PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 4 October 2012

PHOTOSCAPE V 3.2 untuk WATER MARK GAMBAR


Download free je...



Assalamualaikum..... mama memang dah lama teringin nak buat watermark kat gambar... tapi tak reti . Cari sana sini mama jumpalah kat satu blog ni ajar cam mana nak buat  .... thanks buat  buat tuan punya blog Filla -Kasihs.... so mama pun taip lah photo scape.... pas tu down load.... kejap aje... lepas tu try lah buat.... klik aje kat mana icon yang nak buat tu ....boleh buat album gambar cam ni..... ermmm bestnya... silalah cuba...
Ni mama punya.... amacam ok tak .... ni anak bomgsu mama... yang comel lagi cute kan.... tapi sekarang ni dah besar .... muka pun dah tak comel lagi... tapi handsome..... sebelah kanan atas tu masa hari pertama sekolah tahun ni.... yang pakai baju putih tu kalau tak silap masa hari pertama darjah 1 dulu.... dan yang kiri atas tu masa umur 7 ke 8 bulan rasanya...., di bawah masa nak potong kek harijadi  tahun 2009....
Di tengah tu bulan Jun tahun ni.....





Tuesday, 2 October 2012

BELI RUMAH SPNB

Assalamualaikum,
                                           


Hari ni mama sakit hati betul... ermmm bukan hari ni je... sebelum ni pun... semuanya kerana beli rumah dari SPNB. Mama nak ceritakan cam mana boleh jadi cam ni.... Dulu mama ada buat entri pasal ni juga... lihat <<  .beli rumah baru >> 2 minggu lepas mama gilah ambik  kunci...

Dah dapat kunci tentulah excited nak masuk bekalan air dan juga elektrik. TNB kata mana dia dokumen pengesahan pendawaian dari SPNB...cam tu juga dari pihak yang nak sambung meter air. Aduhai susahnya lah pulak... dulu mama beli rumah tak da pun masalah apa-apa, Begitu juga en hubby, baru je beli rumah, pinjaman kerajaan juga... semuanya settle senang... agen yang kita berurusan tu bereskan,,, tapi lain pulak dengan rumah SPNB ni,,,lantik agen, tapi fungsi egen tak apa-apa...menyakitkan hati cam tu juga peguam yang dilantik oleh SPNB, tidak membantu pembeli.... dah urusan dengan SPNB tu punyalah lembab....memang menyakitkan hati... sape yang dah buat urusan tu tau lah cam mana .

Sampai hari ni tak settle lagi ni... nak kena lantik kontraktor sendiri...mak ooi..bayarannya banyak tau...hampir 1K untuk bekalan air.... deposit lagi... tu air, letrik satu hal lagi.... cam mana tu eek???.
Paling tak paham, rumah yang dibeli rumah baru, masih belum diduduki, pendawaian dan juga paip air telah dipasang oleh pihak kontrakror, mengapa pemaju tak mahu bertanggungjawab untuk memberikan dokumen pengesahan bagi perkara ini.... sungguh menyakitkan.... hubungi SPNB lagi satu hal... lepas satu seksyen di pas ke satu sejksyen yang lain, jawapan yang klise diberikan... saya tak tau.. tugas saya hanya ni.... yang di di urus oleh unit.....????....saya ikut aje.... hubungi unit berkenaan... tanya kita balik... kenapa tak hubungi unit ???  aduhai... macam pusing round about.... tak ke mana pun... last-last bila tanya habis tu masalah saya ni cam mana nak buat... tau apa dia orang kata buatlah aduan kat sape nak buat ... dia kata kat pengarah urusan.... mama rasa dia ni memang kurang sopan.... PM kata rakyat di dahulukan.... pencapaian di utamakan.... cakap tak serupa bikin... suhu badan mama dah makin naik ke takat didih ni....

Balik cerita kat en hubby..... tak pelah kata dia meh kita buat aduan rasmi... ke pengarah urusan yang dinyatakan. Nyatakan masalah yang di hadapai dan tentang ketidak sopanan pegawai SPNB meneangani masalah pelanggan.... dahlah kurang sopan malah lembab lagi.....

                                  


Monday, 1 October 2012

BAJET 2013


Assalamualaikum.... semua telah mendengar bajet yang dibentangkan PM pada Jumaat lepas. Apa yang ingin kita dengar dah pun diketahui. Berbagai-bagai pandangan yang diberikan oleh pelbagai pihak, ahli ekonomi, ahli politik BN mahupun pembangkang, orang ramai, orang muda dan orang tua.

Bagi mama, apa pun mama tetap bersyukur dengan apa yang ada. Bonus yang diumumkan tu sedikit seanyaak meringankan beban khususnya untuk anak-anak yang akan mulakan persekolahan tahun depan.
BAJET 2013 di antaranya yang dinikmati oleh rakyat ialah:
  1. Bonus penjawat awam sebanyak 1 bulan setengah gaji. ( Raya, Disember dan Januari 2013)
  2. .1.5 mil youths with monthly income of RM3,000 or below will get RM200 for purchase of a 3G smartphone termaksuklah pelajar universiti....
  3. BR1M 2.0: bantuan tunai RM500 kpd isirumah berpendapatan kurang drpd RM3,000
  4. BR1M2.0: bantuan tunai RM250 kpd individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang drpd RM2,000 termasuk kepada penggangur dan juga pelajar IPTA/IPTS
   
 
 Macam-macam ada dalam kotak fikiran kita ni bila kerajaan umum bonus kan.... nak shopping, makan angin, beli baju baru, gelang /rantai emas , simpan, melabur atau apa saja lah yang kita inginkan. Namun harap kita semua dapat merancang dengan baik kewangan keluarga agar mengutamakan keperluan berbanding kemahuan. Hujung tahun biasanya banyak pusat beli belah dan yang seangkatan dengannya buat sale .... so ramai yang nak  Christmas Shopping lah tu.... erm hujung bulan ni pulak raya haji kan....