PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 2 October 2013

Angka 40 Sebelum dan Selepas

 

Pagi ini dalam perjalanan ke tempat kerja dengar siaran radio klasik nasional.... emmmm dah masuk golongan 40++ series.... anak tak suka siaran ni... ha..ha.. tapi mama dan en hubby suka...

Pagi ni HM Tuah yang terkenal tu cerita pasal angka 40.... kalau nak berubah mesti sebelum 40, Kalau dah lebih 40 tu memang susah lah sebab dah jadi tegar atau tabiat....

Kalau nak kaya pun kena kerja kuat sebelum 40, Kalau nak kurus  pun mesti buat sebelum 40, kalau nak ke surau pun kena buat sebelum 40... bukan tak boleh berubah kalau dah 40 boleh tapi susah.... itulah katanya. Kalau nak ramping bukan buat senaman pada umur 50 tahun.... bukan tak boleh nak ramping kalau dah 50 boleh tapi susah nak dapat, cam tulah kalau nak muka cantik kena lah jaga sebelum 40... kalau dah 50 baru nak licinkan muka ermmm payah la....

Mama rasa betul. Kalau nak senang hidup ni, kena buat simpanan tetap tiap bulan dari dapat gaji pertama sekurang-kuranya 10 %. Lebih lagi baik. Letakkanlah dalam satu akaun atau unit mamah dan jangan ambil keluar termasuk dividen dan bonus yang diberi... Insyallah selepas umur 40 anda akan dapat hasilnya... ibarat menanam pokok dan ianya akan berbuah lebat tanpa henti dan anda akan dapat memetik hasilnya... ini yang dikatakan duit yang berkerja cari duit..... sebab tulah orang kaya bertambah kaya ... sebab dia banyak hartatanah, melabur sana sini..... hujung tahun melancung serata dunia  sebab dia banyak duit.... fikirkanlah...

Monday, 30 September 2013

SEKOLAH BERASRAMA PENUH......untuk orang kaya???


Assalamualaikum.... nampaknya UPSR dah berlalu, tak lama lagi PMR... merupakan PMR yang terakhir tahun. Macam biasalah setiap ibubapa pastinya mahukan anak-nak berjaya dengan cemerlang dan lepas tu boleh menyambung sekolah di sekolah berasrama penuh seperti SBP, MRSM, Sekolah intergrasi, Sekolah Menengah Agama atau yang lain-lain yang setaraf dengannya.

Persaingan memang sengit sebab tempat untuk ke SBP ni sikit tapi pelajar cemerlangnya ramai...jadi nasiblah mengikut rezeki masing-masing. Kalau naka-anak katogeri sekolah luar bandar mungkin senang sikit kot nak dapat masuk sekolah berasrama penuh ni... tapi kalau sekolah bandar ermmm susah sikit kot??? Pengalamam mama nak mohon sekolah asrama penuh ni aduhai... dulu anak sulong mama sekolah luar bandar jauh di negeri A...keputusan baik, pengawas dan aktif masuk takwando dan lain2 tapi mohon tak dapat gak... sama juga anak ke 2 mama.... perempuan gak... tak dapat masuk. Jadi mama naklah anak ke 3 masuk asrama... yang ni lelaki... pandai, aktif, ketua pengawas, masuk taekwando..sampai tali pinggang hitam, masuk gemelan samapai peringkat kebangsaan dan aktif bersukan.  Permohonan ke SBP tak dapat dan panggilan ke MRSM masa tu belum keluar lagi. Nak ke MRSM ni pulak ermmm kena tunggu result UPSR dulu, dapat 5 A baru boleh beli PIN no di Pejabat MARA dan mohon on line. Pas tu ada ujian dan temuduga pulak...aduhai... macam nak masuk kerja aje... punyalah ramai yang mohon dekat 30 K tapi nak ambil cuma 6 K++ aje... so peluang tu memang tipis lah kot... dan MRSM ni ada kouta khas untuk anak-anak staff MARA dengarnya. Yang ada kenalan orang dalam lagi.... tapi mama ni tak punya apa. Tak da saudara atau kenalan yang boleh hello hello aje... so kenalah usaha sendiri, panjat pejabat MARA tu... dia orang kata mmg yang mohon ramai.... 

