PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 22 April 2015

CUKAI SETIAP HARI: GST OH GST

Harga tertera di sampul ini RM 3.50 tapi lepas GST dijual dengan harga RM 4.50  punyalah mahal mak oooi
Sana sini rakyat mengeluh pasal GST. Tidak terkecualilah mama. Nampaknya kita sebagai rakyat kena bayar cukai tiap hari sekarang. Tidak terkecuali cukai pendapatan yang di kutip oleh LHDN tu setiap tahun... lambat bayar kena denda.... aduhai

Mama rasa GST ini pada umumnya baik untuk kerajaan namun ramai peniaga yang ambil kesempatan. Yang tidak mendaftar syarikat pun kenakan GST termasuklah kedai runcit yang kecil-kecil, peniaga tepi jalan dan sebagainya. Mereka ini tidak mengeluarkan resit bagi setiap jualan yang dibuat. Lainlah kalau pasaraya seperti TESCO, MYDIN, Giant dan yang sewaktu dengannya, mereka ada keluarkan resit kan.

Macam mana nak beli sampuk express tu, harga RM 3.50, peruncit tu jual RM 4.50, mahal bebenor kan. Memang ambik kesempatan betul... tak hal stok yang dia ada tu pun sebelum GST lagi. Memang geram betul... kalau RM 3.50..GST hanya 20 sen je kan...

La ni kalau mama belanja pun fikir banyak kali. Mama beli yang perlu aje. Kehendak mama tolak tepi dulu. Tu pun dah hampir sebulan ni mama rasa GST yang mama dah bayar melebihi RM100.00. Kalau setahun dah berapa kan. Memang terasa terutama bagi mama yang nak kata orang kaya tak, miskin juga tidak la. Namun apa-apa keistemewaan seperti BRIM memang mama tak layak. Bayar cukai hari-hari kan... memang sakit la ni.  Kalau betul-betul orang kaya tak ada masalah, dan kalau orang miskin pulak banyak kemudahan yang diterima. Boleh beli rumah kos rendah, dapat bantuan tertentu dari kerajaan, anak-anak sekolah pun dapat bantuan.

Kami yang golongan sedehana ni lah tak dapat apa-apa, Cuma jadi kakitangan kerajaan kemudahan kesihataan tu percumalah kalau masuk hospital kerajaan  boleh duduk kelas satu kalau ada kosong la kan...
Anak-anak semua sedang belajar 2 di IPT yang memerlukan kos bulanan yang tinggi bagi keperluan harian makan minum, asrama atau rumah sewa, penggangutan dan lain-lain keperluan yang berkaitan dengan pembelajaran. Tak masuk lagi kos top up yang juga telah dikenakan GST... aduhhh memang terasa penambahan perbelanjaan sedangkan pendapatan masih sama je. Kena tengok balik semua ni mana lagi yang boleh dikurangkan... bil letrik kat rumah pun kena GST.... aduhai.... kena jimat lagila penggunaan letrik ni nampaknya...



No comments:

Post a Comment