Tahun 2015 baru sahaja bermula. Pelbagai perkara yang berlaku dipenghujung 2014 yang mana sedikit sebanyak telah mengganggu emosi pelbagai pihak. Kejadian banjir luar biasa di pantai timur dengan melibatkan kematian dan kehilangan 1700 lebih buah rumah di Kelantan, tidak termasuk di Pahang memang mamat menyedihkan. Semoga mereka ini diberikan ketabahan dalam menerima musibah banjir.
Tahun ini akan lebih mencabar walaupun harga minyak telah turun sebanyak 2 kali sejak akhir tahun 2014. Harga barang-barang lain tidak turun walaupun harga minyak turun. Dulu alasannya barang naik sebab harga minyak naik. Salahkan kerajaan sebab naikkan harga minyak. Tapi kini harga minyak turun barang tak juga turun turun. Peniaga memang suka ambik kesempatan dan orang ramai akan menyalahkan kerajaan. Sebenarnya peniaga yang memang suka naikkan barang dan tak pernah turun kan....
Dalam surat khabar semalam pun ada dinyatakan bahawa penstrukturan semula budjet 2015 wajar dan tepat bagi menstabilkan ekonomi negara kata pakar ekonomi dan penganalisislah...
Mama dah lama terfikir pasal nak semak budget 2015. Macam-macam plan ada dalam kepala ni...
Hari Isnin 12 Januari 2015 anak mama balik asrama untuk sesi persekolahan tahun2013 tingkatan 3.
Persediaan bagi persekolah agak banyak juga. Anak mama ni cuma seorang je yang masih bersekolah . @ orang lagi juga masih belajar.... memang banyak nak guna duitkan.
Baju sekolah anak mama ni hanya beli sehelai sahaja, begitu juga dengan seluar. Yang mana baju tahun lepas yang masih elok dia guna lagi tahun ni. Beg sekolah pun guna tahun lepas juga, cadar selimut dan lain keperluan untuk asrama pun guna yang sedia ada juga. Bekas pensil juga tak beli. Hanya yang perlu aje dibeli baru seperti kasut hitam, stokin,seluar track, 2 pasang kasut bola satu untuk bola sepak dan sepasang untuk footsal... Gitu gini perbelanjaan untuk ini sahaja tidak masuk yuran masa hari pendaftaran hampir RM500.00
Pendaftaran hari tu jumlah keseluruhannya mencecah hampir RM 1400.00 meliputi yuran asrama, dobi, yuran kecemerlangan PT3 dan buku latihan untuk tingkatan 3. Apa pun bagi yang ada masalah kewangan tidak perlu banyar untuk setahun... boleh bayar ikut bulan. Cuma mama tak rajin nak bayar tiap bulan tu yang bayar setahun tu....
Mulai 1 Disember 2014, anak sulung mama buat praktikal. mama pilih tempat di Putrajaya di Kementerian Pendidikan dalam bidang akaun. Senang tidak payah mama nak fikir tempat tinggal, penggangkutan kan. Pergi sekali aje dengan mama dan en suami. Bawak satu kereta aje...kalau perlu kadang kala mam dan en suami bawa kereta masing-masing kalau kena kerja luar pejabat. Mama pun ada la kawan kat rumah kan....
Menjimatkan perbelanjaan penggangkutan ....
ni dari surat khabar semalam..... aduhai tergoda sudah...... hhhhmmmm insyalllah
No comments:
Post a Comment