PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 17 April 2013

KEMBALI ...

Assalamualaikum .... lama rasanya mama tidak menulis di sini. kekangan masa dan mood yang ke laut. tu yang tak menulis. Sebenarnya ada banyak perkara yang nak diceritakan.... pasal sekolah latihan memandu Along, pasal MRSM , pasal kesihatan dan bebrbagai bagai lagi.... insyallah akan dicoretkan di sini buat kenangan dan juga pengetuan yang boleh di ambil pengajaran bagi yang berkenaan lah...

Tunggu.....


Sunday, 10 March 2013

RUTIN BARU HUJUNG MINGGU

nilah keadaan hujung minggu tiap kali lalu kat bandar rawang

sempat makan kat air terjun ni Sugai Chiling , Pertak
Assalamualaikum... agak lama tak bersua di sini. Bukannya apa keadaan agak sibuk dan mama tak berkesempatan nak up date . Cerita banyak dalam kepala ni, nak taip tak sempat. Hujung minggu mama sibuk dengan macam-macam perkara. Melawat anak teruna mama kat MRSM. Angah pulak sekolah hari Sabtu. Kena hantar pulak.... mulai minggu ni mama dan en hubby pulak masuk kelas.... jadi lagi sibuk. Tapi salah satu hari  pergi juga ke Kuala Kubu Bahru. Yang tak laratnya jalam jammm... mak oii. 2 Km sebelum Rawang hala KL tu jammm teruk... macam foto kat atas tu. Aduhai... hapir 1 jam lebih untuk 2km... tension tapi demi anak  mama ... sabor je lah.... Minggu lepas tu sempat pergi makan kat air terjun, tak jauh 12 km dari bandar KKB... Air Terjun Sungai Chiling. Tapi tak sempat nak mandi... hujan dan tak bawak baju pulak. Hari ni pergi lagi tapi tak mandi gak hujan pulaknya. Baju dah bawak hu..hu... lain kalilah  tak da rezeki ari ni...Tak sampai pun sebulan anak teruna mama kat sekolah tu... tapi mama rasa macam dah lama aje.... semoga anak mama akan menjadi insan yang baik di dunia dan akhirat. Berjaya  dan berbakti kepada kedua orang tuanya.... Buat puteri2 mama juaga tidak ketinggalan doa yang sama jua....

k bawak baju. 

Monday, 25 February 2013

STREAMYX DAN TM yang menyakitkan hati


Ni la mama nak storey morey pasal streamyx. Mama pindah rumah sendiri dari kuarters kerajaan akhir tahun lepas. So kenalah pindahkan talian streamyx kan. Dah nak kena pindah tu, kami pun cadang nak upgrade package streamyx kepada yang maksimum kononya biar laju dan senang nak tengok movie atau amabik inify. Malanya kat kawasan rumah mama ni tak ada perkhidmatan unify...jadi kami pun guna jelah streamyx ni... dan upgrade lah tak boleh yng maksimum sebab ada masalah kat kawasan mama ni... hulu dan dalam kampung kotnya... walaupun katanya Selangir negeri maju dan negeri kebajikan.... 

dari mula proses pindah sampai la ni... masalah tak juga settle... memang menyakitkan hati. Mula-mula TM salah masukkan alamat, so dia orang kata tak ada perkhidmatan streamyx. Tak hal tiang telefon ada depan mata... semak rupanya salah alamat... kat borang kami isi betul... dah 2 x ke TM point Cyberjaya.... Lepas tu tunggu kontraktor pasang.... bila datang tak da modem pulak . Tanya kat kita TM tak bagi modem ke? TM kata nanti kontraktor yang bagi masa kami ke TM kali kedua tu masa betulkan alamat.... dah tu guna modem lama lah  yang 384 kb tu... dok call tanya bila nak upgrade.... lama tunggu gi lagi TM Cyberjaya... rupanya dia orang tak key in untuk upgrade lagi.... dekat 1 bulan dah masa tu tanya lagi pasal modem dan cordless phone tu... sama juga jawapannya kontraktor akan bawak masa upgrade nanti .... dah upgrade tu talian selalu je putus-putus.... geramya kata upgrade, tapi hampeh... lepas tu lagi kerap putus... cal 100, buat aduan... lepas tu ada techician call nkatanya tengok kabel luar dan tukar port .... lepas tu sama je putus gak dan malam tadi langsung tak boleh connect internet.... aduhai geramnya... call lagi 100.....buat aduan lagi..

Tu pasal talian... yang ni pasal bil pulak... juga menyakitkan hati. Part buat charges TM memang efficient, tapi servicenya punyalan lembab....pasal bil ni kena gi TM cyberjaya gak, lepas call 100. Pertamanya bil pembindahan dah dicharge masa bula Disember 2012 yang lepas, tapi alamat tak ikut alamat baru pulak. Tak ke pelik tu...tak hal kat borang tu dah tulis untuk pindah dan upgrade. Kos pindah masuk bil, tapi alamat dok yang lama. Dah upgrade, bila kena double caj pulak dqah 2 bulan ni... pakej lama kena, yang baru juga kena. Ape punya sistemlah... call 100, dia orang kata bayar dulu nanti TM bagi rebet balik. Apasal pulak kita kena bayar sedangkan perkhidmatan dah diupgradekan. Mama kata tak mau bayar.Bukan salah penggunakan. TM kata itu sistem dia orang. Patut ke dia orang buat sistem cam tu. Salah dia orang bil kena bayar dulu.... tapi kalau lambat bayar dia potong atau sekat line...sakitnya hati....

Ni pulak sevice tak da tapi kena bayar sama je.... kalau tak da service patutnya bayaran bulanan kena bagi rebetkan...