PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 20 August 2013

OPERATION @ IJN Part 10

Sambung cerita selepas keluar ICU dan balik ke wad. Bila dah balik ke wad mama dududuk kat bilik betul-betul depan kaunter nurses. En hubby pun sampai tak lama kemudian. Ambik barang dari bilik penyimpanan sebelum ke dewan bedah... erm selipar pulak tak da... kemana hilangnya.... aduhai dah lah tak da selipar lain.... maka kena lah beli baru.....ada pulak yang berkenan kat selipar mama tu....

Petang tu dapatlah mama lena dalam sejam... makan memang tak lau... sikit aje..sakit biasalah tidak boleh dinafikan... drainage memang ada kena bawak gi mana-mana. PCA diteruskan bersama IV antibiotik. Kali ni mama berazam tak mahu tanya bila boleh cabut tiub, bila boleh balik... cakap pun tak banyak .... macam mama cakap lah depressed.

@ hari en hubby teman mama, pas tu mama tinggal sendirian. Angah nak ke sekolah tak ada orang hantar. Kasihan dia. Mama pun rasa boleh manage diri sendiri. Boleh gi toilet sendiri... cuma makan aje tak lalu. Semua adik beradik mama datang, adik suami, abang suami dan keluarga... rakan ofis suami termasuk juga beberapa kawan lama mama yang dah puluh tahun tak jumpa... mama amat menghargainya...

Pagi Isnin tu mama terjaga dari tidur macam dengar bublling di drain bottle... masyallah ada lagi leaking ke? mama memang berdebar-debar, siap SMS PE lagi pagi-pagi minta dia datang tengok mama. Jam 7.30 pagi PE sampai, dia kata ok tak ada buble macam before operation. Kurang sikit debaran hati mama ni,,, tapi masih risau. Fisioterapi macam biasa. Tapi keadaan mama memang down, air mata jadi murah... bila PE datang pun air mata mama ni berjurai.... hanya jawpan ya tidak aje... sedih, takut semua ada...chest x ray... buat tiap hari rasanya..mama dah rasa tak dapat balik sebelum puasa lagi tambah sedih...
 Buat kali pertamanya berpuasa di hospital sendirian, berbuka sendirian.. hanya berteman air mata.. subhanallah. Namun terpaksa jua mama tempuhi... Hari Khamis mama dimaklumkan KIV off drain petang... tunggu samapi petang tak da pun ..rupanya PE masih kat OT samapai malam. Jadi nak off pesok pulak... Pagi Jumaat tu buat x ray lagi..dan PE sendiri datang off drain jam 11.30 pagi... ermmm sakitnya masa nak keluarkan drain tu sebab dah lama kan... tapi legalah lepas tak da drain senang sikit nak bergerak. Nak mandi mudah.. petang repeat x ray lagi..

jam 4.00 petang PE datang tengok x Ray..dia bagi tau boleh balik esok... syukur alhamdullilah....dan semuanya dah ready petang tu sebsb nak balik pagi kalau boleh esoknya. PE datang lagi sebelum balik pada hari Sabtu tu... dan follow up seminggu lagi..  Balik rumah .... lega tapi tak larat nak puasa... BP low... so kena banyak maka dan minum...jalan rasa nak pitam...11 hari mama tak puasa... 

Seminggu kemudian datang follow up... keadaan mama masih tak larat nak jalan. X -ray tak banyak beza , lung dah tak mengembang... hu..hu... sambung MC seminggu lagi.. pas tu kerja.. datang kerja sehari jumpa all boses... tengok keadan mama tak larat so dia orang suruh sambung mc...mama ambik cuti sendiri 2 minggu. Mama mula masuk wad 19 Mei 2013.... masuk balik kerja 19 Ogos 2013 semalam. tapi masih tak sihat.. entahlah. Kalau ikut hati nak sambung cuti lagi.... esok mama ada follow up kat Institut Perubatan Respiratori...Moga semuanya akan bertambah baik...

nilah kenangan selipar yang hilang tu.... harganya murah je..tapi sayang tau...



 follow up 22 Julai 2013 hanya sedikit je left lung..
 



