PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 24 February 2015

MAIN GATE

Alhamdullilah settle dah satu perkara tahun 2015. Ianya tertangguh sejak tahun lepas atas sebab kesuntukkan masa. Main gate dah siap pasang hujung bulan Januari lepas. Pilih yang simple aje... harga agak berpatutan la. Dah survey beberapa kedai sebelum ni.... pergi kedai melayu letak harga ermm RM 4+ K.... aduhai mahalnya. Minta kurang pun tak boleh. Pas tu gi balik kedai yang buat auwning tu. Dapatlah dalam RM 2.2 K  banyak beza tu kan...

simple je kan....


Yang ni pilihan along...6 x 9 kaki
Asalnya nak letak dalam bilik along tapi tak muat la pulaknya.... jadi letak aje depan TV jadi tempat melepak. Lembut je bulunya.... ringan je.... harga pun murah je tak sampai RM 100.... oklah kan


Monday, 26 January 2015

IJN Follow -up

Alhamdullilah hari ini merupakan lawatan terakhir bagi mama di IJN. Syukur kehadrat Illahi keadaan kesihatan mama semakin pulih dan tidak memerlukan lagi lawatan susulan ke IJN. Bermula April 2013 mama berulang alik ke IJN setelah membuat thoracotomy. Walaupun terdapat komplikasi namun alhamdullilah mama telah sihat dan dapat menunaikan ibadah haji pada tahun lepas... amin ya rabbalalamin...

saran putu mayam ni kafeteria IJN dua keping ni berharga RM 3.00

CXR hari ini

menunggu no giliran ...




Friday, 23 January 2015

BONUS TAHUNG HAJI

Bonus Pendeposit TH 2014   


6.25%

BONUS TAHUNAN
+
2.0%

BONUS HAJI*

Bagi yang ada simpanan di TH, telah diumumkan pendeposit diberikan bonus tahunan seperti di atas. Tambahan 2.0% bagi mereka yang belum menunaikan haji diberikan bomus haji.
Para penyimpan boleh mengemaskini akaun TH pada 26 Januari depan...


Pengiraan adalah seperti berikut:

Bonus Tahunan TH (6.25%)

 (Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2014)/12 bulan) x 6.25%

 *Bonus Haji (2.0%)

1. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan kurang dari bayaran Haji (RM9,980) 
-> (Baki purata minima bulanan (Jan-Dis 2014)/12 bulan) x 2.0%
 
2. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan melebihi bayaran haji (RM,9980)
-> RM9,980 x 2.0%

NOTA:
*Bonus Haji – Bonus haji adalah bonus khas yang diberi kepada akaun para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980)