PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 8 October 2013

IJN Follow-up Part 2

Semalam mama pergi follow-up lagi di IJN...dah dekat sebulan lebih mama mama tak datang IJN ni... last follow-up ari tu awal september...mama sebenarnya agak takut nak gi follow-up sebab bulan lepas tu fluid makin bertambah kat dalam paru-paru mama.... dan didapati paru-paru tak nak mengembang... sedihnya... seperti putus asa pun ada but yesterday after chest x ray mama namapak banyak perubahn terhadap paru-paru tu... dah banyak mengembang dan sedikit pneumothorax dan masih ada lagi effusion dah nak hampir 80% in left lung... but mama tak ada simptom sesak nafas... mama boleh baring satu bantal dan jalan kembali pada speed mama sebelum operation.... cuma kalau jalan agak jauh  100 meter tu adalah terasa penat but after rest fews minutes dah ok... boleh sambung balik jalan tu... Alhamdullilah syukur padaMU YA Allah.... amin... moga kesihatah mama bertambah baik dan mama amat berhajat untuk pergi haji bersama en hubby tahun depan dan moga hajat mama tercapai, haji mama sempurna dan diberkan kemudahan, kesihatan dan keselamatan semasa pergi, semasa di sana dan selamat kembali ke tanah air untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini ya Alllah...
ni masa lepas 2 minggu pembedahan...kali kedua



ni masa follow-up bulan Ogos....tengok banyak effusion dan pneumothorax dan juga paru-paru yang nampak tak nak kembang tu..

yg ni bulan september ....effusion yang makin bertambah... yang buat mama susah hati tu..



Tudung oh Tudung ...Fareeda, Ariani, Syria, Bawal

 
Assalamualaikum.... kali ni mama nak cerita pasal tudung... erm ada macam-macam tudung dipasaran.. yang popular tentulah tudung Ariani dan fareeda.... samapi ada yang sanggup berbaris nak dapat koleksi ariani mahupun fareeda ni... harganya mak ooi.. punyalah mahal...bagi mama la... boleh dapat dekat 10 tudung yang ada kat pasar malam yang boleh mama belilah..

La  ni ada dtudung bawal, 1, 2, 3, bawal 2 tone, 3 tone, 4 dan 5 tone... mak ooi... pas tu ada manik, sulam, batu dan bagai-bagailah.... tak masuk lagi yang 2 layer, 3 layer  4 dan 5 layer.... macam rumah pangsa... itilah fasyen tudung terkini ... dan yang terbaru letak renda-renda kat tudung lah pulak.... dulu renda ni banyak letak kat tepi alas meja ke, dulang hantaran ke... tak kiralah dari lace ke atau pae je materialnya...

senang cerita memang tak terkejar lah kalau nak ikut trend terkini tudung.... kat pasar malam pun kalau design baru memang mahal gak... ada yang mencecah hampir RM 100 tu... yang dah lama tu dijual murah je... RM 5- Rm 15 daah dapat.... yang nilah lah mama selalu beli... hi..hi... jimat walaupun old fesyen.... pada mama tudung ni kalau nak beli paling mahal tu RM 50 jelah... kalau lebih memang tak nak beli.... membazir dan umur cam mama ni mana sesuai pakai layer2 atau tingkat2 tu....

Penceramah kat TV uztazah pun pakai tudung ikut trend gakkk tak caya tengok Ustazah Siti Nor Bahiyah tu. Dato Dr Mashitah lagi lah trendy tudung dan bajunya kan... betul tak... 

Apapun terpulanglah kepada masing-masing.... asal tidak melampau sudahlah.... kalau kita ni dah sampai waktu asar agak-agaklah nakpakai tudung yang berlayer2 tu apatah lagi warna yang terang benderang dan tersangatlah kontra tu....  
 
  

Wednesday, 2 October 2013

Angka 40 Sebelum dan Selepas

 

Pagi ini dalam perjalanan ke tempat kerja dengar siaran radio klasik nasional.... emmmm dah masuk golongan 40++ series.... anak tak suka siaran ni... ha..ha.. tapi mama dan en hubby suka...

Pagi ni HM Tuah yang terkenal tu cerita pasal angka 40.... kalau nak berubah mesti sebelum 40, Kalau dah lebih 40 tu memang susah lah sebab dah jadi tegar atau tabiat....

Kalau nak kaya pun kena kerja kuat sebelum 40, Kalau nak kurus  pun mesti buat sebelum 40, kalau nak ke surau pun kena buat sebelum 40... bukan tak boleh berubah kalau dah 40 boleh tapi susah.... itulah katanya. Kalau nak ramping bukan buat senaman pada umur 50 tahun.... bukan tak boleh nak ramping kalau dah 50 boleh tapi susah nak dapat, cam tulah kalau nak muka cantik kena lah jaga sebelum 40... kalau dah 50 baru nak licinkan muka ermmm payah la....

Mama rasa betul. Kalau nak senang hidup ni, kena buat simpanan tetap tiap bulan dari dapat gaji pertama sekurang-kuranya 10 %. Lebih lagi baik. Letakkanlah dalam satu akaun atau unit mamah dan jangan ambil keluar termasuk dividen dan bonus yang diberi... Insyallah selepas umur 40 anda akan dapat hasilnya... ibarat menanam pokok dan ianya akan berbuah lebat tanpa henti dan anda akan dapat memetik hasilnya... ini yang dikatakan duit yang berkerja cari duit..... sebab tulah orang kaya bertambah kaya ... sebab dia banyak hartatanah, melabur sana sini..... hujung tahun melancung serata dunia  sebab dia banyak duit.... fikirkanlah...