PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 14 August 2012

SPEED TRAPS

Assalamualaikumwarahmatullah .... kali ni nak cerita pasal speed traps.... ermm kita semua kan nak balik kampung masing-masing tak kira lah jauh ke dekat... Jumlah kenderaan dah tentulan bertambah kan masa musim perayaan ni... dan dikhabarkan pulak pihak yang berkenaan dah pasang kamera kat tempat yang dikenal pasti ....

sedang khusukkkk..... from en google



Dikatakan juga banyak kamera yang telah dipasang di  jejambat yang tertentu... kenalah berhati-hati...kalau tak alamtlah $$$$$ melayang... daripasa bayar saman baik pergi shopping kan... setuju tak.... Tapi kadang kala mama tension gak kena bawak 70 km atau 100 km je.. perjalanan punyalah jauh... jalan agak lancar tapi kena slow down dan bukan kawasan kemalangan ... lenguh kaki kalau duduk berjam-jam dalam kereta tambahan kalau cuaca panas terik....


Cara mudah cari duit ... saman la... siapa buat salah dia kenalah but not every one yang kena kan walaupun dia orang bawak laju... minta-minta mama sekeluarga akan selamat dalam perjalanan balik kampung dan kembali semula ke sini ...





Monday, 13 August 2012

KUIH RAYA 2

Assalamualaikum...

Dah tinggal seminggu je lagi umat Islam akan menyambut Syawal...semuanya sedang sibuk menjalani malam 10 yang terakhir Ramadhan . Tak kurang juga yang sibuk menyediakan kelengkapan hari raya buat anak-anak... buat kuih raya ...beli kuih raya... almaklumlah kerajaan dah bagi bonus setengah bulan gaji ... dah gaji untuk bulan Ogos pun dah masuk... ermm banyak tu... jangan lupa belanja berhemah ya...simpan perlu juga dilakukan untuk masa hadapan.

Sabtu baru ni mama pun berjhajat nak sambung buat cokies second round. Cam biasalah mama kena gi BBST dan buat kat sana sebab dapur dan oven besar dah pindah ...kira-kira 8.30 pagi mama pun bertolaklah ke sana... bila sampai sana excited la nak buat kuih ni.. hanya angah yang follow mama sebab 2 orang lagi tu ada kelas kat sekolah... bila sampai je sana baru teringat alat penimbang tertinggal... alamak cam na ni.... rosaklah projek hari ni... erm semua resepi guna sukatan dalam gram   hu..hu..hu... sedihnya.. maka tak jadilah nak buat nya... apalagi baliklah semula..selepas buat satu adunan biskut coklat pokok yang guna sukatan cawan...siap kemas balik semula.. ingat dapatlah buat 4 jenis cookies... sampai rumah rupanya ada tetamu  our ex- family yang menjaga anak-anak mama semasa di Kuala Lipis dulu... ingat balik nak buat coklat pulak.. tak jadilah nampaknya... kiranya sabtu berlalulah tanpa mengikuti perancangan awal..tapi sempat jugalah mama buat 2 balang cornflake dengan coklat..dah ada separuh lagi bahan-bahannya.. ingat nak buat lagi nak bawak balik kampung nanti..

Pagi semlalam mama start lah projek buat coklat pulak..


nilah dia home made coklat nak bawak balik kampung

hasil pada hari sabtu dan ahad : 2 balang coklat pokok ( sebalang dah bagi ex- baby sitter) 2 balang coklat untuk sendiri, 2 bekas coklat untuk bawak balik kampung dan 2 balang cornflakes



semua jumlah yang ada dah tolak beberapa balang dah dimakan oleh anak-anak mama...


Jumaat nanti mama dah mula cuti..boleh sambung projek ke 3 pulak....







Friday, 10 August 2012

10 MALAM TERAKHIR

 



 Assalamulaikum...dah masuk 10 malam terakhir dalam bulan yang penuh keberkatan ini.... marilah sama -sama kita menghidupkan malam-malam ini dengan ibadah..... semoga kita semua mendapat kerberatan daripada NYA...