PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 22 May 2014

HASIL BELAJAR MENJAHIT DI GIAT MARA

Seperti mana sedia maklum bagi yang dah mengikuti cerita ini, angah sudah pun berhenti dari kelas jahitan di Giat Mara kerana akan melanjutkan pelajaran selepas SPM ke matrikulasi. Jadi angah terpaksa berhenti la kan. Namum begitu kursus  jahitan ni kan tamat pada 6 Julai akan datang... jadi bagi yang lain-lain tu tak boleh berhenti sesuka hati tau. Sebelum menerima kursus ini satu perjanjian telah ditandatangani dan kalau berhenti tanpa sebab yang munasabah akan dikenakan denda... bukaan sikit tau... dimaklumkan RN 25 K.... banyak tu....Tapi masa temuduga dulu memang telah dimaklumkan sekiranya melanjutkan pelajaran tiada masalah, perlu mengemukakan salinan surat tawaran tersebut kepada pihak pengurusan untuk berhenti belajar...

Antara hasil kerja angah selama 4 bulan setengah:
blaous pertama angah jahit

kemeja.... Giat bagi kain warna putih.... jadi boleh buat pergi sekolah la

Gaun baby yang comel

Baju Melayu Moden

Baju kurung klasik...

skirt juga guna kain warna seluar sekolah menengah...hu..hu
baju kurung moden
siap jahit manik di leher baju lagi

manik di hujung lengan

Baju Melayu.... masa ni lom siap lagi... ha..ha

Yang ni beli kain sendiri untuk ayah...
Minggu lepas mula buat baju kebaya.... tapi angah dah tak pergi kelas muali hari khamis. Bagi can dia berehat dan membuat persediaan untuk ke matrikulasi..
Syukur alhamdullilah sepanjang menunggu keputusan SPM, angah telah mendapat ilmu yang sangat berguna. Daripada tidak tau menjahit dapat menghasilkan baju-baju sepertimana di atas....
Baju-baju tersebut kainnya dibekalkan oleh pihak giat mara.... jadi kalau nak kena bayar antara RM 5.00 - RM 10.00.... murah aje kan... angah beli semua untuk jadi kenangan angah masuk kelas jahitan...
Sekian sahaja cerita menjahit di Giat Mara


Monday, 19 May 2014

SETAHUN BERLALU

Alhamdulillah diam tak diam telah genap setahun pada 19 Mei 2014 mama menjalani pembedahan thoracotomy. Walaupun pembedahan mama mengalami komplikasi dan mama menjalani pemebedahan thoracotomy buat kali kedua pada 4 Julai 2013 mama besrsyukur ke hadrat Ilahi yang masih meminjamkan mama di muka bumi ini. Alhamdullilah. Mama masih diberikan peluang untuk bersama -sama suami dan anak-anak mama. Allhuakbar.
Kesihatan mama juga bertambah baik. Follow up mama yang terakhir adalah bulan Disember 2013 dan yang akan datang ini pada 21 Jun 2014. Insyallah jika tiada apa-apa masalah ianya mungkin merupakan followup mama yang terakhir.

chest tube yang berada bersama mama selama 21 hari....
bloody ....
sarapan pagi tiap hari hampir sebulan...
serial cxr post thorachotomy