PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 26 January 2017

MRSM TAIPING DAN I PAD

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatoh..

Hari terakhir persekolahan tahun 2016 yang lepas mama en hubby dan along  ke Taipin menjemput anak bujang balik bercuti. Oleh itu kami ambik kesempatan untuk ronda-ronda ke bandar yang berdekatan semasa perjalanan balik dan bermalam di Seri Manjung sebab dah petang sangat dan kepenatan. Bertolak dari rumah 8.30 pagi pada waktu pergi. Perancangan awal nak bertolak lebih awal sebelum subuh sekitar 5.00 pagi dan solat subuh dalam perjalanan. Namun  takdir jadi lain. Hari Khamis tu balik kerja selepas makan nasi,  perut mama dah rasa semacam je... sakit atpi ok lagi  sehingga ke solat maghrin sakit makin bertambah rasa tak larat dah nak berdiri solat. Baring kat katil serba tak kena... guling sana sini dan rasa nak muntah aduhhh... en hubby urut betis dan perut serta belakang dengan minyak panas... en hubby ajak ke klinik tapi dah malam kat kawasan mama tinggal  ni klinik dah tutu jika lepas pukul 10.00 malam...Perut semakin sakit dan munta. Dah tu en hubby bawalah gi hospital..erm selepas diberikan injection sebanyak 2 kali rasa perut pun dah cam ok mama minta balik la... sampai kerumah dah lebih pukul 1   gitu gini pukul 2 lebih baru tidur... tu yang lambat bertolak..


ronda makan mee udang Kuala Sepetang tapi mama tak makan tengok jer... pas tu gi pantaiTeluk Batik, singgah menara condong Teluk Intan...

Ok habis cerita jenjalan ... tajuk lain cerita lain pulak kan... Berbalik pada tajuk IPad ni kan anak bujang mama maklumkan pihak MRSM Taiping akan beri surat untuk memaklumkan agar ibu bapa menyediakan IPad untuk pelajar2 bermula tahun depan 2017 bila sesi perkolahan dibuka...Wow Ipad  gitu... sudah tentu harganya pun mahal la kan... lebih daripada RM 1 K ... kalau tablet  lain boleh dapat  bawah RM 500.00 kan... ni apple kot...mama memang tak pernah pakai produk apple ni...

Aank bujang mama pun tak puas hati sebab dia dah tingkatan 5 jadi stress la kalau guna Ipad ni kan..sebab belum pernah guna sebelum ni...sedangkan batch mereka nak SPM tahun ni. Mengapa tak dibuat pilot kepada tingkatan 4 yang akan masuk 2017 ni... bla..bla.bla...

Nak buat macam mana akhirnya surat arahan tersebut mama terima dalam bulan Disember 2016. Maka nak tak nak kenala beli IPad kan. En hubby mama kalau pasal keperluan pelajaran anak-anak ianya akan menjadi keutamaan. Anak mama kata dari pada kan lagi bagus beli Iphone.... hihihi,,,tulah impian anak bujang dan anak perempuan mama juga...hahhaha... la ni pakai  SAMSUNG jer... tu pun second hand mama punya bagi kat anka bujang ni...

Ada ramai juga pelajar yang tidak beli Ipad lagi bila sekolah dibuka. Pihak koperasi sekolah juga ada memberikan kemudahan pembelian secara ansuran untuk tempoh 6 bulan dengan harga RM 1650.00 kalau tak silap la...Aduh kasihan bagi anak-anak yang tidak ada Ipad ni... semua kerja perlu buat dalam Ipad... kalau tak ada kena salin dan pinjam Ipad  kawan... susah kan gitu... sekali pinjam tak pe la tapi kalau berkali-kali cam ner tu kan...

Mengganggu kawan dan menyusahkan kawan pun ada sebab semua subjek ada kerja dan tugasan yang perlu di buat... kalau mama pun akan stress... ada IPad kalau tak bagi pinjam susah juga tapi kalau bagi pinjam lagi sussah ... kerja banyak tertangguh
Kalau tak ada IPad mama rasa lagi stessssssss ooooo.... Aduh sedih betul terutamanya bagi yang kurang berkemampuan. Banyangkan la nak naik persekolahan bagi yang ada 3 ke 4 anak bersekolah, berapa banyak  duit yang diperlukan oleh ibu bapa untuk kelengkapan sekolah... yuran lagi aduhai boleh pening la kalau tidak ada simpanan awal yang dilakukan.

Lepas tu bila dah masuk U nanti Ipad ni kurang kegunaanya. Anak-anak akan lebih memerlukan lap top untuk buat macam-macam kerja... kalau beli dari tinkatan 4 tu rasanya berbaloi juga la kan guna 2 tahun... Lainlah kala MARA boleh bekalkan Ipad tu...

IPad yang ada kat sekolah tu hanya terhad bilangnya... pas tu ianya digunakan oleh guru juga.... jadi tinggalah beberapa untuk diberikan pinjaman kepada pelajar dalam katogeri tidak mampu yang dibiayai oleh MARA. Pelajar lain yang dalam katogeri mampu  ni ramai yang ibu bapa belum boleh belikan Ipad. Walaupun pendapatan ibu atau bapa RM 5000 sebulan dalam keadaan ekonomi sekarang dan jika ada 3 atau 4 anak yang bersekolah ianya boleh dimasukkan dalam golongan yang miskin terutama kalau duduk dikawasan bandar... ermmm dasar tu mungkin bagus dan ada objektif tertentu tetapi perlu diteliti dari segi pelaksanaannya.

Satu lagi bila semua pelajar guna Ipad, nak caj Ipad tu pun satu masalah... tidak banyak tempat tau plug yang boleh digunakan untuk mengecas... masa mengecas juga hampir 2-3 jam nak bagi bateri tu penuh..., cam mana tu??? Kat asarama lagi las masalah hanya ada beberapa plig point jer...bilangan murid hampir 50 satu bahagian dorm,.... cam ner tu... lepas tu plug tu juga nak caj hand phone.... aduhhh ... pepandaila anak ku nak hidup...


No comments:

Post a Comment