PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 6 August 2012

KUIH RAYA

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh....

Selamat berpuasa hari yang ke 17.... malam tadi Nuzul AlQuran... firt time solat terawih kat masjid putra. Rindu dah lamatak ke sana. Selalunya solat terawih kat surau di blok sebelah aje... Lepas ni nak gi ke masjid Mizan lah pulak... taahun ni merupakan tahun terakhir solat terawih kat putrajaya. Hujung tahun ni mama sekeluarga akan berpindah ke rumah sendiri di BBST. Tahun terakhir nak solat aidilfitri di masjid Putra...

Ermmm mama dah buat kuih raya semalam . Bukan apa kalau tak buat lagi takut tak sempat pulak. Hari bekerja memang tak sempat nak buat pun. Hujung minggu je bolehnya. Kena pulak kalau nak buat tu di rumah BBST. Sebab dapur dan oven tu dah pindah kat sana. Yang ada kat kuarters ni oven kecik... tak sanggup nak buat bakar kuih... 1 adunan buat dari pagi boleh sam[ai pulul 2 petang... mana boleh tahan cam tu... Hari Sabtu lepas mama dapat buat 4 jenis kuih...pukul 1 dah siap semuanya.... anak dara mama yang ke 2 tolong. Yang lain gi sekolah... My hubby pulak menebas rumput kat belakang tu...biskut coklat chip, samperit, German cookie dan juga coklat badam rice....semalam buat coklat pokok, biskut badam lagi but lain jenis pulak, dan sekali lagi buat coklat chip... sebab coklat chip masa hari satu tu ter gesenggg...aka haguslah .... aduhai.... semalam buat sekejap aje... 2 jam setengah siap... balik siap singgah kedai kasut lagi menyopping.. he..he..





Ni bukan kuih raya tapi juadah hari pertama berbuka puasa. Selalunya roti jala ni guan acuan klasik, kali ni cari acuan macam anyam tikar ni...warna pink lagi tu.... Kak Ngah yang buat ni... mama gulungkan... kalau beli 5 RM 2.00... makan tak puas...



Ni pulak hadiah pegunjung bertuah... kali pertama mama dapat masa minggu lepas, sempena kedai rakyat 1 malaysia di Presint 2... Pengujung ke 9000.... alhamdullilah... mangkuk kaca bernilai RM 30.00


Kek coklat kukus yang di buat pada hari Khamis lepas.... dah lama tak buat kek .... ada lagi belum habis

Murtabak ni tak jemu-jemu. Kegemaran puteri sulong mama.... Bulan puasa ke hari biasa hari-hari mau


Nilah biskut yang mama dah buat  hujung minggu semalam..... semangat nak raya lah kan


Sebahagian dari biskut tu dah di makan anak-anak... tak tau lah yang ni boleh tahan sampai raya ke tak... kalau dah habis raya ni beli yang segera je.... kekkacang dan kerepek lah kotnya...






Thursday, 2 August 2012

BALIK KAMPUNG SIAPA TAHUN NI???

ni yang tak larat nak hadap bila nak balik kampung....
     


                                    

Assalamualaikum   bersyukur kita kepadaNYA yang masih memberi peluang kita berada di muka bumi ini. Cerita pasal raya yang tak berapa lama lagi nak menjelang ni kan  selain dari shopping keperluan hari raya untuk anak-anak.... diri sendiri kurennggglah.... erm yelah tu kan... Kuih raya .... satu lagi hal yang pasti ialah balik kampung.....

Nak balik bila?
Berapa hari nak cuti?
Nak bawak apa untuk buah tangan?
Berapa banyak budget  duit raya kat kampung?
Yang penting  tahun ni giliran kampung siapa nak balik? Sendiri ke mertua ?

 Kalau balik kampung sendiri tentu seronok kan... but kalau balik kampung mertua cam mana tu eek? Kalau kampung dekat sebelah menyebelah tentu tak kisah kan... kalau sekampung  lagi tak ambik pusing kan... tapi yang satu utara dan satu selatan atau timur dengan barat tu ..... alamak jauhnya.... kalau cuti tak panjang tak boleh nak balik kedua-duanya sekali kan... Selain dari cuti kena gak fikirkan $$$$$$  betul tak? 

