PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 29 June 2015

TIPS Pembelian Kereta Baru



Sambung cerita kisah proses pinjaman bank. Apa yang bank perlu untuk buat pinjaman ialah:
1.       Slip gaji untuk 3 bulan terakhir
2.       Salinan kad pengenalan
3.        Penyata akaun bank jika pinjaman bukan dari bank yang kita masukkan gaji
4.       Surat pengesahan daripada syarikat kereta berkenaan yang kita dah booking kereta

Senang je kan…. Pihak bank akan meneliti tentang komitment kita untuk bayar balik pinjaman, menyemak dengan ckris ada tak kita di blacklistkan. Rekod pinjaman kita yang terdahulu jika ada, bagaimana bayaran balik dulu ada sangkut tak. Kalau semua clear mudahlah pinjaman kita diluluskan.

Ok settle tentang kadar pinjaman, kita terus proses nak booking kereta
Bila dah tentukan kereta jenama apa, berapa cc, model, kat mana nak beli , pergilah ke showroom untuk tengok kereta tu. Beleklah kereta tu luar dalam, test drive . Tanya jurujual tu ada apa-apa promosi tak, berapa rebet … sebab semua kereta baru ni ada rebet tau… atau dengan kata mudahnya diskaun la…
Maklumat ini juga boleh didapat dari laman web jenama kereta berkenaan.
Kalau dah confirm, bayarlah booking fee iaitu yuran menandakan kita bersetuju nak beli kereta tu. Biasanya harga akan ditentukan oleh pihak jurujual. Jika boleh minta bayaran paling minimum. Jurujual kereta akan suruh kita tandatangan pelbagai borang. Pastikan anda baca semua borang tu sebelum tandatangan ya. Jangan tandatangan borang kosong je. Jurujual memang suka nak suruh kita tandatangan cepat-cepat nanti dia orang isi kemudian. Tolong elakkan hal ini daripada berlaku. Kita tidak tau apa jumlah yang akan diisi olehnya. Minta dia kira dulu depan kita dan isi diruang yang disediakan tu sebelum kita menandatanganinya.

Lepas tu bagi tau  yang kita nak buat loan bank yang kita dah pilih. Biasanya syarikat akan tawaran loan bank yang ada “perjanjian” dengan syarikat tersebut. Macam tu juga dengan insuran kereta. Ada syarikat insuran yang dah ada MOU dengan dia orang. Jadi saleman tu pun dapatlah habuan daripada insuran kereta kita tu nanti.Tapi mama nak pilih insuran kereta sendiri. 


tengok contoh ni...biasanya ada senarai harga kereta kan

mama print screen ni...kalau nak jelas gi ke website  http://www.toyota.com.my/camry/#price
contoh yang  camry 2.0G A harga atas jalan : RM 159,900.00
                                            road tax: RM 4327.18

Lebih kurang harga insuran kereta mama juga. Tapi sebab mama nak buat sendiri, makan kos dapat dijimatkan. Mama ambil insuran takaful malaysia. Jumlah sum insured sama dengan yang dinyatakan, tapi insuran mama kena bayar hanya RM 1740.55 sahaja setelah tolah NCB kereta lama mama 55 %. Jimat banyak juga sebab kalau tak saleman tu kira mama kena bayar insuran setelah tolak NCB 55 % tu dia charge RM 2245.00.  Tengok berapa banyak yang mama dapat jimat. Kalau tak saleman tu lah yang dapat habuan duit lebihan insuran kereta tu kan...lebih kurang RM 505.00.

Jadi keseluruhannya mama dapat jimat RM 750.00 + RM 505.00                                                               = RM 1225.00.
Berbaloi kan usaha mama ...



Tuesday, 23 June 2015

LOAN @ PINJAMAN BANK BELI KERETA


bank yang  ada di negara kita   dr en google

Kebiasaannya majoriti yang membeli kereta akan membuat pinjaman bank.  Sesetengah syarikat kereta memberikan kemudahan 100% tanpa perlu pembeli mengeluarkan duit muka dengan syarat tertentu seperti khas untuk kakitangan kerajaan. Sebahagiannya pula menetapkan pembeli agar membayar pendahuluan minimum 10 % daripada harga jualan kereta  dengan 90% pembiayaan pinjaman daripada bank.Sebelum membeli kereta mama dah cari maklumat tentang pinjaman bank terutamanya kadar yang dikenakan ke atas bank kepada peminjam. Setiap bank mempunyai kadar yang berbeza. Kadar pinjaman untuk kereta nasional dan juga bukan kereta nasional adalah berbeza. Kereta nasional kadar yang ditetapkan oleh bank lebih tinggi berbanding dengan kereta bukan nasional. Kereta terpakai atau kereta second hand kadar pinjaman adalah lebih tinggi berbanding dengan kereta baru.

Pada masa mama booking kereta kadar pinjaman bank yang ditetapkan ialah antara 2.6-3.0% setahun bagi kereta bukan nasional. Kebanyakan bank akan memberikan kadar 2.7-2.9 % jika kita bertanya kepada jurujual kereta. Mama tak mahu ikut kata jurujual tu. Mama dah cari sendiri kadar bagi setiap bank yang memberikan kemudahan pinjaman. Kita masih boleh berbincang dengan pihak bank.  Bagi BSN, kemudahan untuk kakitangan awam dengan potongan biro angkasa kadar yang ditetapkan pada masa mama berurusan adalah 2.2 %. Klaau ikut potongan biasa (tidak ikut biro angkasa) kadarnya adalah 3.0%. Malangnya BSN menawarkan pinjaman secara konvensional bukan secara Islamik. Jadi mama tolak walaupun tawaran ini sangat menarik.