Namun syukurlah dengan izin Allah anak mama ni berjaya dapat MRSM... masuk februari 2013. Sekolah menengah harian dulu sebulan... kena gak beli baju dan seluar hijau tu dua pasang dan sepasang baju melayu dan samping..bermulalah episode baru nak masuk sekolah asrama... persediaan aje bukan sedikit rasanya... ni ikut semua dalam surat tawaran tu... baju sekolah warna kuning/ peach MARA tu berserta seluar coklat 2 pasang.... sepasang dekat RM 75. (RM 150.00) dan 2 pasang lagi baju kemeja biru lengan panjang dan seluar biru gelap... harga sama gak lah... pas tu kasut kulit hitam... sepasang baju melayu yang sedia ada sekolah menengah tu..pas tu kena beli samping RM 25.00 dan baju batik (Dapat kain 2 meter RM 50.00 dan kena upah buat kemeja RM 55 .00 upahnya... . ) Pas tu kena beli cadar di MRSM RM 25.00 dan selimut RM 20.00. Yang ni kena beli MRSM punya pada hal masa daftar tu kata bawa selimut sendiri... so belilah selimut dulu..rugilah kena beli lain masa kat MRSM tu... 

Tak masuk lagi keperluan lain seperti t shirt sukan, seluar track, baju kelas persediaan, tuala,. selipar, sandal, tie dan lain -lain keperluan..termasuk kasut sukan.... Kira-kiranya dekat RM 1500  juga lah...tak masuk kos nak hantar lapor diri... sebab jauh kena dok tidur hotel lagi sehari sebelum...

 Dah dok asrama nak gi tengok tiap minggu...minyak dan tol aje dah dekat RM 80 masa tu sebelum minyak naik la ni tambah lagilah... pas tu yang jadi masalah hilang selipar, hilang sandal... boleh kata tiap minggu..walaupun harganya RM 10... tapi tiap minggu...mak ooi... baru ni hilang songkok pulak...dah 2 kali.. sandal dah dekat 3 kali..yang mahal yang murah..hilang juga... selipar dekat 10 kali... aduhai anak-anak..

Yang masuk ke sekolah asrama penuh ni semua budak bijak pandai tapi perangai ni yang peliknya, suka rembat hak orang,,,, siap pecah locker lagi...charger telefon pun senior pinjam tak pulang... dah minta balik tapi tak dapat selamba aje... budak baru ni tak berani lawan senior..kalau buat gak cari nahas la... kena pukul ramai-ramai dengan senior... nak mengadu cikgu pun dia orang tak berani...nanti kena lagi teruk.. macam mana lah perangai bebudak cerdik ni... 

Baru ni ada solat hajat tingkatan 3 untuk PMR  dia orang rembat aje songkok budak lain..sebab x de songkok takut kena marah kot... patutnya klu tak da songok tu tak pelah ...jgn paksa sampai bebudak ni curi songkok orang lain... ada ke pihak sekolah perasan???

Tu lah kalau orang tak berduit ni memang susah lah nampaknya......MRSM bagi izin pelajar guna hp...yang ni senang nak contact anak...


Wednesday, 25 September 2013

JEMPUTAN DARINYA

tetemau-tetamu istemewa....

Allahuakbar.... kini musim haji tiba lagi... dah ramai umat islam yang menerima jemputan sebagai tetamu istemewa dariNYA. Mama berharap sangat agar dapat menjadi tetamu istemewa ini pada musim haji akan datang bersama-sama en hubby... Ya Allah pada mu hamba bermohon agar aku dan suamiku dijemput  ke sana Ya Allah... Berikanlah kami kelapangan waktu, kesempatan ,kesihatan dan kemudahan untuk kami sampai ke Sana Ya Allah... Perkenankanlah doa hambamu ini Ya Allah...

Terdapat beberapa sahabat sekolah menengah  dan kawan-kawan tempat kerja mama yang sedang menunaikan rukun islam yang ke 5 ini. Mama doakan agar mereka selamat pergi dan kembali dan dapat haji yang mabrur...mama juga pohon mereka doakan mama dan en hubby akan dapat mengujungi Mekah bagi menunaikan rukun Islam yang ke 5 ini pada tahun hadapan..