PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 6 February 2013

UNIFORM SEKOLAH

                             

Dulu zaman mama sekolah uniform hanya 2 warna aje, sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Sekolah rendah baju putih, seluar/ pinafor/kain biru gelap. Pengawas pulak warna biru muda.  Baju kurung pun sama jugak warnanya.

Kini kalau tengok budak sekolah pakai ada macam-macam warna. Putih ada, hijau ada, kuning ada, pink ada, purple ada, coklat pun ada... peach puan ada juga.... selain daripada 2 warna yang asal putih dan biru  pengawas tu... selain dari unform warna warni tu kena lah pulak beli baju untuk unit beruniform tak kirakah Kader Remaja Sekolah, Kadet Polis, Kadet Bomba, Persatuan Bulan Sabit meran, Puteri Islam, Pengakap, Pandu Puteri dan yang lain sewaktu dengannya. Baju T untuk pendidikan jasmani dan juga aktiviti koko ... dan satu lagi tambahan kain samping dan juga kain untuk murid perempuan pada hari juamaat.... banyaknya  kena beli kan... meh lihat senarai untuk anak perempuan mama yang kedua ni:

1. Baju kurung purple/ unggu/ kain hitam hari Isnin & Selasa
2. Kokurikulum Rabu: baju kurung putih/tudung Pink/ Kain Pink
3. T shirt untuk senaman kena beli Baju T sekolah & track bottom
4. Jumaat : Baju kurung putih/ tudung putih & kain khas sekolah
5. Kasut dan setokin
6. Baju taekwando satu set:

Bayangkan berapa banyak kos yang perlu dikeluarkan ...
tudung RM 15.00 satu X 3
baju kurung yang berjenama canggih tu ~ RM30.00/ satu  x 3
kain hitam/ kain pink/ kain khas sekolah satu pun dekat RM 30.00 juga x 3
T shirt: RM 20.00 Track bottom RM 30.00
Kasut & stokin RM 50.00
Baju taekwando  RM 150.00

Jumlahnya hampir RM 500.00  hanya untuk pakaian je tau.....

tak termasuk kos buku & yuran yang lain lain tu.... tak masuk beg sekolah lagi....
ada setengah tu baju tahun lepas tak muat dah... kena beli baru, kalau tak jimat sikit... baju taekwandoo tu kena beli satu set sebab dah masuk poomp 1 black belt..kena tempah dengan kelab tu...
Zaman dulu satu pasang baju je...warna putih dan kain biru tu je lah kan, tudung sepasang, kasut... dan t shirt putih untuk senaman... harga pun tak lah macam sekarang ni... pakai bertahun lamanya... 

 

Tuesday, 5 February 2013

KEMASUKAN MRSM 2013.... alhamdullilah


Akhirnya syukur alhamdullilah anak teruna mama berjaya untuk bersekolah asrama penuh di MRSM. Mama dan en hubby telah berusaha , berdoa dan anak mama memenuhi kriteria yang ditetapkan, lulus ujian dan temuduga yang dijalankan di MRSM Kem Terendak sebelum ini.  Sebelum ini permohonan ke SBP tidak berjaya. Mama telah mengemukakan rayuan dan panjat Kementerian Pelajaran untuk jumpa pegawai yang berkenaan. Kami ni orang biasa je, tak ada talian hayat, kenal orang besar-besar yang hello aje boleh tolong.... jadi kena usaha sendiri dan pastikan anak kita ni layak dari segi akademik dan juga cemerlang dalam aktiviti kokurikulum, sukan dan sewaktu dengannya... bila keputusan rayuan keluar pada 29 Januari lepas anak mama juga tidak berjaya... aduhai sedihnya... mama berharap sangat agar dia dapat terpilih ke MRSM.... dan hati berdebar dan mengeletar jari masa nak sms tu sebab web site tak boleh nak buka masa tu... syukurlah. Perasaan mama gembira sebab anak mama berjaya dan sedih  sebab anak mama akan duduk berjauhan dari mama. Harapan mama dan en hubby agar anak mama akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi insan yang baik di dunia mahupun akhirat. Satu-satunya anak mama yang akan besekolah asrama penuh....

                                         frontimage1


Friday, 25 January 2013

KADET POLIS

                             Polis Kadet

Semua sekolah ada hari koko kan.... so anak mama sulung masuk PBSM, Angah masuk Puteri Islam dan yang bongsu ni masuk kadet polis.
Apa yang nak mama kongsikan ialah mengenai pakaian . Puteri Islam tak la mahal sangat sebab pakai baju putih kurung ku, tudung pink dan kain pink.... so budget dalam RM 40-50 aje tambahan nak kena beli.

PBSM boleh tahan gak uniform dia ni. Mama beli masa anak sulung mama tingkatan 1 dulu lah,  ermm lebih 5 tahun dulu... erm tak ingat berapa harga baju tu. Selain dari baju tu kena beli accessorry pulak... butang dia lain, lambang kiri kanan lagi... rasanya hampir RM 150 kot untuk lengkapkan semuanya.  

Untuk kadet polis ni lagilah mak ooi. Nak beli baju pun bukan senang rupanya. Tak semua kedai boleh jual baju ni sebab serupa dengan pakaian seragam polis. Lepas tu lagi satu hal nak cari saiz  punyalah susah... hampir 5 tempat pergi baru dapat.. Harganya pulak baju je sepasang hampir RM 100 tau. Tak masuk lagi bagai-bagai macam dalam gambar kat atas tu.... butang lah, berek , bulu jambul tu lagi.... yang ni satu hal juga susah gak nak beli. Ada kedai tu jual baju je, tapi accessorry tak da... kena gi cari lain lah pulaknya... kasut boot lagi... Mahu terbang RM 200 kot kalau nak beli semuaya ni..

Selain dari full uniform, baju T pun kena beli juga bila buat aktiviti petang.... tambah duit lagi .. harga bergantung pada jenis kain dan juga saiz... bagi anak mama antara RM 40-50 ... hu..hu.. duit lagi...

Kiran RM 100 bantuan persekolahan tu pun tak cukup nak beli baju koko ni..... apa pun syukur daripada tak ada kan...