PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 19 August 2013

OPERATION @ IJN Part 9

Assalamualaikum.... selamat hari raya...walaupun dah hampir 2 minggu... maaf zahir batin. Cerita pasal raya ni... tahun yang paling sedih... puasa pun tidak sempurna. Tiada persiapan raya. Tiada shopping. Cuma en hubby mama yang buat semuanya, kemas rumah , beli kuih muih sedikiit sebanyak.... dan baju untuk anak teruna. Lain-lain tak ada apa ... en hunny beli daun untuk buat ketupat.. yang ni mama anyam ketupat..anak-anak semua tak tau nak anyam ketupat termasuklah en hubby...tahun ni tak balik kampung dan kali pertama raya di rumah sendiri di BBST. Kasihan anak-anak-anak mama tak ke mana-mana. Namun kakak dan abang mama datang bersama keluarga masing-masing. Abang suami mama juga hantar nasi dan lauk memalui adik suami yang pulang ke Batu Pahat. Adik suami juga hantar juadah pada hari terakhir ramadahan....alhamdullilah murah rezeki... inilah serba ringkas cerita raya..

Meh nak smabung cerita pasal operation di IJN...macam mama  nyatakan sebelum ni operation akan dilakukan pada 4 Julai 2013 dan mama merupakan kes ke dua. Dimaklumkan mungkin tengahari kot baru di panggil ke dewan bedah. En hunny mama hantar angah ke sekolah dan terus ke IJN. Samapi aje kat IJN terus kemas barang, sebab lepas operation akan kena tukar bilik yang ada monitor dan dekat dengan kaunter nurse. 

Pukul 12.30 tengahari sampailah turn mama. Tukar gaun OT dan di tolak ke dewan bedah dengan troli.... sedih sebak semuanya ada. Tidak putus berdoa agar segalanya berjalan lancar. Sedar masa dalam ICU jam hampir 10 malam. Sakitnya dengan ETT tube yang masih terpasang. Memang tidak selesa. Macam yang mama ceritakan nmasa operation pertama. Mama pun bisinglah walaupun tak boleh bercakap tapi gerak tangan kaki dan tunjuk nurse suruh buang tiub. Mama diberitau masih tak boleh lagi cabut tiub... PCO2 masih tinggi... on CPEP.. mak oooi tensionnya... kejap monitor bunyi tin ton tin ton  sabab mama tak breathing... yalan on morphine infusion.. jadi memang terlelap tapi bukan lah lena... memang menyeksakan dan memenatkan... dan pukul 12.39 malam baru lah dibuangkan ETT tube tu.. legalah lepas tu... cuma tinggal sakit kat operation site tu... 

Lepas off ETT tube tu kena buat chest x ray... makanya masa x ray nak buat tu mak ooi ganasnya dia orang tak sempat nak cakap terus tolak kaset x ray kat kiri belakang mama... apalagi jeritlah mama kesakitan... dia orang ingat mama punya operation kat depan.. tak hal mama buat operation paru-paru bukan jantung... nurse pun satu slownya... tak cakap pun dengan radiographer tu... sampai mama menanggis...

Di ICU memang letih dan tak boleh tidur sepanjang malam walaupun mengantuk sangat... bunyi bising monitor lagi, bising nurse buat kerja, tolak troli, tekan tong sampah.. dan bagai-bagai lah.. Pukul 2 pagi dia orang buat spongging, bersihkan badan dari segala-galanya terutama povidone kat badan... sejuk mengigillah...

Esok pagi mama memang amat letih... lapar sebab dah tak makan sejak 12 malam 4 Julai dan lebih 24 jam tak makan minum. Ada breakfast... nak minum pun tak larat... nurse bukan nak tolong... kat ICU tak boleh tunggu...tak sabar nak balik ke wad... ada en hubby boleh tolong... dan pukul 12 tengahari Jumaat tu discaj dari ICU dan balik ke wad. Lega rasanya...nak tidur sebab terlalu penat...

Samapi kat wad ermmm legalah.. chest tube memang ada , PCA dan juga IV antibiotik... memang sakit tiap kali nak inject antibiotik tu... tahan je lah...Keesokkan harinya dah starts fisiotherapi...after second operation ni mamma memang depressed.... yalah patutnya dah sihat tapi sekarang ni kena kira balik dari zero..

