telah dinaikkan, tol naik ...aduhai... kesainnya rakyat. Semuanya naik. Barang-barang ada GST, harga naik, namun kuantiti , saiz, berat meakin berkurang. Lihat contoh mudah sabun mandi dulu saizya besar kini saiz makin mengecil. Banyak lagi lah  barang-barang lain juga begitu. Kuih muih kini 50 sen sepotong kecil. Dulu 20 sen lepas tu 3 RM 1.00, lepas tu 5 RM 2.00 kini ada yang seringgit satu.... makan satu belum tentu kenyang kan....

Kenaikkan tambang penggangkutan awam amat tinggi hampir 50%.  Ianya amat memberi kesan. Mana rakyat nak lari ya... naik kereta parking mahal, tol dan minyak lagi. Bayaran tol sahaja sudah melebihi harga makanan untuk makan semasa bekerja. Naik penggangkutan awam pun kini kos telah meninggkat. Allahuakbar. 

Sekolah akan dibuka semula tidak lama lagi. Sudah barang tentu ibu bapa perlu menyediakan pelbagai keperluan persekolahan untuk anak-anak termasuk pakaian, yuran sekolah, buku-buku tambahan yang perlu dibayar seperti buku tulis dan segala peralatan sekolah. Tambang penggangkutan ke sekolah juga. Seorang sahaja anak pun kiranya memerlukan sekurang-kurang RM 300-400 seorang kan bagi keperluan asas dan yuran. Bagi yang bersekolah ugama  sebelah pagi atau petang selepas sekolah rendah atau menengah, tambahab peruntukan juga diperlukan. Maka sudah barang tentu ibu bapa pening memikirkan perkara ini.
Belum masuk lagi duit poket untuk anak-anak ini. 

Walau pun begitu, mama tengok kan kedai makan masih lagi penuh. Ramai keluarga yang makan bersama di luar. Hotel-hotel di mana pusat peranginan atau percutian menarik penuh sana sini. Nak booking hari ini untuk minggu depan pun dah tak ada kosong. Walau pun ramai yang bising tentang harga barang naik, tol naik, minyak naik, tapi ramai juga yang masih mampu bercuti sana sini termasuk dalam dan luar negara walaupun mat wang negara kita menrundum. Kalau dulu tak ramai orang yang mampu bercuti ke luar negara, kini pelbagai lapisan masyarakat mampu makan angin. Lihat saha fb, instagram, telegram, whatsapp masing-masing. Tentu sahaja ramai rakan-rakan kita, saudara mara kita yang post gambar masing-masing bercuti sana sini kan.... eerm mama pandang je la sebab mama tak pergi mana luar negara lagi bercuti kecuali pergi memunaikan haji tahun lepas. Bukan tidak teringin namun belum lagi dapat menunaikan hasrat hati dan anak-anak.

Cukup lah celoteh pagi ini... lama tidak bersiaran di sini kan.... jumpa lagi

Tuesday, 6 October 2015

Realiti kehidupan : Hati sakit nak tegur tak boleh...

Assalamualaikum. Semoga kita semua diberikan keberkatan dalam kehidupan. Mama nak tulis alkisah ibu bapa hari ini yang tidak ambil pusing hal anak-anaknya, kisah dapat jiran yang pentingkan diri sendiri. Biasalah kan kita hidup dalam sebuah taman rumah teres nikan macam-macam perangai jiran, Memandangkan ruang yang terhad, setiap rumah kebiasaannya punya lebih 1 kereta dan adajuga jiran yang punya lebih dari 3 kereta. Tambahan pulak kereta yang jenis besar-besar dan panjang termasuklah van. Ruang porch rumah sedia ada hanya muat nak parking 2 kereta kecik je...myvi ke axia oklah lah boleh masuk. Ada juga tuan rumah yang tak duduk rumahnya disewakan kepada orang bujang  seramai 6 ke 7 orang serumah dan 5 orang ada kereta ... parking memang masalah.
Ada jiran tu dah lah punya 3 kenderaan myvi, unser dan juga sebuah van yang besar macam starex tu... memang tak muat lah nak parking kat kawasan sendiri. Selalu ambik ruang orang lain nak parking sedangkan tuan rumah tu nak parking tempat ruangan depan rumah sendiri pun susah. Pentingkan diri sendiri je, Bukan tak ada ruang parking lain tapi jirannya jenis nak parking depan pintu pagar dia, macamlah dia duduk kawasan rumah bunglow yang boleh parking 3 ke 4 kereta. Kalau nak parking jauh dari rumah tu boleh, tapi jenis pemalas dan pentingkan diri sendiri... memang sakit hati ooo... sabar je la tapi dalam hati macam bara...

