Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa diberkati olehNYA. Diam tak diam dah masuk bulah Februari 2014. Januari 2014 menyaksikan mama telah mengambil cuti sakit 3 hari. Hajat dihati tak mahu ada MC tahun ni tidak kesampaian. Kesihatan mama yang tidak menentu menyebabkan mama terpaksa mendapatkan rawatan. Hampir sebulan mama batuk. Dengan sejarah mama melakukan pembedahan thoracotomy, mama terpaksa dirujuk semula ke Pakar Respiratori, dulu di Institut Perubatan Respiratori KL. memandangkan aian jauh, dan jalan pulak selalu jem, maka mama minta hospital yang dekat aje, malangnya Hospital Putrajaya tak da lah pulak pakarnya, jadi mama dirujuk ke Hospital Serdang. Macam yang mama ceritakan sebelum ini, mama telah diberikan Unasyn 375 mg BD untuk seminggu. Ujian darah dah kahak dilakukan dan semua keputusan ujian adalah memuaskan. Pakar merancang untuk melakukan ujian bronchoscopy untuk melihat secara terus ke dalam paru-paru dan mengambil sampel yang sepatutnya dan ditetapkan tarikh pada 24 Januari 2014. Tension gak mama nak buat ujiannya. Memang tak pernah tengok secara life tapi OGDS tu biasalah. Memang menyakitkan juga. Bronchoscopy tu mama bayangkan lebih kurang sama lah. Cuma ianya akan dimasukan ke trachea, OGDS masuk ke esophagus untuk lihat esophagus, perut dan deodenum iaitu saluran pemakanan.
Sebelum ujian dilakukan pakar telah menerangkan mengenainya. Mama akan diberikan local anaesthetic spray di tekak dan hidung sebelum scope dimasukkan. Mama akan rasa pahit dan macam pedas katanya..
Diminta juga berpuasa muali jam 12 malam sebelum hari tersebut. Mama juga akan diberikan sedation untuk bagi mama tidur iaitu fentanyl dan dormicum.
Hari yang ditetapkan mama ke Day Care Hospital Serdang. Lepas pendaftaran, terus ke wad day care, diberikan katil dan juga baju untuk ditukar sebelum procedure dilakukan. Venofix dipasangkan untuk memudahkan ubat dimasukkan untuk bagi mama tidur. Setelah itu, mama ditolak bersama katil ke bilik prosedur bronchoscopy.
Spray tekak dan hidung diberikan . Ermm boleh tahan juga penangannya. Sampai berair mata dan merah . Nasib baik tidak begitu lama. Selepas tu sedation diberikan. Kemudian scope mula dimasukkan melalui hidung sebelah kanan. Mama dah terbayang aduh sakitnya..... baca bismillah dan mohon doa kepada Allah semoga dipermudahkan. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Mama rasa prosedur tersebut tidaklah begitu menyeksakan berbanding dengan ETT tube masa di ICU kat IJN tempoh hari. Tak lama dalam 15-20 minit aje. Ubat tidur yang diberikan tidak berkesan pada pada. Mama jaga setiap saat dan dapat tengok image melalui monitor yang disediakan. Alhamdullilah semuanya baik kata pakar berkenaan. Sampel diambil untuk C&S dan TB work up.
Selepas prosedur, mama batuk sampai termuntah. Banyak lendir yang keluar dan lepas tu mama rasa lebih baik. Petangnya mama dah tak batuk. Alhamdullilah....
Salam..nak tanya..brapa lamak proces ni berlaku ye? Bpa jam?
ReplyDeleteWaialaikumussalam, lebihkurang 20-30 minit kalau tak silap la... bergantung pada pesakit rasanya... kalau ada masalah mungkin lama sikit kot...
Deletemak saya pun akan buat scope pada minggu hadapan. mmg risau sangat sbb faktor usia mak yg telah berumur 60thn. saya nak tanya buat scope ni ada risiko tak. lepas habis tu akan keluar darah tak berhenti tak.mak saya selalu sesak nafas kalau batuk teruk. Dr kata buat scope ni mmg kan terbatuk2.. betul ke ye puan?
ReplyDeleteSoory ya lambat reply... scope ni tak ada banyak risiko yang membimbangkan... pengalaman saya sendiri tak ada berlaku pendarahan sesudah prosedur dilakukan. Cuma rasa tidak selesa masa prosedur dijalankan tu biasalah kan... tak pulak saya terbatuk-batuk masa scope tu...
DeleteSalam,nak tanya berapa kos rawatan brounhcohpy,guna gl boleh ke
ReplyDeleteWaalaikumussalam... maaf ya saya tak tau kos rawatan berapa... ya kakitangan kerajaan boleh menggunakan GL seperti biasa
DeleteAssalammualaikum
ReplyDeleteNak tanya, berapa result bronshoscopy baru dapat tahu
Walaikumussalam. Keputusan bronchoscopy mama dapat tahu masa tu juga sebab mama sedar spenuhnya semasa prosedur dijalankan... jadi boleh tengok melalui monitor dan pakar memberikan penerangan berkaitan
DeleteSalam, apa keputusan..sakit aper. Mungkin sy perlu buat prosedur ini sebbab sy rasa sukar hendak bernafas. Beberapa bulan lepas telah buat angiogram dihospital yg sama check jantung okay, tapi masih sukar utk bernafas.
ReplyDelete