PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Sunday, 17 June 2012

KISAHKU 1


Assalamualaikum semua.  Untuk sekian kalinya Mama Arra akan menceritakan mengenai sejarah diri mama. Dilahirkan pada bulan Mei 19???. di Batu Pahat Johor. Ooo dah tualah mama ni.... Bersyukur kepada Allah, mama dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua-dua orang tua mama. Dalam keluarga merupakan anak yang ke 3 kira-kira bongsulah tu.  Ada seorang kakak dan seorang abang. Abah merupakan orang kampung, kerja sendiri je... macam dia buat pagi menoreh getah...kebun orang ambil upah lah... pendapatan tu kira 50-50. Emak pulak suri rumah sepenuh masa. Mak ada gak tolong abah gi menoreh. Selain daripada menoreh abah gak  menyabit kelapa. Kelapa yang disabit ni dikopek buang sabutnya. Pastu bawak balik rumah sorong dengan basikal je...masuk guni letak kat tengah palang basikal kargo.... Kat belakang rumah ada sebuah tempat yang didirikan bagi menyalai kelapa korang tau ke? Alamak zaman dulu kala tak da pulak kamera untuk merakamkamkan segala peristiwa. Tak macam zaman ni semuanya mudah. H/p ada kamera. Ipad lagi dan segala nika gejet ada. Lepas tu proses membelah kelapa. Seklai belah 1200-1500 biji tau... siap belah baling ke atas rumah salai tu tinggi 8kaki tau... lepas tu susun macam susun duit siling tu...bukan keatas tau... secara mendatar.... 2 lapis lagi. Siap tu proses menyalakan temurung yang dah siap tersusun cantik di bahagian bawah rumah salai tu.Proses menyalai ni lama gak kira-kira 2 1/2 jam.... habis round pertama buat kali kedua bakar tempurung tu.... biasanya jam 6.00ptg siap le.... pagi esoknya start le acara menyongkel kelapa...ada tauy ke pe diani... proses memisahkan isi kelapa daripada tempurungnya.... kemudia isi kelapa ni di salai semula...jadilah copra.... kalau dulu kat sekolah subjek geografi adalah belajar mengenainya...dah siap tu jual le.....



produksi kelapa
can nilah cara abah kopek kelapa dulu... abih upah sebiji 2 sen masa tu..
Gambar from google..

http://wb9.itrademarket.com/pdimage/24/2194524_kopra3.jpg
 ni lah rupanya kopra... frrom google

Abah pulak merupakan seorang yang sangat berdisiplin. Walaupun abah tak bersekolah dan tak boleh membaca tetapi abah boleh menulis nombor dan tulis jawi sikit-sikit. Mama amat mengkagumi abah mama ni. Rasanya tak da orang kat kampung tu yang tak kenal abah. Abah sangat rajin dan ringan tulang. Kalau ada kenduri kendara di kapung abahlah orang yang paling rajin dan tekun membuat tugasan. Abah ni orang nya sangat berjimat. Abah akan pergi menoreh lepas subuh. Siap kerja menoreh jam 10.00 pagi biasanya, lepas tu abah akan kekebun. Tanam pisang, Sabit kelapa ikut jadual. Balik kerja pukul 12.30.tengahari. Lepas tu rehat dan sembanyang zohor. Pukul 2.00 gi kebun semula sampai jam 5.30 petang. Macam orang kerja ofis kan. Kalau nak cari abah hanya waktu tengahari atau selepas pukul 5.30 petang. Maghrib dan Isyak abah akan pergi berjemaah di surau. Itulah rutin abah.


Kehidupan keluarga mama asalnya bukanlah senang. Ibarat kata kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kakak mama hanya besekolah takat darjah 6 je... tak mampu nak sekolahkan kakak. Kasihan kakak kan. Abang pulak sekolah sampai LCE masa tulah kan. Sebab lelaki kot jadi abah bagilah gi sekolah gak. Jauh tu sekolah naik basikal je.... lebih 5 km berkayuh tiap hari. Tapi abang mama ni taklah rajin nak gi sekolah. selalu cilok. Dari rumah pakai baju sekolah tapi pas tu tak gi sekolah. Gi bandar tengok wayang. Kayuh basikal 10 ke 12 km nak gi tengok wayang. Ni abang mama yang bagi tau bila mama dah kerja tau.... 

