PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 5 May 2015

Setahun di KMK

Alhamdullilah anak ke dua mama aka angah telah selesai menjalani peperiksaan  akhir semester  2 di Kolej Matrikulasi Kedah. Maka dengan itu tamat sudah penggajian angah selama setahun di sana. Selasa lepas 28 April mama dan en hubby bersama along bertolak ke Kedah pada jam 5 pagi.  Perjalanan sampai ke Changlun berjalan lancar. Jam 11.00 pagi kami sampai di sana. Alhamdullilah. Asalnya bercadang untuk tidur di Jitra atau Alor Star. Namun kerana masih awal en hubby ajak tidur di Cameron Highland. Lagi pun bukan waktu cuti umum atau hujung minggu jadi tiada masalah untuk tempat tinggal.

Selesai isi barang dalam kereta, kami pergi makan tengahari dan lepas tu terus bertolak ke Cameron Highland. Kami naik melalui Simpang Pulai. Samapai di Brinchang dah pukul 6.30 petang. En hubby pun dah terlalu letih. Mulanya mam yang memandu tapi sebab tak biasa jalan naik tu, punya perlahan, en hubby kata cam ni biola nak sampai. Maka tukar pemandu lah, walaupun en hubby letih. Ingat nak tidur  di Tanah Rata, tapi dah tak larat tu yang duduk aje di Brinchang. Lepas Maghrib, kami keluar makan malam di kedai yang berhampiran aje. Lepas makan balik bilik, rehat, dan terus tidur sebab dah keletihan. Pagi esoknya kami bersarapan , juga di kedai yang hanya jalan kaki je, lepas tu cjheck our dan terus berjalan. Mula nak tidur 2 malam tapi disebabkan kereta dah penuh sesak dengan barang angah dan tambah 2 beg yang mama bawa tu, nak lurus kaki pun susah... maka en hubby kata kena balik dulu la. Mama nak ambik anak teruna di MRSM KKB pada hari Khamis pulak. Lepas jalan-jalan kami pun balik terus la samapi rumah dah nak maghrib. Keesokkan harinya pulak, mama  dan en hubby ke KKB ambik anak teruna.  Jadi mulai Khamis petang sehingga tengahari semalam, anak-anak semua ada di rumah. Sabtu mama sekelurga pergi kenduri akikah rumah anak sepupu mama di Purta Height. Anad mama ke Lukut Port Dickson. isnin semalam petang hantar balik nak teruna mama ke KKB. Cuti seminggu sekejap aje....

barang angah tak muat la bonet kereta... tambah 2 beg lagi yang mama  bawa baju untuk 3 hari 
melawat ladang teh

ros merah yang menawan
buat kek butter ni jumaat lepas...
Graduation day sebelum exam akhir...