PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 10 January 2013

KEPUTUSAN KEMASUKAN MRSM 2013

                    
Semalam petang dalam perjalanan balik kerja bersama anak-anak, sibongsu mama bagi tau kawan dia dah dapat tawaran masuk MRSM kat Perak. Emak kawan dia ni cikgu kat sekolah anak mama sekarang ni. Ianya disokong oleh anak perempuan mama... eh cam mana dia dah dapat eek? Mama tengok kar laman web MARA katanya keputusan akan diumumkan pada awal febuari.... so samapi je rumah lepas makan cepat-cepat online tapi tengok tak da pun..... cuma yang untuk IGCE dan Ulul Albab je dah  boleh semak ...

Harap anak mama akan terpilih sebab SBP tak dapat. E rayuan dan buat.... Moga anak mama akan berjaya

Tuesday, 8 January 2013

BIL LETRIK PERTAMA

                            
Assalamualaikum. Nak cerita pasal bil letrik. Anak dara mama yang kat rumah tu asyik tanya kenapa bil tak sampai-sampai lagi... teruja nak tau berapa bayaran bil letrik. Sebelum ni hanya guna 2 aircond je... tu pun jarang sekali bilik mama on aircond sebab mama rasa ok dengan kipas je. Lampu pun hanya dua batang lampu kalimantang. Tapi bila dah duduk rumah baru ni rasanya semua melambung kot. Kipas punyalah banyak  dekat 10 adalah. Pas tu water heater, aircond tambah lagi satu dan tiap malam on tak tahan le bilik mama ni macam dalam oven, hood dapur lagi, tu belum ambik kira astro dan internet sebab baru je guna 2 minggu je bil pertama lebih daripada RM 160++ tu kira dah cuba jimat sana sini. Kalau tak mama memang bising kat anak-anak. Tutup lampu, kipas kalau tak ada orang kat bilik. Aircond guna sebelah malam je...pukul 5.30 mama dah off semua aircond. Biar senang nak bangun subuh...lepas ni tunggu bil air pulak...


Monday, 7 January 2013

Aktiviti hujung minggu

                              
Assalamualaikum. Dah lebih sebulan mama dok rumah sendiri. Erm bab kemas mengemas ni masih tak siap lagi.... semalam settlekan bilik anak teruna. Tak ada meja study. Meja yang sedia ada tak sesuai nak letak kat bilik dia.  Susah nak tutup pintu pulak... so cari meja lain. Settle dapat meja baru. Satu almari buku kena kelaurkan dari bilik anak teruna. Nasib baik mama belum kemas lagi almari tu. Mama hanya letak je barabg kat situ agar tak bersepah.Jadi semalam keluarkan almari tu letak kat bilik mama yang luas tukan... dan susun semua buku-buku dan yang sewaktu dengannya. Pagi semalam settlekan semua bil-bil barang dan juga waranty card dan buku panduan product letak dalam satu fail senang nak rujuk. En hubby kan suka buat sendiri kalau ada problem. Jadi all the manual tu kena simpan...

Projek mega en hubby juga selesai.... pasang auning kat balkoni... so kurang la tempias bila hujan. Sebelum tu Sabtu, kami makan nasi Arab kat Ciberjaya. Beberapa perkara lagi belum siap, Frame masih tak bergantung. Rel langsir tak pindahkan lagi.... bilik tamu dan stor masih berselerak. Insyallah hujung minggu ni dan minggu depan settle kotnya.