Ada jiran tu dah lah punya 3 kenderaan myvi, unser dan juga sebuah van yang besar macam starex tu... memang tak muat lah nak parking kat kawasan sendiri. Selalu ambik ruang orang lain nak parking sedangkan tuan rumah tu nak parking tempat ruangan depan rumah sendiri pun susah. Pentingkan diri sendiri je, Bukan tak ada ruang parking lain tapi jirannya jenis nak parking depan pintu pagar dia, macamlah dia duduk kawasan rumah bunglow yang boleh parking 3 ke 4 kereta. Kalau nak parking jauh dari rumah tu boleh, tapi jenis pemalas dan pentingkan diri sendiri... memang sakit hati ooo... sabar je la tapi dalam hati macam bara...
Anak-anak jiran pulak bukan nya sedikit dalam lingkungan 2-10 tahun. Bayangkan setiap rumah purata 3 atau 4 orang anak sekitar rumah tu... meriah sangat-sangat. Main tak kira waktu, pagi, petang, malam, maghrib, jerubu ke tak sama aje. Mak bapak dia orang bukan kisah. Tunggang basikal campak sana sini. Baik yang kecik mahu pun tadika atau sekolah rendah. Ada yang bogel lagi waktu bermain. Klaau kecik tak pe juga ni dah 6 ke 7 tahun. Main bola kat jalan ke berbasikal ke. Yang paling menyakitkan ada anak jiran ni yang hanya 3 pintu dari rumah mama, suka boge, panjat atas kereta bapak dia lompat sana sini...mak ai boleh mak bapak dia tak kisah... tak ubah macam mon???? Kalau mama anak buat cam tu panjanta atas bonet kereta pas tu duduk atad lompat-lompat, panjat bumbung memang kena rotan punya...
Hari sekolah, mama balik kerja hampir 20-30 anak -anak ini dibiarkan bermain menyusahkan kita yang nak balik kerja ..dia orang bukan nya nak ketepi , siap ketuk lagi kereta kita geram tak.... sampailah maghrib dok memekak di depan rumah . Solat entah ke mana. Kadang tu samapi pukul 11 malam main kat luar lagi. Mak bapak dia orang memang jenis tidak kisah. Bila agaknya ank ni nak belajar dan buat kerja rumah kan. Macam mana belajar nak cemerlang. Ibu bapa sendiri tidak ambil pusing. Anak-anak mama dulu waktu sekolah memang tidak boleh main selepas balik sekolah. Kalau nak keluar pun sebelah petang pukul 6 cam tu dan 6.30 mesti dah masuk rumah. Tu pun masa umur dah 8 ke 9 tahun. Kalau tadika memang mama tak bagi keluar bila mama balik kerja. Sebab sampai rumah macam-macam benda nak buat. Jadi anak-anak duduk dalam rumah bagi memudahkan pemantauan dilakukan sambil mama buat kerja rumah kan.
kesan calar ni pun dah polish kalau tak lagi la banyak |
nampak tak kesan calar balar tu... ni pun dah dipolish |
kat pintu: dalam calar tu selepas dipolish |
No comments:
Post a Comment