PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 18 September 2012

KEMBALI BERSUA

from en google


 Assalamualaikum....

Agak lama juga mama menyepi.  Agak sibuk minggu lepas... anak bongsu mama sudah selesai menduduki UPSR. Semoga dia dan kawan-kawannya  akan mendapat keputusan yang cemerlang... Insyalllah. Cuti hujung minggu mama sempena dengan Hari  Malaysia  tak ke mana-mana. Jadual penuh... ermm silap mama jugak sebab mama mohon pergi kursus pada bulan Mei lagi... tak perasan masa tu ada cuti umum Ahad ... dan yang lebih haru lagi masa tu UPSR. Mama akan becuti kalau anak-anak ambik periksa penting. Selalunya sebelum ni UPSR minggu pertama bulan September. Jadi mama pun confident la kali ni pun cam tu gak... rupanya UPSR mula minggu ke dua.... aduhai... nak buat cam mana dah bagi komitment kan.. so kenalah hadir gak ... nasib baik bertindih masa hari terakhir je pada 13 tu... dan en hubby kenalah bercuti... tapi macam tak cuti jr... lepas hantar anak ke sekolah kena pergi taklimat kat kementerian dia pulak... dah kerja kena lah buat kan... walaupun masa tu dia demam... samapi hari ni demam tu tak begitu settle lagi but still gi kerja.... mama pulak kursus sampai hari Sabtu.... balik petang tu baru je sampai, anak teruna mama kata kawan-kawan dia nak datang beraya.... alamak nak buat ape ni... baru je sampai rumah dia orang pun sampai... 11 orang semuanya... nasib baik ada keropok lekor dan nugget .... goreng dan hidang licin.... kiuh raya tinggal yang anak-anak zaman ni tak minat  punya... yang best dah habis.... tak sentuh pun dia orang.....mana nak makan kuih bangkit, putu kacang.... dan adalah 2 jenis biskut yang mama dapat masa gi raya rumah PM... bebudak ni tak suka..

Ahad pulak mama sekeluarga ke BBST. Lama dah tak ke sana. Raya ni hanya sempat gi 2 kali je... rumah dah berhabuk... sapu menyapu, mop mengemop dan makan kat luar tak rajin nak masak... so breakfast & lunch di luar.... selepas maghrib balik.... on the way back, my BIL call nak datang dan tak payah masak-masak katanya, dia orang nak belanja makan.... ooo rezekilah tu... nasib baik dia bagi tau awal... kalau tak memang cadang nak singgah makan malam pulak.... dia bawak nasi hujan panas, ayam masak merah, dalca , pappe dam.... apalagi dah memang lapar, santaplah.... lepas tu pulang balik mangkuk tingkat kosong.... teruk kan.... en hubby kata pulang je dulu... next time nanti kita pulak buat makan hantar kat dia orang....ermmm entah bila lah tu kan...

Semalam Isnin, mama gi N9, ambik kunci rumah baru tu..... gi sana dah lambat, kol 1 baru samapi, orang tak da, so gi makan, sembahyang dan baru ambik kunci..... ni rumah ke 2 mama beli loan kerajaan.... hanya        90 K .... dulu fisr loan mama beli RM 60 K je..... cukuplah rumah kecik je.... nak beli yang besar tak mampu pulak nanti.... balik dah pukul 5.00 petang.... letih pulak sebab cuaca panas terik.... dan pukul 6.00 petang jiran sebelah rumah bagi daging kambing satu bekas... panas-panas... erm rezeki lagi.... tak payah fikir nak masak ape .... tapi mama ni jenis tak makan kambing.... anak-anak kata sedap betul... tambah lagi makan dengan nasi yang di bawa BIL... panaskan  memang marvalous.... nilah cerita  sepanjang minggu...

Hari ni nak start kerja... aduahi tentu bertimbun kerja di ofiskan dah seminggu tak kerja..... masuk gear 1 lah pulak ni.... lepas ni kena terus gear 4......




Monday, 10 September 2012

UPSR 2012

akan bermula 11 September 2012 berakhir 15 September 2012


Asslamualaikum semua.... agak lama juga tidak membuat sebarang entri di halaman rumah mama ni kan... ermm biasalah kan mood menulis ni ada masa naik turun juga..

Esok pagi semua nak-anak di tahun 6  seluruh negara akan menduduki peperiksaan penting bagi sekolah rendah,,,, termasuklah nak bujang mama yang seorang tu..

Mama sentiasa mendoakan agar anak bongsu mama ni akan dapat meduduki peperiksaan UPSR 2012 dengan baik dan dapat menjawap semua soalan dengan betul akhirnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam pepriksaan ini..... Amin ya Allah... berilah kesihatan yang baik, ketenangan hati dan permudahkan anak ku ini dalam menjawab kertas soalan  dengan jawapan yang betul dan tepat.... berilah taufik dah hidayah mu Ya Rabbi.... .... begitu juga dengan anak-nak lain yang akan mengambil peperiksaan ini...


Walaupun ianya hanya peperiksaan UPSR... tapi ianya juga menrupakan satu ujian yamg penting buat anak-anak yang berada di sekolah rendah.... ianya dapat mengukur tahap pencapaian anak-anak ini dan menentukan hala tuju di mana anak ini akan berada di sekolah menegah, di kelas yang baik atau sebaliknya....

Hati mama ni berdebar-debar macam mama yang nak ambil periksa.... lepas ni kak long pulak nak SPM... Ayuh anak-anak mama, berjuanglah sebaik mungkin untuk masa depan kalian... kejayaan anak-anak mama amat di nanti-nantikan.... jadilah anak yang berjaya di duni dan juga akhirat... Amin....


Monday, 3 September 2012

KERNA CINTA

                                           


Assalamaualaikum.... salam sejahtera... dah masuk bulan September.... cepatnya masa berlaluk an... ianya tidak kan kembali lagi... bye..bye...

Baca kisah DCKK @ Mingguan Malaysia adalah  satu kemestian..dalam semalam topiknya serah harta kerana cinta <<< di sini >>> ermm cerita biasa ynag telah selalu mama dengar samada dalam media cetak, media elektonik dan pengalaman kawan-kawan juga saudara mara..

Orang perempuan ni kalau dah kemaruk sayang  semua kata teman lelaki dituruti, lupa kepada ibu bapa dan yang sedihnya sanggup bohong ibu bapa, sanggup bergolok bergadai... serah semua gaji pada suami, urus semua urusan rumah tangga, jadi isteri solehah nak masuk syurga.... namun bak kata pepatah sudah terhantuk baru terngadah.... baru tahu langgit tinggi atau rendah, suami lebih cerdik... semua duit isteri nak kontrol, dia boleh simpan duit, beli rumah.... jodoh, ajal maut tak siapa yang tahu.... semua orang nak hidup bersama selagi hayat dikandung badan, namum kadangkala panas yang taidak sampai ke petang, hujan di tengahari, pasangan jumpa cinta baru, isteri juga makan hati, duit simpanan tak ada, semua urusan rumahtangga perlu dibereskan, kalau kena tinggal, tak tau mana nak duduk, sewa rumah tak mampu bayar, anak lagi, maka balik ke rumah orang tua... emak mana yang nak tenggok anak-anaknya susah kan...

Mama siap bagi tau anak-anak mama semua agar mengambil iktibar daripada cerita tersebut... jangan lupa kepada ibu bapa, pesanan dan kita perlu berjimat cermat, mesti punya simpanan sendiri.....