PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 10 September 2012

UPSR 2012

akan bermula 11 September 2012 berakhir 15 September 2012


Asslamualaikum semua.... agak lama juga tidak membuat sebarang entri di halaman rumah mama ni kan... ermm biasalah kan mood menulis ni ada masa naik turun juga..

Esok pagi semua nak-anak di tahun 6  seluruh negara akan menduduki peperiksaan penting bagi sekolah rendah,,,, termasuklah nak bujang mama yang seorang tu..

Mama sentiasa mendoakan agar anak bongsu mama ni akan dapat meduduki peperiksaan UPSR 2012 dengan baik dan dapat menjawap semua soalan dengan betul akhirnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam pepriksaan ini..... Amin ya Allah... berilah kesihatan yang baik, ketenangan hati dan permudahkan anak ku ini dalam menjawab kertas soalan  dengan jawapan yang betul dan tepat.... berilah taufik dah hidayah mu Ya Rabbi.... .... begitu juga dengan anak-nak lain yang akan mengambil peperiksaan ini...


Walaupun ianya hanya peperiksaan UPSR... tapi ianya juga menrupakan satu ujian yamg penting buat anak-anak yang berada di sekolah rendah.... ianya dapat mengukur tahap pencapaian anak-anak ini dan menentukan hala tuju di mana anak ini akan berada di sekolah menegah, di kelas yang baik atau sebaliknya....

Hati mama ni berdebar-debar macam mama yang nak ambil periksa.... lepas ni kak long pulak nak SPM... Ayuh anak-anak mama, berjuanglah sebaik mungkin untuk masa depan kalian... kejayaan anak-anak mama amat di nanti-nantikan.... jadilah anak yang berjaya di duni dan juga akhirat... Amin....


Monday, 3 September 2012

KERNA CINTA

                                           


Assalamaualaikum.... salam sejahtera... dah masuk bulan September.... cepatnya masa berlaluk an... ianya tidak kan kembali lagi... bye..bye...

Baca kisah DCKK @ Mingguan Malaysia adalah  satu kemestian..dalam semalam topiknya serah harta kerana cinta <<< di sini >>> ermm cerita biasa ynag telah selalu mama dengar samada dalam media cetak, media elektonik dan pengalaman kawan-kawan juga saudara mara..

Orang perempuan ni kalau dah kemaruk sayang  semua kata teman lelaki dituruti, lupa kepada ibu bapa dan yang sedihnya sanggup bohong ibu bapa, sanggup bergolok bergadai... serah semua gaji pada suami, urus semua urusan rumah tangga, jadi isteri solehah nak masuk syurga.... namun bak kata pepatah sudah terhantuk baru terngadah.... baru tahu langgit tinggi atau rendah, suami lebih cerdik... semua duit isteri nak kontrol, dia boleh simpan duit, beli rumah.... jodoh, ajal maut tak siapa yang tahu.... semua orang nak hidup bersama selagi hayat dikandung badan, namum kadangkala panas yang taidak sampai ke petang, hujan di tengahari, pasangan jumpa cinta baru, isteri juga makan hati, duit simpanan tak ada, semua urusan rumahtangga perlu dibereskan, kalau kena tinggal, tak tau mana nak duduk, sewa rumah tak mampu bayar, anak lagi, maka balik ke rumah orang tua... emak mana yang nak tenggok anak-anaknya susah kan...

Mama siap bagi tau anak-anak mama semua agar mengambil iktibar daripada cerita tersebut... jangan lupa kepada ibu bapa, pesanan dan kita perlu berjimat cermat, mesti punya simpanan sendiri.....




Thursday, 30 August 2012

MASA YANG BERLALU


Assalamualaikumwarahmatulahhiwabarokatuh.. salam sejahtera semoga kita diberkati olehNYA di pagi hari ini..... Sedar tak sedar kita dah nak hampir tamat bulan Ogoskan.... esok 31 Ogos kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai ini buat kali ke 55....

Syukurlah kita dilahirkan selepas merdeka. Kita tidak pernah merasa bagaimana hidup di zaman penjajahan. Cerita emak dah abah mama semasa hayatnya dulu alangkah susahnya hidup di zaman itu. 3 daripada adik beradik emak mama meninggal dunia masa kecil... kerana kesusahan hidup masa itu, serangan komunis dan tentera Jepun pada masa itu.... dan semuanya tidak pernah ke sekolah kerana kemisikinan.... Namun kehidupan hari ini telah banyak berubah.... negara dah bertambah maju, pembangunan yang pesat membangun, sistem pengganggkutan yang canggih ada ERL, komuter, keretapi laju.... dan semua orang boleh terbang...... dulu bukan main susah nak naik kapal terbangkan.... sekaerang ni nak ra,ai dah yamg bawa keluarga melancung ke luar negara... ekonomi yang kukuh, pendidikan yang tinggi dan berabgai-bagai lagi nimat kehidupan di dunia ini... syukur ya Allah.

Bulan  Syawal pun dah nak  masuk 2 minggu.... sana sini ada jamuan raya kan... tapi ramai juga yang menyambung puasa sempena bulan syawal ini yang mana belum tentu kita bertemunya di masa akan datang....


MERDEKA!  MERDEKA! MERDEKA! Mama suka lagu Sudirman... Tanggal 31 Ogos tak jemu mendengarnyakan.... betul tak