Thursday, 26 September 2019
KEMALANGAN YANG MELIBATKAN KENDERAAN JABATAN KERAJAAN
Assalamualaikum wbt
Selamat bertemu kembali ya. Pada bulan Jun lepas, kereta mama terlibat dalam kemalangan. Ianya berlaku atas kecuaian pihak lain . Memang itulah yang akan berlaku sekiranya pemandu yang tidak mengikut peraturan jalanraya dan mementingkan diri sendiri sahaja. Ianya dapat dielakkan sekiranya semua pemandu memandu ikut peraturan jalanraya dan bersabar di jalan raya. Kini sikap bertimbangrasa dijalan raya dan tidak mematuhi peraturan sangat ketara. Memandu sambil menggunakan handphone bukan hand free , memandu perlahan di lorong paling kanan walaupun ada 3 lorong, menukar lorong tanpa signal, memotong barisan semasa menunggu lampu isyarat ... Memang menyakitkan hati tak masuk lagi mereka yang suka buang sampah keluar ke jalan samada pemandu mahupun penumpang dalam kereta... macam-macam lagilah. Cerita mama ni panjang tau.. bertabahlah membacanya ya..
Berbalik kepada cerita mama, kejadian berlaku jam 6.15 pagi, semasa kami sekeluarga dalam perjalanan ke tempat kerja. Oh ya suami mama yang memandu kereta ni, mama dan anak perempuan mama yang ada bersama untuk ke tempat dia menjalani latihan praktikal. Kami baru aja keluar rumah 6.10 pagi dan kejadian berlaku bedekatan dengan lampu isyarat. Suami mama ini sangat penyabar dan sentiasa berhati-hati jika memandu. Jika ada sesiapa yang nak masuk depan pun dia akan bagi semua kereta yang bagi signal nak masuk depan dia bila dia yang memandu. Kami berada di lorong tengah dan depan kami memang tiada kereta pun lebih kurang 50 meter dari lampu isyarat. Lorong sebelah kanan terdapat hampir 10 buah kereta telah berhenti kerana lampu isyarat telah bertukar merah. Suami pun memandu perlahan kerana lampu isyarat telah merah. Tetiba kedengaran dentuman kereta dari arah kanan belakang kereta.. Allahuakbar rupanya kereta kami dilanggar oleh sebuah kereta yang tiba-tiba keluar untuk menukar lorong dari kanan ke kiri..
Pemandu kereta ni tetiba tukar lorong ke kiri, nak cepat la kot dekat lampu isyarat tu tanpa memerhatikan samada jalan sebelah kiri tu ada kendenraan lain ke tidak. Akibatnya kereta mama yang jadi mangsa, kereta dia hentam bahagian belakang tayar dan ianya bercalar kemek pintu kanan belakang dan juga sebahagian pintu kiri kerana kereta mama bergerak ke hadapan..
Jadi bila berlaku pelanggaran, sudah tentulah kita akan berhenti dan turun melihat keadaan kereta kita kan. Malangnya kereta yang melanggar kami tu cepat-cepat ke tepi lagi lorong kiri sekali seolah-olah dia tidak amhu berhenti. Tapi mama cepat-cepat keluar halang kereta tersebut.
Pemaandu kereta tersbut merupakan seorang lelaki. Bila mama minta nama dan nombor telefon beliau tidak mahu berkerjasama. Dah lah dia yang langgar kereta mama. Dia kata ikut law...
Okay lah kita pergi report ke balai polis. Dah nak ikut law kan.. apa yang boleh kami buat.. Nasib baik sempat jugalah anak mama snap gambar kereta dia.. Tak sampai 3 minit kot berhenti tu dia dah cabut... Bayangkan dia park kat kiri jalan... trafik light merah tu bertukar hijau dia boleh pulak buat U turn... 3 lane tu sebelah kanan dia... simpang 4 lagi.. lane tepi tu terus.. tengah dan kanan sekali belok kanan.. tapi yang paling kanan tu boleh la u turn..
Kami tak berani nak u turn.. so jalan terus cari tempat yang lebih selamat nak u turn untuk buat report di balai polis.
