PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday, 3 January 2014

SALAM 2014

                                                2014 hd wallpaper

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Syukur alhamdullilah masih diberikan kesempentan untuk meneruskan kehidupan di tahun 2014. Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya dunia akhirat.

Rutin baru bermula lagi dengan menghantar balik anak teruna mama ke  MRSM. setelah selesai membayar semua tuntutan di MRSM, balik semula ke BBST. Banyak perkara nak diselesaikan semalam kerana dah ambil cuti rehat kasi pulun semua. Namun tidak semua yang selesai kita merancang Allah jua yang menentukan.

Ke pejabat pos untuk membeli sampul surat express beratur ambil nombor, mak ooi dapat nombor 2244, sedanhkan si kaunter baru panggil nombor 2113.... manusia penuh dalam tu... tak jadilah nak tunggu... so gi maynak nak buat urusan bank draft... mak oooi bank juga penuh....beratur nak dapatkan borang bank draft, lepas isi beratur lagi ambik nombor pulak... dah hampir setengah jam tapi tak dapat lagi nombor. Bamnk sesak , di ATM juga sesak ...

Alkisahnya semalam semua orang berlumba-lumba nak keluarkan dividen ASB.... hadoi... patutlah sesak mama tak terfikir pun pasal ASB tu...dan bonus yang kerajaan umumkan.. patutlah semua bank sesak...

Lepas tu ke sekolah latihan memandu nak settle masalah angah, ermm tak settle juga... dia orang kata tak boleh daftar di JPJ mungkin masa ujian komputer dia orang hanya klik untuk 1 aje iaitu moto dan kereta tak buat.. hadoi... kena datang lagi esok.... sakit hati betul... duit ambik servis macam hampas... salah dia orang kita jadi mangsa...

Lepas tu gi pulak klinik swasta untuk buat medical check -up angah. Nak buat urine drug... tak semua klinik buat... shopping beberap klinik at last dapat juga alhamdullilah.. settle satu perkara ni

Itulah kita merancang namun hanya Allah jua yang menentukan.



Tuesday, 31 December 2013

HARI TERAKHIR

31.12.2013.... akhir  2013... esok dah tahun baru. Ermm tambah tualah mama  kan dan makin singkat la hidup ni. Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 2013. Tak semua yang dirancang menjadi kerana kita hanya merancang Allah jua yang menentukan,

Antara yang berlaku dalam tahun 2013:
Mula berulang alik dari BBST ke ofis..
Anak mama along masuk politeknik, angah SPM. Siteruna seorang tu masuk MRSM
Perbelanjaan harian meningkat sebab jarak ke ofis tu jauh, en hubby lagi..
Pebelanjaan letrik, air, astro, streamyx, prepaid anak2 dan sendiri punya... banyak ooo
Yang terbesar mama cuti sakit 3 bulan , buat thoracotomy 2 kali di IJN..... alhamdullilah keadaan mama dah bertambah baik
Dah lebih setahun tak balik kampung, termasuk hari raya tapi semua kaum kerabat datang ke rumah dan IJN menziarahi mama... semua adik beradik mama dan en hubby juga anak-anak buah.

Semoga tahun 2014 merupakan tahun yang baik buat mama sekeluarga. Moga diberikan kesihatan yang baik, anak-anak soleh dan solehah yang berjaya di dunia dan akhirat.

Jumpa tahun depan ya.... sayonara!!!!

PENJAWAT AWAM : PENJIMATAN TAHUN 2014

Penutup tirai 2013...Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus.

 Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:

  • Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;
  • Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan
  • Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.
Pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:

  • Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;
  • Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan
  • Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.
Ermmm tak merasa lah nak naik kapalterbang dg bussiness class  sebab bukan jusa pun..
Makan tu setuju sgt2... kat HQ makan memang mewah... banyak bazir je...
Banner, bunting tu setuju... bersepah-sepah. Yang untung kedai buat benda tu semua la..
Tol tu setuju... tak aci mereka yang gaji besar dapat elaun tol, duit minyak lagi, kereta ... mana aci..hu..hu jeleslah tu kan
Saguhati tu pun setuju gak... orang besar pergi rasmi sana sini, bagi saguhati buat apa... bersepah bukan dia guna pun kan... ha..ha.. ni pun jeles gak ...