PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday 13 June 2012

KEHILANGAN LAGI

Assalamualaikum..... hari ini 13 Jun 2012. Semalam petang lepas bagi dari ofis, waktu sedang masak sayur untuk makan malam, mama terima call daripada cousin mama di PJ yang memaklumkan adiknya di BBB telah kembali kepada penciptanya kira-kira 4.30 petang tadi. Innalilahiwainnaillahirojiuun... Tak sampai sebulan daripada cousin sebelah en hubby mama  yang telah kembali juga pada 19 Mei yang lalu... baca kat    < sini  >. Ini cousin sebelah abah mama, anak kepada adik lelaki abah mama. Merupakan anak bongsu dari 3 adik beradik.... Baru-baru ni telah duduk kat IJN hampir 6 minggu kot.... sebabnya heart problem, diabetis dan juga renal impairment. Masa mama melawatnya di IJN bulan lepas, keadaannya memang blotted..... water retention and renal impairment.... So selepas maghrib, mama dan anak buah daripada Subang bertolak ke BBB. Ramai sahabat handai, jiran tetangga dan juga saudara mara telah menziarah jenazahnya... Semoga rohnya dicucuri RahmatNya dan ditempatkan bersama orang yang beriman... Alfhatihah.






No comments:

Post a Comment