PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 3 December 2012

EPISOD PERMULAAN......

                                      
Assalamualaikum..... bersua kembali di pagi Isnin ni.... bermulalah episod baru dalam keluarga mama..secara rasminya mama dah berpindah ke rumah sendiri setelah lebih 4 tahun menghuni kuarters di Putrajaya. Penat nya masyallah .... secara rasminya mama mula mendiami rumah sendiri pada 1 Disember 2012. Senang nak ingat 1.12.12.

Rumah masih bersepah sana sini, bilik ruang tamu dan dapur..... hanya letak dulu barang besar dan ada masa nanti kena susun semula...

Kat rumah baru tak da talian internet lagi. Astro pun belum masuk lagi.... memang bosan lah bagi anak-anak... tapi yang bagusnya boleh susruh dia orang kemas bilik dan barang masing-masing dulu. banyak kain baju nak kena basuh. Sarung bantal, selimut, langsir semua nak kena cuci. Anak teruna mama kena mula latihan matematik dan sains. Next week monday nak kena duduki ujian bagi kemasukan ke MRSM di kem trendak Melaka. Mama harap anak mama akan buat yang terbaik... semoga dapat memasuki asrama penuh tahun depan.... 

Pagi ni bermulah episode mama dan en hubby bersama ketempat kerja... dan 6 tahun ttak pergi kerja sama. Dulu masa mama mula kahwin, hanya ada sebuah kereta. Tempat kerja mama dan en hubby dekat je. So en hubby hantar mama dulu dan pergi kerja...tengahari ambik mama, makan tengahari kat rumah bersama... kerja cuma 2.5 km je... petang nya mama drop en hubby kat ofis, mama pulak bawak kereta gi kerja... petang jemput en hubby.... cam tulah sampai tahun 2007, mama kena pindah kerja dan ulangalik 130 km sehari... so beli kereta satu lagi...anak dah 3 orang nak hantar sekolah ambik balik sekolah.... kalau tak en hubby naik motor aje..lepas tu pindah putajaya en hubby selalu balik lambat... mama kat presint 1, en hubby presint 2.... so naik kereta masing-masing... sebab dah ada kereta 2 kan walaupun kereta lama tapi kondisinya terjaga rapi dan tidak bermasalah. Bila pindah rumah sendiri ni bawak satu kereta je.... sebab kena jimat kos.... en hubby drop mama kat putrajaya dan terus ke Serdang... ermm en hubby dah tukar ke Serdang 2 tahun lepas....

Pagi ni hari pertama kerja dari rumah sendiri, keluar rumah pukul 6.20 pagi... sampai ofis pukul 6.50 , setengah jam gak... bila sekolah nanti busy lah pulak... kena keluar awal nak hantar angah ke sekolah... sekolah masih di putrajaya... nak tukar kesian pulak kan...  oklay panjang lagi kalau nak celoteh ni ada kerja nak buat... sambung next time.. bai bai


Friday, 30 November 2012

SKT OH SKT

                                
Assalamualaikum.... bersua kembali di teratak mama ni. Agak sibuk minggu ni. Isnin dsampai rabu pergi conference.... ni nak memenuhi tuntutan pegawai awam kena menghadiri kursus sekurang-kuranya 7 hari setahun. Mama ni memang lah tak rajin nak apply gi kursus ni... kalau tak terpaksa memang tak gi punya.  Ni pun pilih tempat yang boleh balik hari. Tak payah dok hotel.... Lepas tu Khamis mama masuk ofis, aduhai melambak kerja nak buat..... ada papaer kena buat untuk bos mama untuk bentang dengan KSN minggu depan ni... lepas tu mama kena prepare maklumbalas untuk YBMK mengenai article di The Star semalam.... dan kena buat SKT.... bagi yang kerja gomen memang  terrorlah kan .... sasaran kerja tahunan.... dulu isi manually guna borang maacam kat atas tu... la ni on line guna HRMIS.... 

Ingatkan guna online ni senang..... ermmm indah khabar dari rupa... nak log in pun sikit punya lembab... dah tu sangkut pulak.... nak save tak boleh..... hari ni last day pulak tu...internet kat putrajaya pun slow..... amacam... petang ni langsung tak boleh bukak... di tutup sementara.... apa hal pulaknya tu???? aduh....bilalah nak siap ni... kat rumah pun tak boleh buka.... 

Friday, 23 November 2012

PROGRAM CUTI SEKOLAH

                                  
                                 
Assalamualaikum semua..... cuti sekolah dah hampir 2 minggu. Anak-anak le paling seronok cuti sekolah ni. Anak teruna mama lagi lama lah dah ber'cuti' selepas exam UPSR lagi.... rutin hariannya  bangun tidur untuk solat subuh... tupun puas kejutkan ampai hangin mama atau en hubby bila kejut liat nak bangun. Lepas tu sambung tidur lagi dan bangun pukul 10 @ 11 pagi....  saaran merangkap makan tengaharilah tu.... lepas tu main game @ online.... tak jemu-jemu menghadap laptop berjam-jam.... petang main bola malam sambung main lagi..... tidur kol 12 lebih.... ermmmm memang geram.... 

Anak perempuan sikit lebih kurang juga cam tu cuma dia kena basuh pinggang manggkuk, cuci baju jemur dan lipat baju.... sapu rumah .... tidur siang..... tengok TV memang tak tinggal. Cuma Along akan merdeka tak lama lagi tinggal paper biologi dan kimia aje.... Selasa ni bebaslah... lepas tu ikut rutin adik-adik dia lah tu.
Untuk cuti sekolah kali ni awal-awal mama dah google apa program kat masjid yang boleh mama hantar dia orang. Jadi mama masukkan program pemantapan ALQuran daripada 19 Nov  hingga 30 November 2012. Bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang tiap hari.... untuk 10 hari. Bayaran hanya RM 50.00 seorang. Murah aje kan... siap makan pagi, makan tengahari dan minum petang. Sekurang-kurangnya adalah ilmu baru yang diperolehi. Meningkatkan ilmu tajwid. Selain daripada itu ada juga dimasukkan hal-hakl fardu ain termasuk isu wuduk pada sebelah petang....