Akhirnya syukur alhamdullilah anak teruna mama berjaya untuk bersekolah asrama penuh di MRSM. Mama dan en hubby telah berusaha , berdoa dan anak mama memenuhi kriteria yang ditetapkan, lulus ujian dan temuduga yang dijalankan di MRSM Kem Terendak sebelum ini. Sebelum ini permohonan ke SBP tidak berjaya. Mama telah mengemukakan rayuan dan panjat Kementerian Pelajaran untuk jumpa pegawai yang berkenaan. Kami ni orang biasa je, tak ada talian hayat, kenal orang besar-besar yang hello aje boleh tolong.... jadi kena usaha sendiri dan pastikan anak kita ni layak dari segi akademik dan juga cemerlang dalam aktiviti kokurikulum, sukan dan sewaktu dengannya... bila keputusan rayuan keluar pada 29 Januari lepas anak mama juga tidak berjaya... aduhai sedihnya... mama berharap sangat agar dia dapat terpilih ke MRSM.... dan hati berdebar dan mengeletar jari masa nak sms tu sebab web site tak boleh nak buka masa tu... syukurlah. Perasaan mama gembira sebab anak mama berjaya dan sedih sebab anak mama akan duduk berjauhan dari mama. Harapan mama dan en hubby agar anak mama akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi insan yang baik di dunia mahupun akhirat. Satu-satunya anak mama yang akan besekolah asrama penuh....
Tuesday, 5 February 2013
Friday, 25 January 2013
KADET POLIS
Semua sekolah ada hari koko kan.... so anak mama sulung masuk PBSM, Angah masuk Puteri Islam dan yang bongsu ni masuk kadet polis.
Apa yang nak mama kongsikan ialah mengenai pakaian . Puteri Islam tak la mahal sangat sebab pakai baju putih kurung ku, tudung pink dan kain pink.... so budget dalam RM 40-50 aje tambahan nak kena beli.
PBSM boleh tahan gak uniform dia ni. Mama beli masa anak sulung mama tingkatan 1 dulu lah, ermm lebih 5 tahun dulu... erm tak ingat berapa harga baju tu. Selain dari baju tu kena beli accessorry pulak... butang dia lain, lambang kiri kanan lagi... rasanya hampir RM 150 kot untuk lengkapkan semuanya.
Untuk kadet polis ni lagilah mak ooi. Nak beli baju pun bukan senang rupanya. Tak semua kedai boleh jual baju ni sebab serupa dengan pakaian seragam polis. Lepas tu lagi satu hal nak cari saiz punyalah susah... hampir 5 tempat pergi baru dapat.. Harganya pulak baju je sepasang hampir RM 100 tau. Tak masuk lagi bagai-bagai macam dalam gambar kat atas tu.... butang lah, berek , bulu jambul tu lagi.... yang ni satu hal juga susah gak nak beli. Ada kedai tu jual baju je, tapi accessorry tak da... kena gi cari lain lah pulaknya... kasut boot lagi... Mahu terbang RM 200 kot kalau nak beli semuaya ni..
Selain dari full uniform, baju T pun kena beli juga bila buat aktiviti petang.... tambah duit lagi .. harga bergantung pada jenis kain dan juga saiz... bagi anak mama antara RM 40-50 ... hu..hu.. duit lagi...
Kiran RM 100 bantuan persekolahan tu pun tak cukup nak beli baju koko ni..... apa pun syukur daripada tak ada kan...
Wednesday, 23 January 2013
BERDEBAR-DEBAR
Mama pulak yang berdebar tunggu nak tunggu bulan februari. Pasal apa pulaknya tukan.... erm tak lain tak bukan tunggu keputusan rayuan SBP dan juga kemasukan ke MRSM 2013. Segala usaha telah mama lakukan agar anak mama dapat masuk ke sekolah berasrama. Ianya penting buat mama atas beberapa faktor seperti nak juga salah seorang anak mama bersekolah di sekolah berasrama penuh, tujuannya agar kehidupannya boleh berdikari, mematuhi disipilin... kat rumah tak rajin nak study pun... kalau kat asrama terpaksa ikut peraturan kan... dan yang penting anak mama memenuhi kriteria yang ditetapkan. Aktif koko, sukan, muzik dan juga taekwando, ketua pengawas.... sedih kalau dia tak dapat. Masuk pertandingan inovasi sampai peringkat kebangsaan dan johan. Satu pencapaian yang membanggakan... semoga anak mama akan berjaya...
Subscribe to:
Posts (Atom)