Sampai di balai polis kami nampak dia dah sampai. Kami park kereta belakang kereta dia. Terus kami masuk untuk buat report... Jam ketika itu lebihkurang 6.40 pagi. Kami diminta duduk dahulu.Kemudian baru suami dipanggil untuk buat report.
Selepas buat report kami diminta berjumpa dengan IO bertugas (Investigating Officer). Setelah itu gambar kenderaan di ambil. Apabila kami keluar dari balai polis kami dapati pemandu dan kereta yang melanggar kami telah tiada. IO memberitahu kami tiada laporan dibuat oleh pemandu kereta yang melanggar kami..
Sampai ke sudah kami tak tahu siapa yang melanggar kami .. nama, no telefon atau kerja dimana. Sesuatu yang pelik bukan. Dah langgar kereta orang tapi tak nak bertanggungjawab...
Jadi setelah berbincang dengan suami, kami membuat keputusan untuk membuat semakan di JPJ. Berdasarkan laoran polis yang dibuat , kami ke pejabat JPJ untuk buat semakan. Kami diminta mengisi borang dahulu, salinan kad pengenalan dan juga salainan laporan polis. Setelah membuat bayaran kami menungu giliran. Dekat 2 jam juga menunggu di JPJ , akhirnya barulah kami dipanggil. Semakan dibuat didapati kereta tersebut adalah kereta salah satu daripda jabatan kerajaan yang tidak mempunyai logo jabatan. Mama tak nak sebut jabatan mana.. tapi rasanya pembaca boleh agak kereta jabatan kerajaan yang tidak menggunakan logo jabatan..
Kami pun terkejut ... orang di JPJ pun terkejut..
Semasa kami menunggu di JPJ ini suami mama terima panggilan telefon dari seseorang yang mengatakan dia adalah wakil pihak yang melanggar kereta kami. Macam mana kami nak percaya siapa dia tu, kami kata kami hanya akan berbincang dengan IO yang kami jumpa di IPD Sepang tadi. Orang itu meminta perkara ini diselesaikan diluar dan pemandu tersebut akan bayar segala kos pembaikan kereta mama.
Susah untuk kami mempercayainya kerana kami tak kenal siapa beliau. Orang langgar kami pun kami tak tahu nama, kerja mana dan apa no telefon dia.
Tapi kami agak orang ini dapatkan nombor telefon suami daripada balai polis yang kami buat report. Memandangkan tiada maklumat lanjut daripada pemandu yang melanggar kami tu, kami membuat keputusan untuk mengekalkan laporan polis yang telah dibuat.
Mama telah membuat pencarian berkaitan bagaimana untuk menuntut gantirugi daripada kerajaan jika pelanggaran melibatkan kenderaan jabatan. Selain daripada itu, mama juga mendapatkan khidmat nasihat Jabtan Penasihat Undang-Undang di jabatan mama bertugas berkaitan perkara ini.
Jika berlaku kemalangan, buat laporan polis. Kereta yang melanggar dan dilanggar akan dihantar ke JKR mekanikal untuk buat penilaian kerosakan. Sebelum itu ada satu borang khas yang perlu IO isikan terlebih dahulu. Selepas itu, sentiasa buat follow up bila perlu hantar kereta untuk penilaian JKR. Sebenarnya kita boleh hantar kereta kita sendiri ke JKR mekanikal untuk penilaian dengan syarat membawa bersama borang khas yang diisi oleh IO yang menyiasat kes . Tetapi kami tak tahu, maka kami tunggu lah IO tersebut bagi tau bila tarikh penilaian JKR tersebut.
Apabila dapat tarikh tersebut kereta akan dibawa ke tempat yang ditetapkan untuk pemeriksaan pihak teknikal JKR. Pada masa itu, pegawai teknikal daripada JKR akan menilai kerosakan kereta tersebut dan mengambil gambar bahagian yang terlibat. Bagi kereta mama, kereta masih boleh berjalan, tidak meibatkan engin pun. Hanya calar dan kemik pada pintu tu.. kerja penilaian ni hanya sekejap sahaja tak sampai pun 10 minit. Lepas tu tunggu report daripada JKR.
