PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 13 August 2012

KUIH RAYA 2

Assalamualaikum...

Dah tinggal seminggu je lagi umat Islam akan menyambut Syawal...semuanya sedang sibuk menjalani malam 10 yang terakhir Ramadhan . Tak kurang juga yang sibuk menyediakan kelengkapan hari raya buat anak-anak... buat kuih raya ...beli kuih raya... almaklumlah kerajaan dah bagi bonus setengah bulan gaji ... dah gaji untuk bulan Ogos pun dah masuk... ermm banyak tu... jangan lupa belanja berhemah ya...simpan perlu juga dilakukan untuk masa hadapan.

Sabtu baru ni mama pun berjhajat nak sambung buat cokies second round. Cam biasalah mama kena gi BBST dan buat kat sana sebab dapur dan oven besar dah pindah ...kira-kira 8.30 pagi mama pun bertolaklah ke sana... bila sampai sana excited la nak buat kuih ni.. hanya angah yang follow mama sebab 2 orang lagi tu ada kelas kat sekolah... bila sampai je sana baru teringat alat penimbang tertinggal... alamak cam na ni.... rosaklah projek hari ni... erm semua resepi guna sukatan dalam gram   hu..hu..hu... sedihnya.. maka tak jadilah nak buat nya... apalagi baliklah semula..selepas buat satu adunan biskut coklat pokok yang guna sukatan cawan...siap kemas balik semula.. ingat dapatlah buat 4 jenis cookies... sampai rumah rupanya ada tetamu  our ex- family yang menjaga anak-anak mama semasa di Kuala Lipis dulu... ingat balik nak buat coklat pulak.. tak jadilah nampaknya... kiranya sabtu berlalulah tanpa mengikuti perancangan awal..tapi sempat jugalah mama buat 2 balang cornflake dengan coklat..dah ada separuh lagi bahan-bahannya.. ingat nak buat lagi nak bawak balik kampung nanti..

Pagi semlalam mama start lah projek buat coklat pulak..


nilah dia home made coklat nak bawak balik kampung

hasil pada hari sabtu dan ahad : 2 balang coklat pokok ( sebalang dah bagi ex- baby sitter) 2 balang coklat untuk sendiri, 2 bekas coklat untuk bawak balik kampung dan 2 balang cornflakes



semua jumlah yang ada dah tolak beberapa balang dah dimakan oleh anak-anak mama...


Jumaat nanti mama dah mula cuti..boleh sambung projek ke 3 pulak....







Friday, 10 August 2012

10 MALAM TERAKHIR

 



 Assalamulaikum...dah masuk 10 malam terakhir dalam bulan yang penuh keberkatan ini.... marilah sama -sama kita menghidupkan malam-malam ini dengan ibadah..... semoga kita semua mendapat kerberatan daripada NYA...




Thursday, 9 August 2012

WANG KERTAS BARU & DUIT RAYA

wajah baru wang kertas

 Assalamualaikumwarahmatullah hi wabarokatuh...pejam celik dah nak masuk ke hujung ramadhan taak lama lagi... amacam persiapan untuk hari lebaran nanti? Erm kuih raya yang mama buat dah dimakan oleh anak-anak... ermmm tak pelah  nanti hujung minggu ni mama buat lagi janji dia orang nak tolong mama ok aje... bahan-bahan nak buat kuih tu banyak lagi....

Bank Negara Malaysia dah mengeluarkan wang kertas baru macam gambar kat atas tu... tentu ramai yang teruja untuk mendapatkannya terutamanya untuk dijadikan duit raya kan...  Mama pun nak cari gak tapi tak dapat lagi ni... aduhai.... cuma dapat yang RM 1.00 sahaja... yang lain tak dapat lagi... cam mana ni kat mana nak cari semua bank kata dah tak dapat nak tukar ni... kalau cam tu mama guna wang kertas lama je lah kan... nilainya pun sama gak  betul tak...

