Assalamualaikum....bersua kembali di pagi Juamat yang mulia ini. Mama nak cerita pasal pembelian secara online. Sebelum ni mama tak pernah pun beli barang secara online. Biasanya pergi kedai ke, supermarket, butik atau apa saja lah yang sewaktu dengannya.... ada duit , beli, dan angkut balik.
Ada macam-macam perniagaan online sekarangkan. Google je nak beli apa semuanya ada. Cuma kena pastikan betul ke web tu... atau tipu punya... sebab banyak yang kita dah dengar berita dah bank in duit... tapi dapat lesung batu pun ada...
Mama ni pun terpaksa beli secara on line produk ni.. bukan apa mama dah pakai sebelum ni beli secara tunai la... tapi semenjak dah tak boleh buat jualan di komplek kerajaan ni... mama tak tau nak cari kat mana pulak... tu lah google untuk cari produk ni... sebab ianya tak lah mahal sangat mama cubalah pembelian online ni... rasanya insyallah mama akan dapat barang ni pada Jumaat depan... tunggu ya akan mama konngsikan nanti...
By the way, today is my second daughter birthday... Happy Birthday Angah.... moga jadi anak yang solehah... berjaya di dunia dan akhirat.
Malam semalam pulak di adakan majlis solat hajat di sekolah Along bagi menghadapi SPM. Mama dan en hubby pergi sama dan selepas tu ambik slip percubaan SPM. Mama sentiasa doakan agar along berjaya... masih punya masa untuk along terus berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang... ayuh along study hard and smart....
My handsome boy... merdeka sakan dia...main..... makan... tidur... main... main... aduhai.....anakku
No comments:
Post a Comment