Sebelum JKR buat penilaian tu, kami dah pergi ke bengkel repair kereta tanya dan survei harga untuk baiki. Kami juga ke pusat service centre yang untuk dapatkan pandangan dan quatation juga. Ini kereta kereta mama masih dalam warranty period, tak mahu la kalau reapair di luar warranty hilang..
Jadi ini memudahkan pihak JKR untuk membuat penilaian..
Lepas tu tunggu report daripada JKR.
Bila dapat report tu, tulis surat ke jabatan yang berkaitan untuk membuat tuntutan gantirugi harga pembaikan yang dilakukan . Ianya tidak boleh lebih daripada anggaran yang dikeluarkan oleh JKR.
Proses selanjutnya akan mengambil masa yang panjang. Jabatan terlibat perlu memproses segala dokumen untuk dihantar kepihak Peguam Negara untuk kelulusan.
Nanti mama update lagi ya...
Thursday, 2 May 2019
PERMOHONAN UPU SETELAH MATRIKULASI
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.
Seletah sekian lama mama menyepi dari mencatat sesuatu di blok ini. Lebih setahun rupanya setelah kembali dari Umrah bersama anak-anak sekeluarga tahun 2018. Sekejap benar rasanya masa berlalu dan terasa sangat rindu untuk kembali ke bumi Mekah dan Madinah. Semoga kami dijemput untuk menjadi tetamu lagi di masa yang akan datang.
Diam tak diam anak bujang mama yang bongu sudah tamat belajar di matrikulasi Pulau Pinang pada 12 April 2019 yang lepas. Sepertimana bias, permohonan untuk melangkah ke menara gading khususnya bagi universiti awam adalah melalui permohon ON line UPU. Sebelum permohonan diisi, no pin perlu dibeli di BSN .
Untuk memasuki program ijazah di universiti tetdapat beberapa laluan iaitu selepas SPM , pelajar boleh memilih untuk meneruskan pelajaran ke tingkatan 6 selama 2 tahun, menduduki STPM dan yang setaraf dengannya, masuk program diploma , atau masuk program matrikulasi mahu pun asasi.
Memang sangat kompetitif untuk masuk universiti awam. Buat mereka yang memlilih IPTS, kurang masalah dari segi keputusan.. asal memhuni syarat minimun dan ada duit, silalah mohon, isnyallah dapat punya. Bagi IPTA, untuk memilih bidang yang tertentu, walaupun syarat minimun dinyatakan sebagai CGPA 3.0 tapi hakikatnya hanya yang mendapat CGPA 4.0 sahaja yang akan terpilih. Bidang perubatan, pergigian dan farmasi juga veterinar antara yang memerlukan mereka yang mendapat CGPA 4. Begitu ramai yang mendapat CGPA 4 ini, namun kuota untuk bidang ini terhad. Jadi bayangkanlah mereka yang hanya dapat 3.5. Adakah mereka punya peluang untuk memilih bidang ini...
Mama ada 2 pengalaman yang berbeza untuk 2 anak yang pertama. Along selepas SPM ambil program diploma 3 tahun dan selepas itu memasuki program ijazah untuk 4 tahun. Kini along berada di tahun ke 3 . semester ke 6. Ada lebih setahun lagi untuk along menamatkan pengajian iaitu tahun 2020 dalam bulan Jun. Manakala Angah yang beza setahun dengan along sedang menjalani latihan praktikal di semester 8 iaitu tahun ke 4 yang akan tamat akhir Julai nanti dan majlis konvokesyen akan diadakan pada hunung tahun ini sekitar bulan November. Angah selepas SPM memasuki matrikulasi. Untuk along mas yang diambil untuk ijazah pertama ialah 7 tahun, manakala angah pula hanya 5 tahun. Nampak tak perbezaan 2 tahun ... Oleh itu, sekiranya anak kita ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, maka lalua pantas salah satunya ialah dengan mengikuti program matrikulasi.