Mama pergi sendiri jumpa manager bank yang mama buat pinjaman tu. Masa mama jumpa dengan pegawai bank tu dia bagi tau mama kadar pinjaman bagi permohonan mama adalah 2.7%. Mama tanya boleh kurangkan tak... dia jawab tak boleh la. Mama tanya big bos ada tak saya nak jumpa. Ada katanya dan mama dibawa masuk berjumpa bos tersebut. Setelah maklumkan hasrat mama, bertanya beberapa soalan mengenai komitment mama, pendapatan dan sebagainya mama dapat kadar pinjaman 2.55%. walaupun nampak kecil perbezaannya namun cuba kita kira:

   contohnya: pinjaman RM 100,000.00 dengan kadar 2.7% setahun.
                      Tempoh pinjaman 5 tahun 
                     100,000.00 X 2.7 % =  RM 2700.00 setahun x 5 tahun
                                                      =  RM 13,500.00
                  Jumlah bayaran balik pinjaman kita ialah RM 113,500.00  
               
Jika kadar 2.55% pula
                            100,000.00 X 2.55 % =  RM 2,550.00 setahun x 5 tahun
                                                                =  RM 12,750.00
                            Jumlah bayaran balik pinjaman kita ialah RM 112,750.00 

 Jadi mama dapat jimat RM 13,500- RM 12,750 = RM 750.00

lagi lama tempoh pinjaman lagi banyak bayaran balik kepada bank. Usaha mama berbaloi sebab mama boleh gunakan diut tersebut untuk keperluan yang lain kan... shopping baju raya pun boleh

Monday, 22 June 2015

Pengalaman beli kereta baru 2015

Alhamdullilah antara azam mama tahun ini adalah nak beli kereta baru. Azam ni dah 2 tahun tertangguh. Mula-mula nak beli tahun 2013 tak kesampaian walaupun dah gi showroom tu sebab mama tak sihat masa tu, masuk IJN  kan. tahun lepas ingat nak beli tangguh lagi seab nak menunaikan haji jadi fokus kepada perkara rukun ini. Balik haji ingat nak beli dah, tapi kekangan masa tak kesampaian juga. En hubby pulak tak sihat lepas balik haji dan masuk Hospital Serdang hampir 3 minggu, pas tu sambung mc... jadi tangguh lagi. Ingat nak beli awal tahun, tapi pelaksanaan GST mula 1 April 2015. EN hubby kata tunggu dulu lepas GST. Nanti harga kereta turun rugi dan menyesal. Rupanya lepas GST harga tak la turun banyak mana pun. Ciput je ingatkan turun 4 % ke... rupanya hanya sikit je...alahai...

Tapi sebab memang dah berhajat nak juga kereta baru sebab kereta sedia ada dah nak masuk 11 tahun lebih kan... so mama pun kata dah sampai masa dah.  Kereta mama tu dah macam-macam kena buat maintainance dan spare part nya mahal. Mama rasa kalau sesiapa bertanya pendapat mama memang mama kata tak usahlah beli jenama ni. Rasanya proton mama tu lagi tak banyak kerenah. Spare part mudah, semua bengkel boleh buat .

Mama memang dah lama mengindam nak pakai jenama kereta ni. Sealau tengok kereta orang. Hajat hati nak beli MPV. tapi en hubby kata MPV tu 4 WD rugi je jalam dalam bandar pakai, maintainance kena buat. Pas tu ada dah MPV 2 WD.... tapi fikir punya fikir tak jadi la. Besar gedabak la pulak bila drive seorang. Anak pun 3 aje... so batal la rancangan nak pakai MPV. walaupun dah 10 tahun mengindam nak pakai MPV tu.  Lepas tu Februari lepas keluarlah modeal baru HRV. Nampak cantik harga pun kira boleh tahan juga la. Bincang-bimcang denagan en hubby dan anak-anak, ermm majoriti kata setuju nak HRV. So kena gi tengok kat show room la kalau cam tu. Dekat ofis mama ada 2 orang dah pakai HRV ni satu putih, satu hitam. Putih pada mama lagi menawan. Tapi masih tak puashati sebab tak boleh tengok dalam kan. So pegilah showroom  tengok sendiri. Cantik tu memanglah cantik tapi rasanya kecik sikit lah banding kereta mama sedia ada. Bahagian bonet memang kecik sungguh. Mama ada 3 anak nak balik kampung 3 hari beg je tak muat kot. Tu belum lagi kalau nak hantar anak-anak mama balik kolej memang tak muat la... maka batal juga la nak beli HRV.

Mama akhirnya telah menempah kereta sedan aje la... sesuai dengan mama dan en hubby. Rasanya ni last la kereta baru untuk mama beli. Kalau dapat kereta percuma dari BSN ke syukur alhamdullilah... kalau tak ni lah kereta yang mama guna sampai mama bersara la. Dah bersara guna aje yang ni gak ha..ha..

Sebelum beli kereta beberapa perkara perlu diambil kira antaranya

1. Perlukah beli kereta baru
2. Kedudukan kewangan semasa dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat
3. Brand kereta apa yang nak di beli
4. Jenis MPV/SUV/ dsb
5. Bank mana nak buat pinjaman
6. Insuran kereta daripada syarikat mana
7. Berapa downpayment dan berapa pinjaman dari bank
8. Tengok apakan tawaran dari syarikat kereta yang nak dibeli.... ada berapa rebet umpamanya
9. Pergi ke show room untuk tengok dan test drive sebelum beli kereta tu
10. Kalau dah berkenaan yang dihajati tu boleh lah buat booking dengan sejumlah bayaran yang ditetapkan oleh pihak berkenaan.

Okay tunggu sambungan bahagian seterusnya untuk mama ceritakan mengenai loan bank ya