PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 10 April 2014

BERITA SEDIH DAN MENGEJUTKAN

Pagi Selesa baru-baru ni mama ada baca Harian Metro mengenai satu kemalangan maut yang berlaku di Johor Bahru. Seorang pemandu treler maut dilangar oleh seorang bekas pesakit mental di tempat kejadian. Allahuakbar sedihnya...

Ni ceritanya dalam akhbar tersebut.

                        

Balik dari outstation semalam dalam kereta en hubby bagi tau dia call anak di MRSM, syafiq bagi tau ayah ikmal meninggal. Terkejutlah mama. Sakit apa tak dengar apa-apa pun sebelum ni... rupanya accident di Johor katanya... sertamerta mama teringat berita dalam harian metro tu. Allhuakbar, rupanya itu berita ayah ikmal... masyallah mama tak ingat nama ayah dia, tapi taulah ayahnya pemandu lori. Alfhatihah buat arwah.
Ikmal ni sama satu homeroom dan sebilik dengan syafiq. Budaknya comel dan peramah. Anak sulung daripada 5 beradik. Ibu tidak bekerja. Bayangkanlah dia kehilangan ayah dalam sekelip mata. Sudah tentu implikasinya besar. Kehilangan yang amat dirasai. Sedih sangat mengenangkan nasibnya  dan adik-adik yang kehilangan ayah. Semoga ikmal kuat dan tabah dan dapat meneruskan pelajaran sebaik mungkin demi masa depan dan tanggung jawab kepada keluarganya. Moga Allah merahmati roh ayahnya dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin...

Yang paling cute berbaju merah itulah Ikmal...


Thursday, 3 April 2014

update BELAJAR MENJAHIT DI GIAT MARA

Sudah 3 bulan angah belajar menjahit di Giat Mara. Nampaknya angah makin seronok dengan aktiviti barunya ni. Bayangkan angah yang tidak tahu menggunakan mesin jahit dah boleh menjahit sekarang.
Dulu nak jahit lencana sekolah di tudung pun alahai teruknya jahitan... tapi kini angah dah pandai menilai jahitan. Kalau mama yang jahit dia kata yag tu salah kena buat cam ni.... alhamdullilah angah dapat menafaatkan masa menunggu SPM denagan ilmu kemahiran. Selain daripada itu angah juga lulus untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motorsikal.

Sekarang ini angah sedang menunggu kemasukkan ke mana institusi untuk melanjutkan pelajaran. Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak an juga anak-anak mama yang 2 orang lagi tu...
Angah dah boleh buat kemeja, skirt, baju kurung, baju melayu moden, blouse... dan minggu ni sedang belajar buat kurung moden.
Dari segi kekemasan jahitan bagi mama nampak baik lah tapi masih boleh ditingkatkan lagi.
Angah posing hari mula-mula dengar taklimat di bilik jahitan di Giat Mara