Ada pasangan yang bergaduh tiap kali nak balik kampung bila raya ..... ada suami yang guna kuasa veto... kena balik kampung dia aje... ada isteri juga sifat macam ni gak.... tapi kebanyakannya ikut giliran lah kan sebaik-baiknya... tahun ni balik kampung suami... tahun depan kampung sendiri kalau jauh....dekat balik dua-dua sekali lah .... cuma nak raya kat rumah mertua ke kat rumah mak sendiri dulu.... macam-macam cerita yang kita dengar pasal nak balik kampung mana dulukan... jangan gaduh sudahlah...

Mama ni beruntung tau.... en hubby yatim piatu sejak mama kawen dulu... so memang balik kampung mama lah kan... ala kampung en hubby pun dekat je... tak sampai 5 km dari rumah emak ..... tapi tu 8 tahun dululah.... sekarang ni emak mama dah tak ada.... so tak da le rasa kemeriahan nak balik kampung lagi.... balik rumah kakak aje... begitu juga dg en hubby balik rumah abang je... kalau dulu masa mama baru kawen rumah abang en hubby ni tak pelah gak anak dia masa tu kecik-kecik lagi... yang sulung baru bersekolah menengah dan yang kecik tu tadika... tapi sekarang ni semua anaknya dah berkahwin... ada anak cucu rumah tu dan ramai nak tidur pun susahlah kan.... apa lagi nak mandi.... ikut giliran tau... so en hubby kata tak payah lah tidur kat rumah abangnya ... tidur kat rumah kakak mama je.... tak lah ramai orang pun.... anak sulung dia kadang balik awal, kadang lewat sebab dia kerja pemandu bas...cuti pun ikut giliranlah kan... 
 Anak kedua dok kat kampung jugak.... anak ke 3 je dok kat subang..... mertua dia dekat jugak... manakala yang bongsu masih bujang.........  jumlah cucu kakak mama ni... 3+3+2..... tambah anak mama 3...  meriahlah... tapi cucu kakak ni yang besar lelaki dan yang kecik perempuan.... anak mama besar perempuan..kecik lelaki.... jadi anak teruna mama tu bosan lah tak de kawan ..... anak perempuan tak kisah sebab dah besarkan.... anak dara...dah tu rumah kakak mama ni luas... cuma yang tak best bila hari raya air yang keluar dari paip tu punyalah kecik.... hu..hu... nak mandi pun susah ooo..... kena awal pagi mandi... sejuk pulak tu tak da heater cam kat rumah sendiri... anak-anak liat la nak mandi tu.. kalau kat rumah tak kira hujan ke.. panas ke.. pagi ke...dia orang tetap mandi air panas ... geram pun ada gak...

 Semenjak ketiadaam emak mama semejak 2004 yang lalu.. mama tak kisah nak balik kampung.... tapi kesian kat anak-anak tu balik jugalah tapi tak lama pun  2 malam aje... round semua rumah pak saudara, nenek saudara dan adik beradik... 99 % dok dekat je.. yang sekampung pun ramai gak.. pakcik dan makcik sebelah en hubby ada 3 rumah besebelahan. sekampung... dan abang dia 2 orang sekampung... lagi satu makcik en hubby juga sekampung .... so semuanya dok satu kampung... senang je kan nak jalan setengah hari siap. semua rumah... mama pulak hanya pergi rumah abang mama yang 2-3 km je dari rumah kakak mama tu.... dapat jugalah anak-anak mama mengenali sepupu sepapat dia orang kan...

Yang anak-anak mama seronok  dapat main bunga api bersama cucu-cucu kakak mama.... Anak bujang kakak mama tu akan beli banyak bunga api.... beratus-ratuslah harganya tu.... ialah dia bujang... dok kat rumah tu semua siap kakak, makan minum, semua kakak buatkan... entahlah bilalah terbuka hatinya nak cari pasangan tu...selepas emak dah tak da biasanya mama balik selepas solat sunat aidilfitri.....tahun ni cadang nak balikpagi ray kedua... nak elak jam teruk macam tahun lepas... tapi tak sure gak lah,....anak-anak bisisng nak balik awal ... tengoklah apa kata putus en hubby nanti...

.ermmm panjang betul celoteh mama kali ni... next entry nak buat topik duit raya pulak....he..he..