Namun sekiranya anak-anak tidak dapat memasuki program matrikulasi, salah satu lagi laluan untuk ke universiti bagi program ijazah ialah dengan memasuki tingkatan 6 dengan mengambil STPM. Proses pembelajaran tingkatan 6 kini adalah seperti belajar di universiti. Perbezaannya tingkatan 6 dijalankan di sekolah. Oleh itu, anak-anak boleh duduk dirumah denagn keluarga dan kos adalah lebih rendah berbanding dengan memasuki program diploma atau asasi mashupun matrikulasi.
Mama ada 2 pengalaman yang berbeza untuk 2 anak yang pertama. Along selepas SPM ambil program diploma 3 tahun dan selepas itu memasuki program ijazah untuk 4 tahun. Kini along berada di tahun ke 3 . semester ke 6. Ada lebih setahun lagi untuk along menamatkan pengajian iaitu tahun 2020 dalam bulan Jun. Manakala Angah yang beza setahun dengan along sedang menjalani latihan praktikal di semester 8 iaitu tahun ke 4 yang akan tamat akhir Julai nanti dan majlis konvokesyen akan diadakan pada hunung tahun ini sekitar bulan November. Angah selepas SPM memasuki matrikulasi. Untuk along mas yang diambil untuk ijazah pertama ialah 7 tahun, manakala angah pula hanya 5 tahun. Nampak tak perbezaan 2 tahun ... Oleh itu, sekiranya anak kita ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, maka lalua pantas salah satunya ialah dengan mengikuti program matrikulasi.
Namun sekiranya anak-anak tidak dapat memasuki program matrikulasi, salah satu lagi laluan untuk ke universiti bagi program ijazah ialah dengan memasuki tingkatan 6 dengan mengambil STPM. Proses pembelajaran tingkatan 6 kini adalah seperti belajar di universiti. Perbezaannya tingkatan 6 dijalankan di sekolah. Oleh itu, anak-anak boleh duduk dirumah denagn keluarga dan kos adalah lebih rendah berbanding dengan memasuki program diploma atau asasi mashupun matrikulasi.
Mereka yang kurang cemerlang masa SPM boleh belajar bersungguh-sungguh semasa STPM ini dan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti lebih terbuka luas sekirangnya anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang semasa STPM ini.
Anak bongsu mama juga mengikuti program matrikulasi. Matrikulasi ini ada 2 program iaitu program setahun dan program 2 tahun bergantung kepada tawaran yang diterima. Program satu tahun dikatakan agak padat. Kelas akan bermula awal pagi dan berakhir sehingga jam 5 petang. Sebelum peperiksaan akhir semestar 2 kebiasaannya pelajr-pelajar akan mula memohon secara online bagi program ijazah di IPTA. Di sini setiap pelajar perlu membeli no PIN UPU di BSN. Setelah itu, pelajar boleh ke laman web UPU untu mengisi secara online kursus dan universiti pilihan. Agak mencabar juga untuk membuat pilihan. Tetapi bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang, rasanya insyallah akan diterima masuk salah satu kursus pilihan antara pilihan pertama hiingga ke 5. Namun bagi mereka yang mendapat CGPA antara 3.0 hongga 3.5... mama rasa agak sukar untuk mementukan kursus pilihan... keadaan ini yang mama lalui untuk menentukan apakah bidang yang hendak anak bongu mama mohon di IPTA. Kalau nak mohon IPTS insyalaah tiada masalah rasanya .. tapi masalah lain pulak yng perlu difikirkan iaitu kos yuran yang belum termasuk kso sewa asrama, makanan dan penggangkutan..
Sebagai contohnya kos kejuruteraan di UNITEN, untuk 4 tahun kos yuran sahaja RM 75K... belum masuk asrama dan makan ... penggangkutaan lagi... Maka sebab itu, mama memang berharap agar anak-anak mama melanjutka pelajaran ke universiti awam.
Sebagai contohnya kos kejuruteraan di UNITEN, untuk 4 tahun kos yuran sahaja RM 75K... belum masuk asrama dan makan ... penggangkutaan lagi... Maka sebab itu, mama memang berharap agar anak-anak mama melanjutka pelajaran ke universiti awam.
Subscribe to:
Posts (Atom)