Jarak umur mama dengan kakak adalah 14 tahun beza... dengan abang 10 tahun gitu.... bolehlah ambik kalkulator kira umur mama kan...he..he..







Wednesday, 13 June 2012

KEHILANGAN LAGI

Assalamualaikum..... hari ini 13 Jun 2012. Semalam petang lepas bagi dari ofis, waktu sedang masak sayur untuk makan malam, mama terima call daripada cousin mama di PJ yang memaklumkan adiknya di BBB telah kembali kepada penciptanya kira-kira 4.30 petang tadi. Innalilahiwainnaillahirojiuun... Tak sampai sebulan daripada cousin sebelah en hubby mama  yang telah kembali juga pada 19 Mei yang lalu... baca kat    < sini  >. Ini cousin sebelah abah mama, anak kepada adik lelaki abah mama. Merupakan anak bongsu dari 3 adik beradik.... Baru-baru ni telah duduk kat IJN hampir 6 minggu kot.... sebabnya heart problem, diabetis dan juga renal impairment. Masa mama melawatnya di IJN bulan lepas, keadaannya memang blotted..... water retention and renal impairment.... So selepas maghrib, mama dan anak buah daripada Subang bertolak ke BBB. Ramai sahabat handai, jiran tetangga dan juga saudara mara telah menziarah jenazahnya... Semoga rohnya dicucuri RahmatNya dan ditempatkan bersama orang yang beriman... Alfhatihah.






Monday, 11 June 2012

HADIAH

Assalamualaikum.... Isnin 11 Jun 2012 persekolahan telah bermula kembali. Rutin anak-anak kena bangun pagi. Kalau tak lepas solat subuh sure berselibung lagi.... pukul 9 ke atas baru bangun tu pun lepas bising-bising... kalau tak boleh sampai pukul sebelas... aduhai anak- anak.

Opps tajuk kat atas tu kan ada ceritanya tersendiri. Mama cuti pada Selasa lepas, penat selepas hujung minggu kena menghadiri persidangan di Sarawak. Sampai rumah petang Isnin.... Selasa tu terasa penat sanagat so, ambik le cuti kan... Rabu teman en hubby buat ECHO dan Stress test

Khamis hingga Ahad balik kampung. Anak bongsu abang en hubby kahwin.... cerita pasal kenduri kahwin nanti ya... ni nak cerita pasal tajuk enteri kan...


Selasa yang mama cuti tu kan tetiba pintu rumah diketuk. Ingatkan anak bongsu mama yang balik rupanya ada seorang jejaka bagi tau nak bagi hadiah harijadi.... opp terkejut gak mama ingatkan untuk anak mama yang sulung tu sebab baru je harijadinya berlalu... tapi untuk mama rupanya.... harijadi dah berlalu hampir 2 minggu gitu...tapi si penghantar tu kata untuk Puan A.... oh untuk mama rupanya. Daripada siapakah gerangannya.... tak diduga pulak terima hadiah daripada orang besar lagi ternama gitu.... pelik bin ajaib kan tetiba je terima hadiah ni... namun dah orang nak bagi mama ucapkan terima kasih jelah... walaupun barang tu kecik je, murah atau mahal itu mama tak kisah yang penting keiklasan kan,,,,, nak tau apa hadiahnya lihatlah kat bawah ni............

                                       ......................

                                          ..............................
                                               
                                              .........................................


                                                   ............................................................

                                                            ..........................................................................

                                                                               .....


                                                                                    ..




                                                                                 -

                                                                                -


                                              cantik tak??? mama memang tak pernah beli yang berjurai cam ni