Anak-anak jiran pulak bukan nya sedikit dalam lingkungan 2-10 tahun. Bayangkan setiap rumah purata 3 atau 4 orang anak sekitar rumah tu... meriah sangat-sangat. Main tak kira waktu, pagi, petang, malam, maghrib, jerubu ke tak sama aje. Mak bapak dia orang bukan kisah. Tunggang basikal campak sana sini. Baik yang kecik mahu pun tadika atau sekolah rendah. Ada yang bogel lagi waktu bermain. Klaau kecik tak pe juga ni dah 6 ke 7 tahun. Main bola kat jalan ke berbasikal ke. Yang paling menyakitkan ada anak jiran ni yang hanya 3 pintu dari rumah mama, suka boge, panjat atas kereta bapak dia lompat sana sini...mak ai boleh mak bapak dia tak kisah... tak ubah macam mon???? Kalau mama anak buat cam tu panjanta atas bonet kereta pas tu duduk atad lompat-lompat, panjat bumbung memang kena rotan punya...

Hari sekolah, mama balik kerja hampir 20-30 anak -anak ini dibiarkan bermain menyusahkan kita yang nak balik kerja ..dia orang bukan nya nak ketepi , siap ketuk lagi kereta kita geram tak.... sampailah maghrib dok memekak di depan rumah . Solat entah ke mana. Kadang tu samapi pukul 11 malam main kat luar lagi. Mak bapak dia orang memang jenis tidak kisah. Bila agaknya ank ni nak belajar dan buat kerja rumah kan. Macam mana belajar nak cemerlang. Ibu bapa sendiri tidak ambil pusing. Anak-anak mama dulu waktu sekolah memang tidak boleh main selepas balik sekolah. Kalau nak keluar pun sebelah petang pukul 6 cam tu dan 6.30 mesti dah masuk rumah. Tu pun masa umur dah 8 ke 9 tahun. Kalau tadika memang mama tak bagi keluar bila mama balik kerja. Sebab sampai rumah macam-macam benda nak buat. Jadi anak-anak duduk dalam rumah bagi memudahkan pemantauan dilakukan sambil mama buat kerja rumah kan.

kesan calar ni pun dah polish kalau tak lagi la banyak
nampak tak kesan calar balar tu... ni pun dah dipolish

kat pintu: dalam calar tu selepas dipolish
Memang menyakitkan mata memandang... adaa banyak tempat lagi ygbebudak ni buat... ni bukan tuduhan tau.. mama nampak sendiri masa bebudak ni langar... hati memang membara tapi sebab jiran tak mau gaduh-gaduh.....

Tuesday, 8 September 2015

WIND SCREEN RETAK KENA BATU


aduhai ni mama nak cerita masa balik kampung sebab abang en hubby meninggal pada 30 Ogos lepas iaitu sehari sebelum menyambut merdeka tu cemin kereta mama kena batu...aduhaiiii  masa tu en hubby tengah laju berdekatan  Pagoh ada pajero bagi high beam, en hubby ke tepi dan masuk balik follow belakang  pajero tu.. tetiba dengar bunyi sesutu opada cermin depan... erm kena batu susah... maka retaklah cermin kereta ku yang baru berumur 65 hari....  sedih tapi sudah takdir redha je la. Retak tu sebesar duit 10 sen macam huruf X denagn satu ttik ditengah... memang menyakitkan mata memandang betul-betul depan mata pemandu...

Sabtu lepas en hubby ke Kajang cari dr cermin. Anak buah bagi tau boleh dibaiki dan taak la mahal sangat banding nak tukar cermin tu. Dah la baru nak kena buka cermin kalau pasang balik takut juga kalau tak betul boleh bocorkan... alhamdullilah dapat dibaiki walaupun begitu kesan retak itu tak hilang  100% tapi banyak la kurangnya lebih 70 %. Kos RM 80.00
susah la nak ambik gambo ada reflexion.... nampak tak retak tu sebelah kanan yang macam dot tu dari luar tak perasan sangat retak tu, tapi titik tu jelas....

ada reflexion gak....ni dari dalam  nampak jelas retak tu kan  yang dekat siling tu
gi kedai ni

sedang dibaiki.... hanya 20  minit je...