PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 16 January 2014

KEMASUKKAN MRSM 2014

Semalam telah diumumkan keputusan untuk memasuki MRSM bagi tingkatan satu 2014.
Alangkah sedihnya mama cucu saudara mama yang dok sekolah di kampung tu tak dapat masuk  MRSM. Dialah satu-satunya anak bongsu dalam keluarganya yang begitu teruja untuk masuk sekolah berasrama. Dari segi kelayakan rasasanya tak ada masalah. Dia dapat 5A, aktif koko di sekolah, merupakan Penolong Ketua Pengawas. Sekolah taraf kampung aje.... muridnya hanya seratus lebih sikit je dari darjah 1-6.  Tahun 2013 hanya 20 murid yang duduk UPSR. Namun apa yang membanggakan ialah kegigihan para gurunya yang mencurah bakti tan tahun 2013 merupakan tahun terbaik bagi sekolahnya dengan 7 murid dapat 5A. Rakan -rakan lain yang dapat 5A telah mendapat tawaran selah berasrama penuh, manakala dia gagal. Segunung harapan diletakkan agar dia dapat masuk MRSM. Namun ia nya tidak kecapaian. menyebabkan dia bersedih, murung dan menanggis.

Memang pelik kenapa dia tak dapat, sekolah luar bandar, bapa hanya mengambil upah potong sawit, ibu suri rumah... dari segi akademik memang cemerlang tapi ermmm satu aje yang tak ada talian hayat....

Orang lain ada talian hayat, kenal sipolan dan sipolan ...so hai-hai atau halo aje dapat. Inilah nasib orang kampung yang ingin berjaya. Bukan mudah untuk menembusi sekolah berasrama penuh ni.... Moga cucu saudara mama ni tidak patah semangat dan bersabar.


Monday, 13 January 2014

AMBIL LESEN KERETA MOTOR

Ni mama nak cerita perihal nak ambil lesen kereta motor bagi anak ke dua mama.
Anak mama sekarang ni tengah tunggu keputusuan SPM 2013. Sementara menunggu keputusan tu mama dan en hubby dah plan untuk dia ambil lesen motor dan kereta. Anak sulong mama pun sama juga dulu... cuma along ambik agak lambat seaba pindah rumah disember so januari baru mula semuanya dan memang lambat sebab dah ramai orang. Masa along tak ada masalah nak ambil lesen L. Cepat aje.... 2 minggu siap kot. Dan buat masa ni angah juga masuk kelas jahitan di Giat Mara untuk tempoh 6 bulan. Senang nanti pandai jahit baju sendiri kan..

laluan untuk belajar 
                                              
Mama memang tak puashati dengan Institut Latihan Memandu di Bandar Baru Salak Tinggi tu... tapi tak ada pilihan lain terpaksalahkan. Sebabnya dekat dengan rumah. Angah boleh pergi sendiri dengan motor ikut laluan dalam aje.

Berdasarkan pengalaman along dulu, kali ni mama guna pendekatan lain pulak. Awal-awal dah bagi tau angah habis je SPM terus masuk kelas untuk dapatkan lesen L. Zaman mama dulu senang tapi sekarang ni macam-macam kena buat dan kos pun mahal. Kena duduk kelas teori 6 jam. Seminngu lepas tu baru boleh duduk ujian komputer. Seminngu lepas komputer tu baru boleh duduk kelas amalai untuk 6 jam lagi.... tu pun kalau lulus ujian komputer sekali je kan. So mama memang dah bagi tau angah study mesti lulus sekali aje tau. Alhamdullilah angah lulus.

SPM habis hari Khamis, Sabtu tu angah dah duduk kelas teori.... memang tak bagi can rehat lepas tu kena baca buku untuk ujian komputer.  Pada 7  Disember 2013 angah dok ujian komputer tu dan lulus dan  14 Disember 2013 angah kena kelas praktikal la pulaknya... dan lepas tu beres... bolehlah memohon lesen L. Ni semua diuruskan oleh pihak sekolah memandu tu. Katanya dalam tempoh 2 minggu siap. Tapi malangnya angah punya sebulan baru siap. Tu pun setelah mama dan en hubbby ulang alik ke sana. Sekolah memandu kata pihak yang daftar masa ujian komputer yang salah... gi pusat komputer tu dia kata dia orang tak ada masalah ... ermmm gerammnya. Angah buat motorsikal dan kereta sekali... Untuk motor tak ada masalah tapi yang kereta bermasalah aduhai... Last-last dia orang kata JPJ yang bermasalah. Semenjak tukay SIKAP ke MY SIKAP ada masalah di JPJ... ingat nak cepat tapi hal lain pulak yang timbul.... hu..hu..

Pagi ni terima call dari sekolah memandu tu L dah beres. Alhamdullilah.

Kos untuk Lesen L bagi motor dan kereta ya

Pendataran dan kelas teori pertama RM 150.00
Ujian komputer RM 27.00 + RM 10.00 (kos gambar semasa di sana)
Kelas praktikal RM 150.00
Gambar untuk lesen RM 10.00 ( 4 keping)..nak guna dua aje untul L dan P nanti...

Jumlah RM 347.00  setakat ni lah...

Yang belajar bawak keretaa motor tu nanti dulu ya...


Friday, 10 January 2014

PENANTIAN

Hati mama sentiasa berdebar-debar. Sentiasa menunggu-nunggu surat dari TH. Mama semamangnya berdoa agar tahun ini mama akan menerima jemputan dariNYA. Mama tak sabar nak melihat Kaabah. Semoga hajat mama dipermudahkan dan dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ni bersama en hubby. Dah beberapa kali mama hubungi TH centre.... sebab mama dimaklumkan surat tawaran batch yang pertama telah dikeluarkan,,,yang mana kumpulan ini merupakan kumpulan yang akan pergi pada tahun ini juga.

Semalam adalah tarikh terakhir untuk mereka memberikan maklumbalas penerimaan atau penolakkan. Dan hari ini semua data akan dikemas kini dan surat tawaran batcah ke dua akan dikeluarkan minggu depan. Mudah-mudahan mama dan en hubby akan tersenarai dalam batch ke dua ini.

Tiap-hari bila balik aje kerja tengok peti surat ada tak.... hu..hu
Mama telah merancang hanya ALLAH yang menentukan. Semoga diperkenankan olehNYA.

                                                    
Sekarang ni kalau nak pergi haji kena daftar dengan tabung haji dulu. Tak kiralah nak ikut package ke muaasaasah. Yang penting daftar dulu... kalau tak daftar memang susahla. Waktu menunggu la ni kira-kira 50 tahun tau.... masa mama daftar anak mama tahun lepas dalam bulan sept atau okt dapat giliran tahun 2045.... mak ooi masa tu anak mama yang bongsu pun dah 60 tahun.... mama daftar 3 orang sekali. Hanya perlu ada akaun TH dan duit simpanan sebanyak RM 1300 sahaja. Daftarlah untuk anak-anak kita  sebab tahun menanti tu lama la sangat. Mungkin mereka akan dipanggil lebih awal kalau kouta yang ditetapkan oleh pihak Arab Saudi bertambah nanti. Apa pun daftar dulu.....