Rupanya mama buka jalani VAT tapi kena buat thoracotomy sekali lagi.... mak oooi... trauma betul mama.
Rupanya mama masuk OT tu samapai dekat pukul 8 malam... lamanya....
Rupanya mama ada komlikasi operation yang pertama tu. Banyak adhesion, pleural thickening..dan juga fistula... so kena buat exploration...

letihlah menaip ni sambung nanti la ya..
Yang atas opertion pertama, yang bawah operation ke dua... panajang dekat 12 cm dibelakang dekat bawah tulang belikat.

PCA

Buah tangan dari rakan-rakan en hubby... TQ

lebam sana sini kalau lama kat wad... hu..hu..




Saturday, 17 August 2013

BELAJAR MEMANDU

 

Anak sulung mama yang dah habis SPM belajar memandu untuk mendapatkan lesen untuk motorsikal B2 dan kereta D.... Belajar bemandu di salah satu sekolah latihan memandu kepunyaan bumiputera di BBST.  Kos untuk kedu-duanya ialah RM 1020.00. Penggangukatn ke tempat latihan tidak disediakan... En hubby pilih sekolah tu sebab dekat dengan rumah... Along boleh ikut shrt cut dengan motorsikal.... jalan kampung dan naik fly over terus sampai....tu yang pilih kat situ.

Kelas dimulakan dengan teori dahulu, dikuti dengan ujian komputer dan amali. Sese latihan memandu adalah sebanyak 10 kali.  Nama aje swasta tapi service lemaba gak.  kerani yang duduk dikaunter tu punyalah sombong. Dah tu daftar kat situ nampaknya anak mama terbiar aje. Memang sakit hati. Nak buat cam mana dah daftar. Kalau yang daftar ikut agen tu ada orang yang jaga anak buah masing-masing. Siap tunggu lagi.

Masa pergi testkomputer tu di adakakan di tempat lain. Anak mama dimaklumkan dia akan dimasukakn pada tarikh yang ditetapkan. semua pihak sekolah memandu uruskan. pergi je kat sana. Nasib baik en hubby cuti temankan dia masa test komputer tu. Sampai sana orang lain ada nama tapi anak mama tak da nama. Tak ke sakit hati. ding dong en hubby uruskan dapat lah masuk sebelah petang test tu. Kalau tak tak ke haru. Nak kena tunggu giliran lagi. Nak dapat lesen L tunggu hampir sebulan. Dia orang kata ada masalah dengan JPJ... buang masa betul.

Selagi tak dapat L tak boleh pilih masa nak belajar memandu tu. Dah tu bila dapat L masa  pulak tak da.. dah penuh.. kena tunggu giliran dan cari slot kosong. Bila dah dapat tu dia orang bagi tarikh test JPJ. Belajar hanya 5 kali je... 2jam setiap kali ... puklul 5 petang sampai 7 petang.

Hakikatnya belajar hanya 1 jam lebih aje... pas tu cikgu mengajar tu tak tunggu pun bila belajar parking... tah betul ketak budak buat tak da sape tegur. Gi belajr jalan raya pun 2 kali  je. Anak mama pulak tak pernah bawa kereta. Memang kira zero lah.... memang rasa tak konfiden je dia boleh lulus  nanti. Erm betulah sampai 4 x  test baru lulus.... sakit hati betul... mama dulu belajar pun dari zero... tapi gi test ok je... kali pertama lulus parking, gagal jalan raya sebab tak ingat jalan...bukan tak tau bawa kereta.. kali kedua JPJ tunjuk jalan.. ok lulus. Ni along  gagal parking dan jalan raya 3 kai... kali ke 4 baru lulus...

Bila gagal kena tunggu giliran lagi nak buat ulangan ... kena bayar semula sejam RM 20 untuk belajar, dan bayar JPJ lagi RM 40.00   jadi dekat RM 1500.00 lah semuanya...

Rupanya baru mama tau cikgu yang along dapat tu memang ramai anak murid dia gagal. Mana taknya datang lambat, pas tu tujnuk sekali tinggal... terkial-kiallah buadak tu sendiri. Kalau ikut agen, ada orang tunggu belajar parking tu dari mula sampai habis. Siap bagi tau tip pun. Yang ni tak lantak kau lah. Pas tu bila dah gagal kali ke 3, mama pun hanginlah... gi jumpa sekolah tu tak nak belajar denagna PM. Minta tukar cikgu lelaki... dia ni seorang je yang OK. yang lain satu lagi teruk....

