PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday 13 January 2014

AMBIL LESEN KERETA MOTOR

Ni mama nak cerita perihal nak ambil lesen kereta motor bagi anak ke dua mama.
Anak mama sekarang ni tengah tunggu keputusuan SPM 2013. Sementara menunggu keputusan tu mama dan en hubby dah plan untuk dia ambil lesen motor dan kereta. Anak sulong mama pun sama juga dulu... cuma along ambik agak lambat seaba pindah rumah disember so januari baru mula semuanya dan memang lambat sebab dah ramai orang. Masa along tak ada masalah nak ambil lesen L. Cepat aje.... 2 minggu siap kot. Dan buat masa ni angah juga masuk kelas jahitan di Giat Mara untuk tempoh 6 bulan. Senang nanti pandai jahit baju sendiri kan..

laluan untuk belajar 
                                              
Mama memang tak puashati dengan Institut Latihan Memandu di Bandar Baru Salak Tinggi tu... tapi tak ada pilihan lain terpaksalahkan. Sebabnya dekat dengan rumah. Angah boleh pergi sendiri dengan motor ikut laluan dalam aje.

Berdasarkan pengalaman along dulu, kali ni mama guna pendekatan lain pulak. Awal-awal dah bagi tau angah habis je SPM terus masuk kelas untuk dapatkan lesen L. Zaman mama dulu senang tapi sekarang ni macam-macam kena buat dan kos pun mahal. Kena duduk kelas teori 6 jam. Seminngu lepas tu baru boleh duduk ujian komputer. Seminngu lepas komputer tu baru boleh duduk kelas amalai untuk 6 jam lagi.... tu pun kalau lulus ujian komputer sekali je kan. So mama memang dah bagi tau angah study mesti lulus sekali aje tau. Alhamdullilah angah lulus.

SPM habis hari Khamis, Sabtu tu angah dah duduk kelas teori.... memang tak bagi can rehat lepas tu kena baca buku untuk ujian komputer.  Pada 7  Disember 2013 angah dok ujian komputer tu dan lulus dan  14 Disember 2013 angah kena kelas praktikal la pulaknya... dan lepas tu beres... bolehlah memohon lesen L. Ni semua diuruskan oleh pihak sekolah memandu tu. Katanya dalam tempoh 2 minggu siap. Tapi malangnya angah punya sebulan baru siap. Tu pun setelah mama dan en hubbby ulang alik ke sana. Sekolah memandu kata pihak yang daftar masa ujian komputer yang salah... gi pusat komputer tu dia kata dia orang tak ada masalah ... ermmm gerammnya. Angah buat motorsikal dan kereta sekali... Untuk motor tak ada masalah tapi yang kereta bermasalah aduhai... Last-last dia orang kata JPJ yang bermasalah. Semenjak tukay SIKAP ke MY SIKAP ada masalah di JPJ... ingat nak cepat tapi hal lain pulak yang timbul.... hu..hu..

Pagi ni terima call dari sekolah memandu tu L dah beres. Alhamdullilah.

Kos untuk Lesen L bagi motor dan kereta ya

Pendataran dan kelas teori pertama RM 150.00
Ujian komputer RM 27.00 + RM 10.00 (kos gambar semasa di sana)
Kelas praktikal RM 150.00
Gambar untuk lesen RM 10.00 ( 4 keping)..nak guna dua aje untul L dan P nanti...

Jumlah RM 347.00  setakat ni lah...

Yang belajar bawak keretaa motor tu nanti dulu ya...


3 comments:

  1. oouhh.. sya dh sebulan x kluar2 lgi lesen L untk kreta.. dgr kata semu driving school tgh prob sbb sistem jpj tgh down. bkn salah dorang tu...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Puan, boleh sye dptkan no. Contact untuk pengambilan lesen memandu di Bndr Bru salak Tinggi tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya tak ada pulak nombor telefon yang diminta tu

      Delete