Monday, 19 August 2013

OPERATION @ IJN Part 9

Assalamualaikum.... selamat hari raya...walaupun dah hampir 2 minggu... maaf zahir batin. Cerita pasal raya ni... tahun yang paling sedih... puasa pun tidak sempurna. Tiada persiapan raya. Tiada shopping. Cuma en hubby mama yang buat semuanya, kemas rumah , beli kuih muih sedikiit sebanyak.... dan baju untuk anak teruna. Lain-lain tak ada apa ... en hunny beli daun untuk buat ketupat.. yang ni mama anyam ketupat..anak-anak semua tak tau nak anyam ketupat termasuklah en hubby...tahun ni tak balik kampung dan kali pertama raya di rumah sendiri di BBST. Kasihan anak-anak-anak mama tak ke mana-mana. Namun kakak dan abang mama datang bersama keluarga masing-masing. Abang suami mama juga hantar nasi dan lauk memalui adik suami yang pulang ke Batu Pahat. Adik suami juga hantar juadah pada hari terakhir ramadahan....alhamdullilah murah rezeki... inilah serba ringkas cerita raya..

Meh nak smabung cerita pasal operation di IJN...macam mama  nyatakan sebelum ni operation akan dilakukan pada 4 Julai 2013 dan mama merupakan kes ke dua. Dimaklumkan mungkin tengahari kot baru di panggil ke dewan bedah. En hunny mama hantar angah ke sekolah dan terus ke IJN. Samapi aje kat IJN terus kemas barang, sebab lepas operation akan kena tukar bilik yang ada monitor dan dekat dengan kaunter nurse. 

Pukul 12.30 tengahari sampailah turn mama. Tukar gaun OT dan di tolak ke dewan bedah dengan troli.... sedih sebak semuanya ada. Tidak putus berdoa agar segalanya berjalan lancar. Sedar masa dalam ICU jam hampir 10 malam. Sakitnya dengan ETT tube yang masih terpasang. Memang tidak selesa. Macam yang mama ceritakan nmasa operation pertama. Mama pun bisinglah walaupun tak boleh bercakap tapi gerak tangan kaki dan tunjuk nurse suruh buang tiub. Mama diberitau masih tak boleh lagi cabut tiub... PCO2 masih tinggi... on CPEP.. mak oooi tensionnya... kejap monitor bunyi tin ton tin ton  sabab mama tak breathing... yalan on morphine infusion.. jadi memang terlelap tapi bukan lah lena... memang menyeksakan dan memenatkan... dan pukul 12.39 malam baru lah dibuangkan ETT tube tu.. legalah lepas tu... cuma tinggal sakit kat operation site tu... 

Lepas off ETT tube tu kena buat chest x ray... makanya masa x ray nak buat tu mak ooi ganasnya dia orang tak sempat nak cakap terus tolak kaset x ray kat kiri belakang mama... apalagi jeritlah mama kesakitan... dia orang ingat mama punya operation kat depan.. tak hal mama buat operation paru-paru bukan jantung... nurse pun satu slownya... tak cakap pun dengan radiographer tu... sampai mama menanggis...

Di ICU memang letih dan tak boleh tidur sepanjang malam walaupun mengantuk sangat... bunyi bising monitor lagi, bising nurse buat kerja, tolak troli, tekan tong sampah.. dan bagai-bagai lah.. Pukul 2 pagi dia orang buat spongging, bersihkan badan dari segala-galanya terutama povidone kat badan... sejuk mengigillah...

Esok pagi mama memang amat letih... lapar sebab dah tak makan sejak 12 malam 4 Julai dan lebih 24 jam tak makan minum. Ada breakfast... nak minum pun tak larat... nurse bukan nak tolong... kat ICU tak boleh tunggu...tak sabar nak balik ke wad... ada en hubby boleh tolong... dan pukul 12 tengahari Jumaat tu discaj dari ICU dan balik ke wad. Lega rasanya...nak tidur sebab terlalu penat...

Samapi kat wad ermmm legalah.. chest tube memang ada , PCA dan juga IV antibiotik... memang sakit tiap kali nak inject antibiotik tu... tahan je lah...Keesokkan harinya dah starts fisiotherapi...after second operation ni mamma memang depressed.... yalah patutnya dah sihat tapi sekarang ni kena kira balik dari zero..

Rupanya mama buka jalani VAT tapi kena buat thoracotomy sekali lagi.... mak oooi... trauma betul mama.
Rupanya mama masuk OT tu samapai dekat pukul 8 malam... lamanya....
Rupanya mama ada komlikasi operation yang pertama tu. Banyak adhesion, pleural thickening..dan juga fistula... so kena buat exploration...

letihlah menaip ni sambung nanti la ya..
Yang atas opertion pertama, yang bawah operation ke dua... panajang dekat 12 cm dibelakang dekat bawah tulang belikat.

PCA

Buah tangan dari rakan-rakan en hubby... TQ

lebam sana sini kalau lama kat wad... hu..hu..