Belajar motorsikal tu en hubby yang banyak tolong... kalau tak memang tak lulus. Jalan raya pun kita orang ajar sendiri sudahnya... cuma parking kita orang tak tau ajar..sebab tak da kancil manual... terpaksa bergantung pada sekolah memandu tu..

   Maka mama sarankan beberapa perkara sebelum pilih sekolah memandu:

 1. semak harga yang ditawarkan
 2. Siasat mengenai cikgu yang akan menganjar memandu tu... sebab ada yang bagus dan ada yang haprak
 3. Tengok samada harga yang ditetapkan tu belajar samapi lulus ke tak. Kalau tak nanti kena bayar macam anak mama bila tak lulus. Biar kos tu mahal sikit tapi belajar sampai lulus
4. Ada tak penggangkutan disediakan.
5. Waktu belajar tu kalau boleh jangan ambik 2 jam... rugi....biar sejam tapi 10 kali



Monday, 29 July 2013

OPERATION @ IJN Part 8

Macam mama cakap follow up mama pada 24 Jun 2013... Selepas seminggu balik rumah... along anak mama akan melapor diri ke politeknik di Kuantan.... kali pertama nak  pisah dengan along... memmang sedih.. banyak along tolong mama kat rumah semenjak lepas SPM.... dan jaga mama masa kat hospital.
Kasihan along..mamma tak dapat tolong nak sediakan barang along... along pergi sendiri beli barang dengan ayah. Buat x ray sendiri....  Mama nak juga ikut hantar along lapor diri.... alhamdullilah selamat mama pergi dan balik dari Kuantan bersama angah dan en hubby.... letih  tapi puas hati dapat hantar along...angah ponteng sekolah....

along & angah..di POLISAS
24 Jun 2013 mama pun ke IJN bersama en hubby ...buat x ray dan jumpa Prof E... sedihnya mam kena masuk wad ... pneumothorax dan effusion telah bertambah... kena masuk chest tube.... di minta masuk wad esok petang.... memang tak sangka sebab ingat ok la.... ape pun tak bawak masa tu... dan bermulalah episode  baru di IJN...

25 Jun... masuk wad... petang tu gak masuk chest tube.... masa buat tu tak sedar sebab diberikan dormicum.... entak bila siap tak tau la... makan dinner tak sempat pun... sebab dr dah datang nak buat prosedure.. ingat nak makan lepas tu ermmm tapi sampai pagi esok tak makan..sebab tak larat..

 Masa mula masuk dok bilik lain tapi lepas prosedure mama dok bilik dekat kaunter nurse..... sebab tak da orang jaga ... en hubby kerja , angag sekolah dan along dah ke POLISAS... mama kena duduk sendiri la...
Mula-mula tak lah sakit sangat drain tu.. lepas tu ke esokkan harinya ...mak ooi... sakit yang amat sangat... nak angkat tangan kiri pun tak boleh.... air mata mama berjujuran... dan fisioterapi pun tak boleh nak buat... lepas tu mama diberikan PCA semula..... ermmm lega lah sikit....
nampak tak buih dalam balang ni...

PCA...
Drain mula di pasang pada 25 Jun.... dah 10 hari tapi masih tak boleh nak dicabut... sebabnya  sentiasa ada bubble dalam balang tu.... maknanya ada bocor pada paru-paru mama setelah operation pada 21 Mei tu....
dan mama dimaklumkan oleh Prof E... dia nak masuk kan mama ke dewan bedah untuk prosedur Video Assisted Thoracoscopy.... untuk tengok dan lihat kat mana bocor tu dan akan di jahit atau diletakkan biological glue.... prosedur akan dibuat secara general anaesthesia dan akan masuk ICU selepas itu... dimaklumkan masa hanya 1 jam aje.. tarikh hari khamis 4 Julai 2013...kes no 2... so en hubby mama cutilah hari tu..... berdebar memang berdebar... mama berdoa agar semuanya berjalan lancar.... sambung nanti ya..
.