PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 10 April 2014

BERITA SEDIH DAN MENGEJUTKAN

Pagi Selesa baru-baru ni mama ada baca Harian Metro mengenai satu kemalangan maut yang berlaku di Johor Bahru. Seorang pemandu treler maut dilangar oleh seorang bekas pesakit mental di tempat kejadian. Allahuakbar sedihnya...

Ni ceritanya dalam akhbar tersebut.

                        

Balik dari outstation semalam dalam kereta en hubby bagi tau dia call anak di MRSM, syafiq bagi tau ayah ikmal meninggal. Terkejutlah mama. Sakit apa tak dengar apa-apa pun sebelum ni... rupanya accident di Johor katanya... sertamerta mama teringat berita dalam harian metro tu. Allhuakbar, rupanya itu berita ayah ikmal... masyallah mama tak ingat nama ayah dia, tapi taulah ayahnya pemandu lori. Alfhatihah buat arwah.
Ikmal ni sama satu homeroom dan sebilik dengan syafiq. Budaknya comel dan peramah. Anak sulung daripada 5 beradik. Ibu tidak bekerja. Bayangkanlah dia kehilangan ayah dalam sekelip mata. Sudah tentu implikasinya besar. Kehilangan yang amat dirasai. Sedih sangat mengenangkan nasibnya  dan adik-adik yang kehilangan ayah. Semoga ikmal kuat dan tabah dan dapat meneruskan pelajaran sebaik mungkin demi masa depan dan tanggung jawab kepada keluarganya. Moga Allah merahmati roh ayahnya dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin...

Yang paling cute berbaju merah itulah Ikmal...


Thursday, 3 April 2014

update BELAJAR MENJAHIT DI GIAT MARA

Sudah 3 bulan angah belajar menjahit di Giat Mara. Nampaknya angah makin seronok dengan aktiviti barunya ni. Bayangkan angah yang tidak tahu menggunakan mesin jahit dah boleh menjahit sekarang.
Dulu nak jahit lencana sekolah di tudung pun alahai teruknya jahitan... tapi kini angah dah pandai menilai jahitan. Kalau mama yang jahit dia kata yag tu salah kena buat cam ni.... alhamdullilah angah dapat menafaatkan masa menunggu SPM denagan ilmu kemahiran. Selain daripada itu angah juga lulus untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motorsikal.

Sekarang ini angah sedang menunggu kemasukkan ke mana institusi untuk melanjutkan pelajaran. Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak an juga anak-anak mama yang 2 orang lagi tu...
Angah dah boleh buat kemeja, skirt, baju kurung, baju melayu moden, blouse... dan minggu ni sedang belajar buat kurung moden.
Dari segi kekemasan jahitan bagi mama nampak baik lah tapi masih boleh ditingkatkan lagi.
Angah posing hari mula-mula dengar taklimat di bilik jahitan di Giat Mara



Wednesday, 2 April 2014

BALIK KAMPUNG

Ermm dah lama mama tak balik kampung. Angah dan si kecik lagi lama tak balik kampung.Last balik masa raya 2012. Lepas tu 2013 mama tak sihat so tak balik kampung. Kakak dan abang dari kampung yang kerap ke rumah mama.

Bulan Januari 2014 mama balik kampung sebab isteri kepada pakcik en hubby meninggal dunia. Singgah kejap kat rumah kakak mama dan balik semula hari yang sama.  Bulan lepas pakcik hubby meninggal dunia di Pasir Gudang. Mama dan en hubby pergi ziarah balik hari aje tak singgah kampung.

Kakak mama bercadang nak buat kenduri. Masa cuti Raya Cina, tapi sebab ramai yang tak balik maka ditangguhkan. Jadi minggu lepas mama, angah dan syafiq berserta en hubby balik la kekampung. Tidur rumah kakak mama semalam aje. Pas tu keesokan harinya mama dah balik. Along pulak nak balik dari Kuantan dan akan tiba malam. Esoknya mama ada kelas. Ahad dah nak hantar Syafiq balik asrama. Jadual memang padat. Aduhai.....

Angah dah boleh drive. Balik kampung angah drive, hantar syafiq angah drive... oklah berani juga walaupun masih perlu diawasi lagi sebab belum cekap. Nasib baik kereta auto. Kalau manual memang tak lepas la...

serius aje angah drive...

Murtabak Singapura

ABC Batu Pahat

Cendol Batu Pahat

OTW balik hujan lebat.....