31.12.2013.... akhir 2013... esok dah tahun baru. Ermm tambah tualah mama kan dan makin singkat la hidup ni. Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 2013. Tak semua yang dirancang menjadi kerana kita hanya merancang Allah jua yang menentukan,
Antara yang berlaku dalam tahun 2013:
Mula berulang alik dari BBST ke ofis..
Anak mama along masuk politeknik, angah SPM. Siteruna seorang tu masuk MRSM
Perbelanjaan harian meningkat sebab jarak ke ofis tu jauh, en hubby lagi..
Pebelanjaan letrik, air, astro, streamyx, prepaid anak2 dan sendiri punya... banyak ooo
Yang terbesar mama cuti sakit 3 bulan , buat thoracotomy 2 kali di IJN..... alhamdullilah keadaan mama dah bertambah baik
Dah lebih setahun tak balik kampung, termasuk hari raya tapi semua kaum kerabat datang ke rumah dan IJN menziarahi mama... semua adik beradik mama dan en hubby juga anak-anak buah.
Semoga tahun 2014 merupakan tahun yang baik buat mama sekeluarga. Moga diberikan kesihatan yang baik, anak-anak soleh dan solehah yang berjaya di dunia dan akhirat.
Jumpa tahun depan ya.... sayonara!!!!
No comments:
Post a Comment