Saturday, 17 August 2013

BELAJAR MEMANDU

 

Anak sulung mama yang dah habis SPM belajar memandu untuk mendapatkan lesen untuk motorsikal B2 dan kereta D.... Belajar bemandu di salah satu sekolah latihan memandu kepunyaan bumiputera di BBST.  Kos untuk kedu-duanya ialah RM 1020.00. Penggangukatn ke tempat latihan tidak disediakan... En hubby pilih sekolah tu sebab dekat dengan rumah... Along boleh ikut shrt cut dengan motorsikal.... jalan kampung dan naik fly over terus sampai....tu yang pilih kat situ.

Kelas dimulakan dengan teori dahulu, dikuti dengan ujian komputer dan amali. Sese latihan memandu adalah sebanyak 10 kali.  Nama aje swasta tapi service lemaba gak.  kerani yang duduk dikaunter tu punyalah sombong. Dah tu daftar kat situ nampaknya anak mama terbiar aje. Memang sakit hati. Nak buat cam mana dah daftar. Kalau yang daftar ikut agen tu ada orang yang jaga anak buah masing-masing. Siap tunggu lagi.

Masa pergi testkomputer tu di adakakan di tempat lain. Anak mama dimaklumkan dia akan dimasukakn pada tarikh yang ditetapkan. semua pihak sekolah memandu uruskan. pergi je kat sana. Nasib baik en hubby cuti temankan dia masa test komputer tu. Sampai sana orang lain ada nama tapi anak mama tak da nama. Tak ke sakit hati. ding dong en hubby uruskan dapat lah masuk sebelah petang test tu. Kalau tak tak ke haru. Nak kena tunggu giliran lagi. Nak dapat lesen L tunggu hampir sebulan. Dia orang kata ada masalah dengan JPJ... buang masa betul.

Selagi tak dapat L tak boleh pilih masa nak belajar memandu tu. Dah tu bila dapat L masa  pulak tak da.. dah penuh.. kena tunggu giliran dan cari slot kosong. Bila dah dapat tu dia orang bagi tarikh test JPJ. Belajar hanya 5 kali je... 2jam setiap kali ... puklul 5 petang sampai 7 petang.

Hakikatnya belajar hanya 1 jam lebih aje... pas tu cikgu mengajar tu tak tunggu pun bila belajar parking... tah betul ketak budak buat tak da sape tegur. Gi belajr jalan raya pun 2 kali  je. Anak mama pulak tak pernah bawa kereta. Memang kira zero lah.... memang rasa tak konfiden je dia boleh lulus  nanti. Erm betulah sampai 4 x  test baru lulus.... sakit hati betul... mama dulu belajar pun dari zero... tapi gi test ok je... kali pertama lulus parking, gagal jalan raya sebab tak ingat jalan...bukan tak tau bawa kereta.. kali kedua JPJ tunjuk jalan.. ok lulus. Ni along  gagal parking dan jalan raya 3 kai... kali ke 4 baru lulus...

Bila gagal kena tunggu giliran lagi nak buat ulangan ... kena bayar semula sejam RM 20 untuk belajar, dan bayar JPJ lagi RM 40.00   jadi dekat RM 1500.00 lah semuanya...

Rupanya baru mama tau cikgu yang along dapat tu memang ramai anak murid dia gagal. Mana taknya datang lambat, pas tu tujnuk sekali tinggal... terkial-kiallah buadak tu sendiri. Kalau ikut agen, ada orang tunggu belajar parking tu dari mula sampai habis. Siap bagi tau tip pun. Yang ni tak lantak kau lah. Pas tu bila dah gagal kali ke 3, mama pun hanginlah... gi jumpa sekolah tu tak nak belajar denagna PM. Minta tukar cikgu lelaki... dia ni seorang je yang OK. yang lain satu lagi teruk....

Belajar motorsikal tu en hubby yang banyak tolong... kalau tak memang tak lulus. Jalan raya pun kita orang ajar sendiri sudahnya... cuma parking kita orang tak tau ajar..sebab tak da kancil manual... terpaksa bergantung pada sekolah memandu tu..

   Maka mama sarankan beberapa perkara sebelum pilih sekolah memandu:

 1. semak harga yang ditawarkan
 2. Siasat mengenai cikgu yang akan menganjar memandu tu... sebab ada yang bagus dan ada yang haprak
 3. Tengok samada harga yang ditetapkan tu belajar samapi lulus ke tak. Kalau tak nanti kena bayar macam anak mama bila tak lulus. Biar kos tu mahal sikit tapi belajar sampai lulus
4. Ada tak penggangkutan disediakan.
5. Waktu belajar tu kalau boleh jangan ambik 2 jam... rugi....biar sejam tapi 10 kali