Ni nak cerita pasal diut raya... yang seronok tentu anak-anak bukan.....siangsiang lagi dia orang dah target berapa banyak boleh dapat ...alahai... beza zaman mama kecik dulu... dapat duit raya cuma 10 sen atau paling banyak pun 20 sen atau 30 sen aje... tak pernah le dapat duit kertas .....

Kini zaman dah berubah... kanak-kanak kecil pun dah tau ni li duit kan.... raya ni dah berubah tujuan dan matlamat... bukan lagi untuk menziarahi, eratkan tali persaudaraan  seta bermaaf-maafan... bagi mereka nak dapat duit raya.... siap tengok berapa banyak ada dalam sampul sebelum keluar rumah lagi...dan sepahkan sampul kat depan pintu .... ermmmm  sedih betul... siap kata ala seringgit je....

Mama ni kalau sediakan duit raya untuk anak-nak buah memang dah tetap le... sebab anak buah belah mama tak la ramai.. belah suami boleh tahan gak jumlahnya... so kiranya untuk anak buah atau cucu-cucu almaklumlah mama kan dah tu... sejak sebelum kahwin mama dah punya cucu tau... ala cucu kepada anak  kepada anak sulung kakak mama la kan... jadi sekarang ni memang dah bertambah cucu cicit mama ni... so semuanya dapat yang warna merah tu...bagi anak-anak saudara yang jauh sikit tu dapatlah kaler hijau... manakala untuk yang lain-lain tak dikenali RM 1 atau 2 sahaja .. tengok keadaan... kalau dok kat kuaters ni... memang mama bagi RM 1..je sebab terlalu ramai budak-budak entah dari mana-mana blok yang datang tak dikenali pulak tu... semacam aje dia orang ni bagi salam tau... kadang tu kita baru je sampai dari  balik dari kampung, baju pun belum bukak lagi, barang pun belum siap keluar dari beg dia orang dah sampai... penat pun tak hilang lagi tau... kuih muih pun belum terhidang kat meja tu.... so mma kata datang kejap lagi ya...ermm dia memmang datang pun....

Dia orang siap bagi tau geng-geng lain kat rumah tu boleh dapat duit raya berapa.... kalau banyak ramai lagi akan datang.... kalau tak bagi diut kot nya tak dalah yang datang kot.... kiuh ni dia orang tak makan sangat yang penting duit raya...kadang tu sampai dah tak larat nak layan dia orang ni....

Alkisahnya pasal duit raya bagi kanak-kanak ni... lepas dapat duit raya pakat kira berapa jumlahnya pulak... lepas tufikir ape nak buat dengan duit tu kan... ada yang nak beli benda yang dah lama diidamkan.. ada yang simpan kat bank ke atau tabung haji.... ada juga mama denagar emak bapak yang ambik diut anak tu pinjamlah kotnya.... pulang balik ke tidak tak tau la....

Anak-anak mama ni dah besar kan... so tak dapatlah dia orang jalan-jalan sana sini kat rumah siapa untuk kutip duit raya.... dia orang hanya dapat duit raya dari emak dan bapak saudara aje lah... termasuk sepupu-sepupu dia orang... sebab kebanyakkan sepupu dia orang dia dah bekerja ... ialah sepupu dia orang tu kan anak-anak buah mama.... dulu masa dia orang kecik mama selalu bagi duit kat dia orang, beli baju untuk dia orang... so sekarang ni dia orang pulak bagi duit kat anak mama dan mama pulak bagi duit kat anak dia orang aka cucu-cicit mama la tu...

Selain duit raya untuk anak-anak buah dan cucu-cicit tu tak ketinggalan juga sedikit saguhati untuk kakak dan abang mama, emak dan pak saudara sebelah mama mahu pun  en hubby.... ya lah setahu sekali jekan...so memang mama dan en hubby sentiasa buat budget untuk balik kampung tiap kali raya...

Dah pajang benar celoteh pasal duit raya ni.... lepas ni nak buat entry apa pulak ya... tengoklah ape idea yang datang nanti...