Assalamualaikum. Dah lebih sebulan mama dok rumah sendiri. Erm bab kemas mengemas ni masih tak siap lagi.... semalam settlekan bilik anak teruna. Tak ada meja study. Meja yang sedia ada tak sesuai nak letak kat bilik dia. Susah nak tutup pintu pulak... so cari meja lain. Settle dapat meja baru. Satu almari buku kena kelaurkan dari bilik anak teruna. Nasib baik mama belum kemas lagi almari tu. Mama hanya letak je barabg kat situ agar tak bersepah.Jadi semalam keluarkan almari tu letak kat bilik mama yang luas tukan... dan susun semua buku-buku dan yang sewaktu dengannya. Pagi semalam settlekan semua bil-bil barang dan juga waranty card dan buku panduan product letak dalam satu fail senang nak rujuk. En hubby kan suka buat sendiri kalau ada problem. Jadi all the manual tu kena simpan...
Projek mega en hubby juga selesai.... pasang auning kat balkoni... so kurang la tempias bila hujan. Sebelum tu Sabtu, kami makan nasi Arab kat Ciberjaya. Beberapa perkara lagi belum siap, Frame masih tak bergantung. Rel langsir tak pindahkan lagi.... bilik tamu dan stor masih berselerak. Insyallah hujung minggu ni dan minggu depan settle kotnya.
No comments:
Post a Comment