PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday, 6 December 2013

INTERVIEW

Ermm ingat lagi tak mama tulis pasal sementara menunggu keputusan SPM.... angah telah dapat panggilan temuduga untuk mengikuti kursus jangka pendek di Giat Mara pada 9 Disember 2013 . Mama harap angah berjaya dalam temuduga tersebut. Bilangan tempat adalah terhad hanya untuk 20 orang sahaja dan bilangan pemohon adalah ramai maka temuduga akan dijalankan . Rasanya hanya mereka yang menunjukan minat saja yang akan di pilih...

Esok pulak angah akan menduduki ujian komputer bagi mengambil lesen L. Mama harap angah akan berjaya.... Banyak lagi step yang perlu angah lalaui ...lepas lulus ujian komputer angah kena masuk sesi amali pulak.... hu..hu... yang ni kena tunggu hujung minggu depanla pulaknya...

Good luck angah...

Thursday, 5 December 2013

SEDIH

SEDIH....apesal sedih.... macam-macam hal yang berlaku sekarang terutamya apabila melibatkan emosi...
Dalam zaman seba canggih ni macam-macam berita, info, video. foto dapat dalam sekelip mata... Yang betul, yang tak betul pun ada.... tu yang sedihnya...

Dah yang paling menyedihkan msayarakat kita dengan sewenang-wenangnya menggunakan perkataan yang tidak sopan   umpamanya...mengelarkan seseorang b@B!, banggang.... nak tembak orang lah... dan bagai bagai lagilah... tak caya tenggok jelah ststus di FB... blok... whatspp dan yang lain-lain lagi... yang muda memanglah berdarah panas, sukar mengawal emosi tapi yang dah masuk asar pun sama gak... imej dengan Islam tapi perbuatan dan pertuturan tak menggambarkan ... tu yang sedih... tak kira lelaki ke perempuan, ahli politik atau pun tidak, berpelajaran tinggi tau pun tak... mentaliti entahlah...aduhai... Islam tidak mengajar umatnya bercakap kasar, kutuk mengutuk antara sesama Islam... fikir-fikirlah....



Tuesday, 3 December 2013

IJN Follow-Up

2 Disember 2013 mama ke IJN lagi.... syukur alhamdullilah keadaan mama bertambah baik. Paru-paru kiri dah kembang ke maximum ... walaupun tak boleh kembali seperti dahulu kerana telah menjalani thoracotomy kira-kira 5 bulan yang lepas... tiada pneumothorax tetpi masih ada pleural effusion yang mana akan resolve selepas beberapa waktu.. amin ya allah...

 4 Oktober 2013


2 Disember 2013... ermm dah tak ada pneumothorax